Malaysiakini
Indonesia digesa campur tangan bebaskan tahanan ISA
Abdul Rahim Sabri Apr 21, 09 3:29pm
Kerajaan Indonesia digesa campur tangan bagi mendesak Malaysia membebaskan lima warganegara republik itu yang ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak 2002, termasuk yang terbaru pada awal Mac.
Indonesia digesa campur tangan bebaskan tahanan ISA
Abdul Rahim Sabri Apr 21, 09 3:29pm
Kerajaan Indonesia digesa campur tangan bagi mendesak Malaysia membebaskan lima warganegara republik itu yang ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sejak 2002, termasuk yang terbaru pada awal Mac.
Gesaan itu dibuat oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dalam satu suratnya kepada kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur pagi ini.Pengerusinya Syed Ibrahim Syed Noh berkata, NGO itu telah membawa isu tersebut kepada pengetahuan kedutaan pada 2007. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : GMI ini pada pandangan PG adalah pengkhianat bangsa. Hal dalaman negara telah di bawa ke pengetahuan negara asing dan meminta Indonesia campurtangan membebaskan penjenayah ini. Tahanan Indonesia yang di tahan di bawah ISA ini di tangkap dan ditahan di bawah ISA ini kerana terlibat dengan Jemaah Islamiah.
Tindakan GMI ke kedutaan Indonesia untuk meminta campurtangan adalah tindakan orang yang tidak bermaruah. Adakah tindakan ini cermin kepada tindakan seorang warga negara yang setia ?
Untuk pengetahuan GMI, PG pernah menghadiri seminar di mana pengucap utama di seminar ini ialah Bapak Duta Indonesia sekarang ini. Seminar ini di adakah di KL dan ianya membincangkan berkaitan langkah proaktif Indonesia untuk membendung kegiatan pengganas di Indonesia.
Sepanjang seminar ini, Duta ini ( Bekas Ketua Polis Indonesia ) berulang kali memuji Malaysia kerana bertindak tegas terhadap kumpulan pelampau dan ekstremis ini. Dan ia memuji Malaysia kerana mempunyai ISA. Indonesia tidak bertuah kerana ISA tiada. Di sebabakan ketiadaaan ISA berkenaan maka menurut Duta in i, banyak nyawa telah terkorban di Indonesia seperti yang berlaku di Bali.
Beliau akhirnya meminta kami semua agar memelihara ISA ini dengan baik kerana inilah satu-satu undang-undang yang telah menyelamatkan Malaysia sehingga kini. Pengalamannya sebagai Ketua Polis Indonesia katanya telah mengajar belaiu bahawa pengganas dan ekstemis ini tidak boleh dituduh dan dibendung dengan undang-undang biasa kerana tindakan mereka ini perlu ambil langkah pencegahan dari ianya berlaku. Setelah berlaku , tidak akan berguna untuk menuduh penjenayah ini di mahkamah kerana banyak yang sudah menjadi korban.
Dan belaiu juga akhirnya berterimakasih kepada kerajaan dan PDRM kerana banyak membantu Indonesia dalam memerangai dan membendung ancaman pengganas dan eksremis ini.
Dengan yang demikian, pada pandangan saya pihak Indonesia termasuk Pak Duta ini akan membakul sampahkan memorendum ini dan tidak akan disampaikan ke pimpinan tertinggi pemerintah Indonesia. Ini kerana pihak kita telah membantu mereka.
Kepada GMI, berfikirlah secara matang dan jangan meperlihatkan perangai kebudakan dan kecetekan fikiran anda dalam isu keselamatan ini.
Anda sebagai pemimpin GMI pun tidak akan berada ditempat berkenaan sekarang sekirannya ISA tiada di Malaysia. Mungkin anda sekarang telah menjadi kucing kurap kerana tidak dapat bersekolah akibat kekacauan yang berlaku di dalam negara jika kerana ISA yang membendungnya.
Fikirkanlah. Dengan meminta campur tangan asing , ia akan menunjukkan wajah buruk kita sendiri yang melihat ia sebagai tindakan seorang pengkhianat negara. Mungkin inilah wajah sebenar anda GMI ( Lihat gambar ). Fikirkanlah.
No comments:
Post a Comment