Pengurusan Bencana Banjir :
Koordinasi Antara Pelbagai Agensi Dalam Menangani Bencana Banjir.
1.0 Pengenalan
Kepanasan global yang melanda dunia masa ini telah membawa kepada kepada perubahan cuaca yang amat ketara dan telah memberi satu fenomena baru dalam kehidupan harian manusia sejagat dimana terpaksa menghadapi dan menanggung impak dan akibatnya.
1.0 Pengenalan
Kepanasan global yang melanda dunia masa ini telah membawa kepada kepada perubahan cuaca yang amat ketara dan telah memberi satu fenomena baru dalam kehidupan harian manusia sejagat dimana terpaksa menghadapi dan menanggung impak dan akibatnya.
Sejak kebelakangan ini pelbagai krisis bencana alam telah berlaku di serata dunia. Dalam tempoh setengah tahun ini sahaja masyarakat dunia telah digemparkan dengan dua peristiwa bencana alam yang amat dahsyat. Iaitu Taufan Nargis di Myanmar dan gempa bumi di China. Bencana alam yang berlaku ini telah meragut ribuan nyawa manusia, kemusnahan tempat tinggal, kehilangan harta benda dan kerosakan alam sekitar.
Rantau Asia yang kita diami ini juga pernah dikejutkan dengan bencana tsunami yang berpunca dari gempa bumi dasar laut di Lautan Hindi. Akibatnya ratusan ribu nyawa hilang serta terdapat beberapa kawasan kediaman di wilayah Aceh lenyap dalam pandangan mata. Tragedi menyayat hati ini membuktikan betapa bencana alam yang berlaku kadang kala datang tanpa di duga. Statistik menunjukkan semenjak tahun 1992 hingga tahun 2002 di Asia, kejadian bencana alam telah menjejaskan kehidu- pan 1.7 juta manusia dan telah meragut se- banyak 420,867 nyawa. Ia juga turut menyebabkan kerugian harta benda sebanyak AS 369,362 juta dolar.¹(sumber Utusan Malaysia 21/06/2008)
Kemunculan bencana di tengah-tengah gelombang pembangunan telah memberikan ancaman besar kepada keselamatan dan ekonomi sesebuah negara. Ini kerana bencana yang berlaku boleh membawa kerugian harta benda dan nyawa. Tambahan pula langkah-langkah pemulihan selepas bencana mengambil masa yang panjang dan melibatkan kos yang tinggi. Ini termasuklah operasi menyelamatkan mangsa, pemulihan kawasan bencana dan projek pembangunan semula.
Setelah bencana menimpa masyarakat berdepan pula dengan rantaian kesan-kesan sampingan, seperti wabak penyakit berjangkit dan masalah kekurangan bekalan makanan. Di samping itu, bencana alam yang berlaku juga meninggalkan kesan psikologi yang mendalam kepada rakyat. Perasaan fobia tidak mudah luput dalam ingatan mangsa yang mengalami musibah bencana.
Pada awal sejarah kehidupan manusia, bencana alam yang berlaku dianggap sebagai salah satu proses alam semulajadi. Namun jumlah peningkatan bencana alam yang semakin tinggi pada akhir-akhir ini telah menimbulkan persoalan. Beberapa saintis di Barat mengaitkan peningkatan kejadian bencana alam sejak akhir ini dengan fenomena perubahan cuaca global. Bencana seperti ribut taufan, banjir besar dan kemarau panjang adalah terhasil dari perubahan cuaca yang tidak menentu.
Peristiwa bencana yang berlaku di serata dunia seharusnya menjadi iktibar kepada kita khususnya di Malaysia. Hakikatnya tiada satu pun negara yang kebal daripada bencana alam yang menimpa. Kita amat bersyukur kerana di negara kita belum ada lagi kejadian bencana alam yang meragut ribuan nyawa manusia. Walaupun begitu terdapat kejadian bencana alam yang kerap berlaku misalnya banjir kilat, banjir besar dan tanah runtuh.
1.1 Penyataan Masalah
Bencana alam yang berlaku diseluruh negara memerlukan suatu sistem pengurusan yang berkesan. Pengalaman kita dalam menghadapi bencana banjir di Johor dan Pahang pada tahun 2007, seharusnya dapat mempertingkatkan kesedaran untuk memperbaiki sistem pengurusan bencana alam di Malaysia. Walaupun bencana alam yang datang tidak mampu dielakan, namun kita masih berpeluang untuk mengurangkan risiko bencana melalui sistem pengurusan bencana yang berkesan. Kegagalan dalam tindakan untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda ketika berlakunya bencana adalah disebabkan oleh beberapa faktor utama. Antaranya ialah ketiadaan sistem amaran awal, kegagalan sistem penyampaian maklumat, kurangnya kesedaran masyarakat dan lemahnya koordinasi antara agensi kerajaan dan orang awam dalam melakukan tindakan semasa bencana berlaku.
Bencana banjir banyak memberi impak negatif kepada kehidupan masyarakat dan timbul persoalan-persoalan adakah ia nya dapat ditangani, dielakan atau dikurangkan sekiranya diurus dengan baik? Sekiranya boleh , tugas dan tanggungjawab siapa?. Kertas kerja ini akan menghuraikan betapa perlunya kerjasama dan koordinasi antara agensi-agensi kerajaan serta bukan aktor kerajaan dalam menangani masalah bencana banjir yang berlaku.
1.2 Objektif
Pengurusan risiko bencana alam perlu dilihat dalam perspektif yang menyeluruh. Ia perlu merangkumi aspek persediaan menghadapi bencana, mengenal pasti risiko bencana yang hadir, pencegahan dan tebatan, tindakan semasa bencana serta langkah-langkah pemulihan selepas sesuatu bencana itu berlaku. Kajian penilaian risiko juga dapat membantu untuk memberikan maklumat tentang kaedah dan tindakan yang boleh diambil apabila sesuatu bencana berlaku. Maklumat yang diberikan melalui kajian ini amat bermanfaat untuk menghasilkan piawaian operasi kerja dalam menangani sesuatu kejadian bencana. Tumpuan kajian adalah masalah bencana banjir di Malaysia.
2.0 Latarbelakang
Banjir adalah di Malaysia adalah merupakan salah satu bencana semulajadi yang memberi kesan kepada penduduk, kekerapan berlaku, kawasan yang terlibat , jangkamasa bnajir dan kemusnahan keatas sosial ekonomi. Terdapat sebanyak 189 aliran sungai yang besar di seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Sungai juga memenuhi berbagai fungsi untu7k kegunaan manusia dan juga menjadi ekosistem semulajadi dimana ia adalah merupakan bahagian semulajadi, aktiviti ekonomi dan sistem sosial yang berlaku di sebalik aliran sungai dan pada masa yang sama , sungai adalah merupakan ancaman terbesar kepada keseluruhan kawasan sepanjang sungai.
Sejak tahun 1920 , Malaysia telah mengalami beberapa kejadian banjir besar umpamanya pada tahun 1926, 1963, 1965, 1967, 1969, 1971, 1973, 1979,1983, 1988, 1993, 1998, 2005 dan yang terbaru adalah kejadian pada Disember 2006 dan Januari 2007 yang berlaku di Johor. Dalam kejadian banjir besar di Kuala Lumpur dan beberapa buah negeri lain pada tahun 1971 telah membawa kepada kerugian dan kemusnahan yang besar berjumlah RM 200 juta dan melibatkan kematian seramai 61 orang.
Manakala dalam kejadian bencana banjir diJohor pada tahun 2006-2007 akibat daripada hujan lebat yang luarbiasa telah menyebabkan kejadian banjir yang dahsyat dan anggaran kerugian adalah melebihi RM 1.5 bilion dan merupakan satu kerugian yang besar akibat banjir dalam sejarah Malaysia. Disamping itu juga telah membawa kepada kemusnahan kepada infrastruktur, jambatan, jalanraya, tanaman pertanian, perniagaan dan harta penduduk yang terlibat, seramai 110,000 orang telah dipindahkan ke pusat perpindahan banjir dan jumlah kematian seramai 18 orang.
Dikawasan pantai , banjir juga menyebabkan kepad peningkatan kesan akibat daripada bencana banjir seperti kesan sampah yang bertaburan, aliran lumpur dan tanah runtuh di cerun dan kaki bukit. Pengurusan bencana banjir adalah bertujuan untuk mengurangkan kesan dan akibat dari kejadian banjir.
Disamping kejadian bencana ini, ia juga melibatkan kepada kesan psikologi dan trauma kepada mangsa-mangsa banjir yang kehilangan sanak saudara dan kerugian hartabenda yang besar. Hasil kajian (Chan :1995) purata kerugian semasa banjir yang dialami oleh sebuah isirumah dalam tahun 1993 asdalah dalam linkungan RM1,393.00. Walaupun kerugian ini nampaknya tidak begitu besar tetapi apabila dibandingkan dengan purata pendapatan isirumah yang menetap di kawasan dilanda banjir, maka ia akan menjadi signifikan dimana purata pendapatan bulanan mereka adalah dibawah RM 500.00.
2.1 Definisi dan Takrifan
Beberapa definisi dan takrifan telah digunakan dalam memperjelaskan penghujahan dalam kertas kerja ini. Menurut Peraturan Tetap Operasi Pengendalian Bencana Banjir yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara , banjir didefinisikan sebagai limpahan air yang berlebihan bagi satu-satu sistem saliran . “Banjir adalah keadaan di mana suatu kawasan ditenggelami oleh air dalam saesuatu tempoh tertentu”.
Banjir kilat pula ialah kenaikan air yang cepat dan banjir berlaku dalam masa yang singkat diakhir hujan yang turun dengan lebatnya.
Manakala bencana pula ditakrifkan sebagai sesuatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks, dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan kepada harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyrakat setempat. Kejadian ini memerlukan pengendalian dan pengurusan yang melibatkan sumber, kelengkapan, kekerapan dan tenaga manusia yang ekstensif daripada pelbagai agensi serta penyelarasan yang berkesan , dalam mana kemungkinan memerlukan tindakan yang kompleks dan jangkamasa yang panjang.
2.2 Jenis-jenis Banjir
Menurut Jabatan Parit dan Saliran telah mengkategorikan banjir kepada dua jenis iaitu banjir tempatan dan banjir limpahan air sungai. Banjir tempatan ialah banjir yang berpunca daripada hujan lebat yang turun dan air bertakung di dalam sesuatu kawasan bagi tempoh tertentu dan keadaan ini menyebabkan kawasan-kawasan rendah dinaiki air. Banjir kilat adalah termasuk didalam kategori banjir tempatan. Manakala banjir limpahan air sungai yang berpunca daripada air sungai yang melimpahi tebing sebelum mengalir ke laut atau meresap ke dalam tanah dan berpunca daripada limpahan air daripada sungai utama.
Mengikut Peraturan Tetap Operasi Pengendalian Banjir, banjir di Malaysia telah dikategorikan kepada tiga iaitu banjir kilat, banjir monsun, dan banjir ribut tropika. Banjir kilat aialah banjir yang berlaku di kawasan pembangunan yang mempunyai sistem saliran yang tidak mampu menanggung jumlah air yang banyak secara tiba-tiba. Banjir ini berlaku apabila hujan lebat lebih daripada keadaan biasa berlaku dalam sesuatu tempoh tertentu dan banjir ini akan surut dalam masa yang singkat.
Banjir monsun tengkujuh pula berlaku dalam tempoh spesifik semasa monsuntimur laut dari November hingga Mac dan monsun peralihan dari September hingga Oktober. Banjir ini melibatkan seluruh negara terutamanya di pantai Timur Semenanjung Malaysia, bahagian Barat Sarawak dan Pantai Timur Sabah.
Sementara itu, banjir ribut tropika pula berlaku dalam masa yang tidak spesifik apabila ribut melanda negara dan memberi impak yang yang dahsyat kepada kehidupan, mangsa, dan kerosakan harta benda akibat banjir dan anghin kencang seperti kejadian ribut tropika “Greg” yang melanda Sabah pada tahun 1996. Hujan lebat dan banjir juga berlaku apabila ribut tropika terjadi dikawasan yang berdekatan dengan negara kita.
2.3 Faktor Berlaku Banjir
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya bencana banjir samada fenomena semula jadi atau tindakan manusia. Dibawah ini dibincangkan beberapa faktor yang sering menyebabkan bencana banjir di Malaysia. Diantaranya adalah :
2.3.1 Keamatan Hujan Yang Tinggi
Malaysia terletak didalam iklim khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun dimana jumlah hujan tahunan diantara 1,500 mm hingga melebihi 3,500 mm. Menurut Chan :2006 terdapat juga kejadian dimana tempoh hujan lebat berterusan biasanya beberapa hari dengan intensiti hujannya dalah lebat. Mengikut Jabatan Parit dan Saliran, sekiranya keamatan hujan tinggi iaitu100 mm sehari berterusan selama 48 jam dan disertai dengan air laut yang pasang tinggi ketika itu akan menyebabkan banjir.
Umumnya , kejadian hujan ribut perolakan semasa musim-musim peralihan monsun pada bulan-bulan April dan Oktober adalah serentak dengan kejadian banjir.
2.3.2 Keupayaan Sistem Saliran Yang Tak Efisyen
Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan keupayaan sistem saliran yang tak efisyen. Pertama tidak adanya jaringan longkang-longkang yang didirikan dan sekiranya kapasiti longkang tersebut adalah rendah untuk menampung aliran air yang banyak. Kedua sitem peparitan dan longkang yang tidak diselenggarakan sehingga menyekat pengaliran air. Pembangunan pesat juga telah mengakibatkan dasar sungai menjadi cetek , dimana pembuangan sampah secara tidak terkawal telah menghalang aliran sungai, pembukaan dan penerokaan tanah tebing sungai, perumahan haram dan lain-lain tujuan telah menyumbang kepada peningkatan kepada kekerapan banjir (Chan,1996).
2.3.3 Fenomena ‘Back Water’
Di kawasan bandar misalnya, manusia banyak mengubah permukaan tanah daripada kawasan telap air kepada kawasan-kawasan tidak telap air melalui pembinaan jalan raya, bangunan, zon letak kereta dan sebagainya. Selain itu, banjir juga disebabkanoleh faktor lain seperti runtuhnya struktur empangan, ribut, tsunami, gegaran tektonik dan letusan gunung berapi (Ekhwan 2000). Ini akan menyebabkan keadaan banjir kilat dimana aliran air akan tersekat akibat dari perubahan guna tanah dimana alur sungai dan peparitan yang tersekat dan berkurangnya keupayaan sungai melalui pemedapan kelodak dan kejadian hujan rebut seperti hujan ribut perolakan yang lebat.
3.0 Koordinasi Antara Agensi
Risiko sesuatu bencana terhadap alam sekitar sebenarnya boleh dikenal pasti dengan kajian penilaian risiko sebelum sesuatu bencana berlaku. Kajian penilaian risiko bencana dapat memberikan maklumat mengenai sifat bencana, tahap risiko yang diwujudkan dan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengurangkan ri- siko bencana. Kajian penilaian risiko juga dapat membantu untuk memberikan maklumat tentang kaedah dan tindakan yang boleh diambil apabila sesuatu bencana berlaku. Maklumat yang diberikan melalui kajian ini amat bermanfaat untuk menghasilkan piawaian operasi kerja dalam menangani sesuatu kejadian bencana.
Sesungguhnya kejadian bencana alam yang semakin meningkat merupakan suatu bentuk ancaman kepada pembangunan dunia. Bencana alam yang menimpa tidak mengira masa dan tempatnya. Kesiapsiagaan kita untuk menghadapinya melalui langkah-langkah konkrit dapat mengurangkan risiko bencana alam sekali gus dapat menjamin kelangsungan kehidupan dan kelestarian pembangunan.
Pengurusan bencana banjir adalah bermatlamat untuk mengurangkan atau meminimakan kehidupan dari impak bencana banjir. Pengajaran dari kejadian terdahulu telah menunjukan bahawa pendekatan yang berkesan melalui pembangunan program pengurusan dalam menyatupadukan dan membentuk pendekatan secara holistik .
Terdapat beberapa punca yang dikenalpasti boleh mencetuskan krisis, punca-punca ini jika gagal ditangani akan menyebabkan berlakunya konflik.
i. Persaingan sumber yang terhad Di dalam sesabuah organisasi sering berlaku persaingan untuk mendapatkan pengagihan sumber-sumber seperti jawatan, kewangan, kelengkapan pejabat dan kelengkpan peribadi bagi memenuhi kehendak jabatan masing-masing. Namun sumber-sumber tersebut adalah terhad.
Akibatnya berlaku ketidakpuasan hati dan ketidakadilan dalam pengagihan sumber tersebut apabila masing-masing mengutamakan kepentingan sendiri dari mencapai matlamat operasi keseluruhannya.ii. Persandaran Tugas Persandaran tugas memerlukan individu atau unit lain untuk membantu menyelesaikan sesuatu tugas yang memerlukan kerjasama dan persefahaman antara pihak-pihak terlib. Kerjasama tersebut diperlukan untuk mendapatkan hasil kerja yang lebih efektif dan berkualiti.
Apabila kerjasama yang diharapkan tidak seperti yang dikehendaki oleh pihak yang berkerjasama ia mungkin melahirkan rasa tidak puas hati. Pergolakan konflik antara pihak-pihak tersebut menjejaskan kerjasama dimasa hadapan dan ini merugikan organisasi. iii. Ketidakjelasan Tanggungjawab dan Kuasa Dalam organisasi terdapat petugas yang masih samar dalam menjalankan tugasnya dan mengharapkan orang lain melakukan tugas tersebut. Apabila timbul masalah dalam penyelesaian tugas, pergeseran antara petugas akan berlaku.
Ketidakjelasan tanggungjawab antara petugas akan menyebabkan kegagalan pencapian sesuatu matlamat. Selain itu wujud juga konflik dalam pemusatan dan pembahagian kuasa antara jabatan. Pemusatan kuasa bermaksud individu yang diberi kuasa (authority) membuat keputusan untuk semua jabatan. iv. Kekurangan Maklumat Masalah kekurangan maklumat selalu terjadi dalam sesebuah organisasi. Ini kerana komunikasi yang lemah antara jabatan atau individu yang gagal menguruskan maklumat tersebut.
Pengurusan maklumat yang lemah menjejaskan mutu kerja dan akhirnya gagal mencapai matlamat yang di tetapkan. Apabila berlaku kegagalan tersebut konflik yang telah pun terjadi akan menjadi lebih buruk dalam hubungan antara jabatan.
v. Matlamat Yang Berbeza Kebiasaannya berlaku perbezaan matlamat di antara jabatan kerana organisasi tertentu mempunyai agenda tersendiri. Konflik juga boleh berlaku di antara individu dan kumpulan. Perbezaan tersebut berlaku kerana latarbelakang dan pemikiran yang berbeza antara petugas.
Menurut Shesh (2005), bencana banjir memerlukan pengurusan yang starategik dan termasuk perancangan yang teratur bagi membolehkan urusan dan perkaramengenai isu banjir ditangani dengan berkesan terutama dalam mengurangkan jumlah mangsa yang terkorban dan harta benda yang musnah. Contohnya dinegara-negara maju, kawasan sungai yang kerap terdedah kepada banjir telah diuruskan dengan baik dan berhati-hati.
Tebatan-tebatan banjir seperti tembok atau tambak, empangan dan benteng atau rintangan dibina untuk mengelak air dari melimpah tebingnya. Kawasan-kawasan pantai yang terdedah kepada banjir pula telah dibina tebatan pantai seperti dinding laut dan ditanam pokok-pokok yang menyerapi air dipersisiran pantai dan juga menjadi rintangan dan halangan kepada ombak besar dan menentukan pengurusan hutan yang berterusan.
Kajian Shesh menunjukan semua agensi dan masyarakat perlu melibatkan dalam pengurusan bencana untuk lebih efisyen. Meletakan pegawai yang ada kepakaran adalah amat wajar untuk menyelaras diantara peringkat regional, tempatan dan daerah. Meningkatkan latihan kepada pihak berkuasa tempatan terutama dalam mitigasi dan kesiapsiagaan.
Di Malaysia, bencana banjir yang berlaku seolah-olah merupakan satu pesta tahunan terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur semasa monsoon timur laut dan kadang-kadang menjadi rezeki kepada penduduk setempat dengan terdapatnya sumber ikan air tawar ketika itu. Bagi mengurangkan impak dan kesan kepada mangsa dalam berdepan dengan fenomena ini, maka tindakan bersepadu dan kerjasama antara agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan , Badan Sukarela, pihak swasta serta orang awam perlu diselaraskan untuk melancarkan respons terhadap bencana yang berlaku.
Sehubungan itu, pengurusan bencana banjir perlu dimantapkan dan dikoordinasikan dengan agensi-agensi kerajaan yang telah dipertanggunggjawabkan dengan tugas dan peranan sesuai dengan kepakaran dan asaa dan matlamat ianya telah diwujudkan. Bahagian Keselamatan Negara , telah dipertanggungjawabkan unruk mengkoordinasikan peranan dan tugas-tugas jabatan-jabatan dalam menangani bencana banjir ini. Untuk itu, Majlis Keselamatan Negara dibawah Arahan MKN No. 18 telah menyenarai panduan dan perintah tetap untuk dijadikan panduan jabatan-jabatan yang terlibat dengan pengurusan bencana ini yang namakan Peraturan Tetap Operasi Pengendalian Bencana Banjir (PTO).
Matlamat utama PTO ini adalah untuk menggariskan pelan tindakan dan tatcara kerja dan tindakan–tindakan antara agensi-agensi yang terlibat secara bersepadu , terselaras dan berkesan bagi mengelakan dan mengurangkan risiko kehilangan nyawa , kemusnahan harta benda dan perlaksaan usaha-usaha baik pulih. PTO ini akan memudahkan usaha-usaha penyelarasan , pengendalian dan bantuan antara agensi dalam tindakbalas pengurusan bencana banjir.
4.0 Peringkat Pengurusan Bencana Banjir
Kajian Shesh menunjukan semua agensi dan masyarakat perlu melibatkan dalam pengurusan bencana untuk lebih efisyen. Meletakan pegawai yang ada kepakaran adalah amat wajar untuk menyelaras diantara peringkat regional, tempatan dan daerah. Meningkatkan latihan kepada pihak berkuasa tempatan terutama dalam mitigasi dan kesiapsiagaan.
Di Malaysia, bencana banjir yang berlaku seolah-olah merupakan satu pesta tahunan terutamanya di negeri-negeri Pantai Timur semasa monsoon timur laut dan kadang-kadang menjadi rezeki kepada penduduk setempat dengan terdapatnya sumber ikan air tawar ketika itu. Bagi mengurangkan impak dan kesan kepada mangsa dalam berdepan dengan fenomena ini, maka tindakan bersepadu dan kerjasama antara agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan , Badan Sukarela, pihak swasta serta orang awam perlu diselaraskan untuk melancarkan respons terhadap bencana yang berlaku.
Sehubungan itu, pengurusan bencana banjir perlu dimantapkan dan dikoordinasikan dengan agensi-agensi kerajaan yang telah dipertanggunggjawabkan dengan tugas dan peranan sesuai dengan kepakaran dan asaa dan matlamat ianya telah diwujudkan. Bahagian Keselamatan Negara , telah dipertanggungjawabkan unruk mengkoordinasikan peranan dan tugas-tugas jabatan-jabatan dalam menangani bencana banjir ini. Untuk itu, Majlis Keselamatan Negara dibawah Arahan MKN No. 18 telah menyenarai panduan dan perintah tetap untuk dijadikan panduan jabatan-jabatan yang terlibat dengan pengurusan bencana ini yang namakan Peraturan Tetap Operasi Pengendalian Bencana Banjir (PTO).
Matlamat utama PTO ini adalah untuk menggariskan pelan tindakan dan tatcara kerja dan tindakan–tindakan antara agensi-agensi yang terlibat secara bersepadu , terselaras dan berkesan bagi mengelakan dan mengurangkan risiko kehilangan nyawa , kemusnahan harta benda dan perlaksaan usaha-usaha baik pulih. PTO ini akan memudahkan usaha-usaha penyelarasan , pengendalian dan bantuan antara agensi dalam tindakbalas pengurusan bencana banjir.
4.0 Peringkat Pengurusan Bencana Banjir
Secara amnya, koordinasi dan kerjasama antara agensi kerajaan ini boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat sebelum, semasa dan selepas bencana berlaku. Peringkat sebelum banjir adalah peringkat persediaan dan kesiapsagaan, peringkat semasa adalah tindakbalas operasi mencari dan menyelamat, pemindahan dan pentadbiran pusat pemindahan.. Pusat Kawalan Tempat Kejadian dan Pusat Kawalan Operasi Bencana juga beroperasi diperingkat ini. Manakala peringkat selepas banjir ialah peringkat mengurus impak dan kemusnahan dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi dan mengurangkan kemusnahan dan kehilangan nyawa.
4.1 Peringkat Sebelum Banjir(Persediaan dan Kesiapsagaan)
Persediaan dan kesiapsagaan melibatkan persediaan berstruktur dan bukan struktur. Pengurusan banjir yang cekap dengan aplikasi teknologi semasa dapat mengurangkan kejadian banjir. Namun begitu kekerapan terus berlaku dikebanyakan bandar besar yang mengalami pembangunan pesat(Jamaluddin,1985). Kompenan persediaan dan kesiapsagaan adalah merupakan tindakbalas bukan struktur yang bertujuan mengelak atau mengurangkan impak bencana banjir samada dari segi kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda. Matlamat ini dapat dicapai melalui perancangan persediaan secara bersepadu dan terselaras.
4.1.1 Langkah Berstruktur
Ianya melibatkan program dan pembangunan seperti penebatan banjir, pembinaan empangan, memperbaiki sistem aliran sungai dan peparitan, meninggikan tebing sungai, membina beteng pemecah ombak dan lain-lain. Ini perlu melibatkan penyelarasan dan koordinasi antara agensi seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah bertanggungjawab untuk memastikan semua sistem saliran sungai dan peparitan dalam keadaan baik, tidak tersumbat dengan sampah sarap dan sebagainya yang boleh mengakibatkan banjir. Agensi-agensi ini perlu berkomukasi antara satu lain dan mempunyai perancangan yang terselaras untuk mengelakan pertindihan tanggungjawab atau harap mengharap antara satu sama lain.
4.1.2 Langkah Bukan Struktur
Langkah bukan struktur seperti ramalan dan amaran banjir yang dibuat berdasarkan kepada maklumat keamatan taburan hujan dan sukatan aras sungai dapat memberi amaran banjir membolehkan agensi-agensi terlibat dan penduduk dikawasan yang sering mengalami banjir mengadakan persediaan awal demi meminimakan impak bila banjir melanda. Tanggungjawab ini diletakan keatas Jabatan Kajicuaca Malaysia(PKM) dalam mengkaji maklumat tentang ramalan angin dan keamatan hujan serta mengeluarkan amaran banjir bagi persediaan dan kesiapsagaan agensi terlibat dan orang ramai. Matlamat ini dapat dicapai melalui persediaan secara bersepadu dan terselaras dengan mengambil langkah-langkah berikut:
i. Jawatankuasa Penyelarasan
Jawatankuasa ini perlu menekankan aspek perancangan pengurusan dan bantuan sebelum, semasa dan selepas bencana banjir. Mengikut PTO , Jawatankuasa ini ditubuhkan di peringkat persekutuan yang dinamakan Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Pusat, diperingkat negeri dinamakan Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri dan akhir sekali diperingkat daerah yang diketahui umum sebagai Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Peringkat Daerah.
Jawatankuasa-jawatankuasa ini bagi daerah-daerah dan negeri-negeri yang sering dilkanda banjir perlu mengadakan mensyuarat sekurang-kurangnya setahun sekali sebelum menjelang monsun timur laut atau barat daya. Dalam mengkoordinasikan mesyuarat ini , PTO telah menggariskan jangkamasa mesyuarat bagi daerah pada minggu keempat bulan Jun , negeri pada minggu kedua bulan Ogos manakala peringkat persekutuan adalah pada minggu pertama bulan September. Langkah-langkah dan tindakan susulan akan dibuat selepas mesyuarat bagi mengatasi sebarang kekurangan dan kelemahan yang melibatkan kepada persediaan dan kesiapsigaan operasi menghadapi banjir.
ii. Pusat Pemindahan
Pusat-pusat pemindahan mangsa banjir perlu dikenalpasti dan mempunyai keperluan asas yang mencukupi dimana Jabatan Kebajikan Masyrakat (JKM) telah dipertanggungjawab mengenalpasti pusat-pusat pemindahan dengan lebih awal lagi bagi memudah dan melancarkan urusan pemindahan. Bangunan-bangunan yang dikenalpasti samada milik persendirian atau milik agensi kerajaan perlu mendapat kerjasama erat dikalangan mereka.
iii. Pengkalan Hadapan
Merupakan tempat penyimpanan bekalan dan keperluan asas seperti bahan makanan, selimut, tikar dan lain-lain yang mana keperluan asas ini dipertanggungjawab keatas JKM. Pengkalan hadapan ini dikenalpasti berdasarkan kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir. Pemilihan ini adalah bertujuan untuk membolehkan keperluan asas dapat diagihkan dengan segera terutama di kawasan yang mudah terputus hubungan. Keperluan bahan makanan yang disediakan di pengkalan hadapan hendaklah menampung keperluan sekurang-kurangnya tujuh hari.
iv. Pusat Kawalan Tempat Kejadian
Ketua Polis Daerah sebagai Komander Operasi Bencana bertanggungjawab mengenalpasti dan menyediakan Lokasi Hadapan. Tujuan Lokasi Hadapan adalah untuk memudahkan penyelarasan tindakan operasi mencari dan menyelamat dan bantuan kecemasan kepada mangsa-mangsa bencana di tempat kejadian. Lazimnya Balai-balai Polis atau Pondok Polis akan digunakan untuk tujuan ini dan pemilihan ini berdasarkan kepada sistem perhubungan yang terdapat dilokasi tersebut.
v. Tanda Pendaratan Helikopter
Tanda pendaratan ini adalah penting bagi tujuan pendaratan dalam memberi bantuan kecemasan dan membawa bekalan keperluan untuk mangsa-mangsa dan petugas-petugas ketika bencana. Kawasan pendaratan adalah tanah lapang dan rata dan beri tanda ”H”, ”T” atau lain-lain tanda yang sesuai dengan warna yang jelas. Koordinasi Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu wujud untuk tujuan penyelarasan.
vi. Bot-Bot Penyelamat
Bot-bot penyelamat perlu ditempatkan lebih awal dikawasan yang mudah dilanda banjir untuk mempercepat operasi penyelamat. PKTK adalah bertanggungjawab utuk menyelaraskan penempatan bot-bot yang ada. Semasa ditempatkan dalam keadaan bersiap sedia, agensi-agensi seperti PDRM, JBPM, ATM , PBT, Jabatan Pertahanan Malaysia (JPM) dan lain agensi yang mempunyai bot adalah bertanggungjawab memelihara keselamatan aset-aset mereka.
vii. Sistem Amaran
Pusat Kajicuaca akan mengeluarkan amaran mengenai hujan lebat, ribut petir, tanda-tanda berkesan , carta angin. JPS, Pihak Berkuasa Air dan tenaga Nasional Berhad(TNB) bertanggungjawab untuk memastikan semua sungai, parit utama, empangan, rumah pam, benteng sungai dan pantai, struktur pengairan dan saliran dibawang bidang kawalan masing-masing. JPS hendaklah memastikan semua sistem telemetri, tolok sungai, siren amaran banjir, papan amaran banjir, alat komunikasi dalam keadaan berfungsi.
Semua lapuran cuaca dan amaran yang dikeluarkan oleh PKM dan laporan perubahan kedudukan aras air sungai oleh JPS hendaklah dimaklumkan melalui faksimili ke Bilik Gerakan Majlis Keselamatan Negara, Pusat Kawalan Malaysia PDRM , Bilik Gerakan Pertahanan (DOR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran.
viii. Program Kesedaran dan Kependidikan
Program kesedaran, kependidikan, panduan dan nasihat tentang larangan dan bahaya banjir hendaklah dipertingkatkan. Jabatan Penerangan dan Jabatan Penyiaran hendaklah digerakan bagi tujuan ini.
4.2 Peringkat Semasa Bencana Banjir
Merupakan peringkat yang kritikal sewaktu bencana dalah diperingkat semasa banjir. Disinilah keperluan jaringan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi dan pihak lain yang terlibat adalah sangat penting dalam pengurusan bencana banjir peringkat ini. Dari pengalaman banjir besar melanda Kelantan pada tahun 1993 telah mendapati berlakunya keadaan kelam kabut dan berbagai karenah mangsa semasa operasi pemindahan dimana kekurangan jumlah bot dan keanggotaan dan jaringan antara pelbagaian agensi yang kurang berkesan. Apabila berlakunya bencana , Jawatan Pengurusan dan Bantuan Bencana mengikut peringkat akan memberi bantuan segera. Diantara bantuan segera adalah :
i. Tugas Menyelamat/Pemindahan Mangsa
Ketua Polis Daerah/Negeri selaku Komander Operasi Bencana Daerah/Negeri adalah bertanggungjawab sebagai penyelaras dalam gerakan memindahkan mangsa-mangsa banjir ke pusat-pusat pemindahan yang telah ditetapkan. Tugas ini akan dilaksanakan bersama-sama Jabatan Bomba, ATM, JPM, RELA dan Jawatankuasa Kampung seperti JKKK dan lain-lain badan sukarela.
ii. Penyediaan Pusat-Pusat Pemindahan
Pengurusan pusat pemindahan juga memerlukan koordinasi dan dikendali pelbagai agensi. JKM dengan dibantu JPM bertanggungjawab dalam mengendalikan pusat-pusat pemindahan. Diantara tindakan yang perlu diambil adalah:
· Mendaftar mangsa-mangsa yang terlibat.
· Menyelenggara tempat penyimpanan bekalan makanan.
· Membekal dan mengedar bantuan makanan,pakaian, selimut dan lain-lain keperluan asas.
· Menggerakan pasukan petugas dan sukarelawan membantu dalam urusan
pendaftaran, memasak dan sebagainya.
· Merancang aktiviti untuk mangsa jika tempoh pemindahan melebihi tujuh hari.
· Penyediaan rawatan perubatan dan kesihatan.
· Memberi nasihat, bimbingan /kaunseling kepada mangsa yang mengalami trauma.
iii. Perintah Dan Kawalan
Penyelarasan pengurusan bencana dan pengawasan bagi semua aktiviti dikendalikan oleh agensi yang berkaitan dan diselaraskan oleh JPBBD/JPBBN mengikut tahap banjir di satu tempat yang dikenali sebagai Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), manakala penyelarasan semua tindakan dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat dan bantuan kecemasan dikenali sebagai Pusat Kawalan Tempat Kejadian(PKTK).
iv. Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB)
Merupakan satu pusat yang diwujudkan semasa berlakunya banjir untuk Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana bermesyuarat, mengurus, menyelaras, mengawasi dan memantau situasi bencana. PKOB akan digerakan berdasar situasi berikut :
· Banjir atau ribut berlaku di satu atau lebih kawasan dalaqm satu-satu daerah, maka usaha-usaha bantuan akan diselaraskan oleh PKOB Daerah(Tahap 1). PKOB Negeri akan dilketakan dalam keadaan siap sedia untuk membantu jika diperlukan.
· Banjir atau ribut berlaku pada dua atau lebih daerah dalam sesebuah negeri, maka usaha-usaha bantuan akan diselaraskan oleh PKOB Negeri (Tahap II). PKOB pusat juga akan digerakan dan dianggotai oleh ”skeletal staff” untuk memantau perkembangan semasa dan akan bersedia membantu jika diminta.
· Banjir berlaku pada satu negeri atau lebih, tertakluk kepada besarnya banjir, maka PKOB Pusat akan digerakan sepenuhnya untuk menyelaras usaha-usaha bantuan (Tahap III )
· Apabila PKOB digerakan, Bilik Gerakan Agensi juga turut digerakan mengikut peringkat masing-masing.
v. Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK)
· Merancang aktiviti untuk mangsa jika tempoh pemindahan melebihi tujuh hari.
· Penyediaan rawatan perubatan dan kesihatan.
· Memberi nasihat, bimbingan /kaunseling kepada mangsa yang mengalami trauma.
iii. Perintah Dan Kawalan
Penyelarasan pengurusan bencana dan pengawasan bagi semua aktiviti dikendalikan oleh agensi yang berkaitan dan diselaraskan oleh JPBBD/JPBBN mengikut tahap banjir di satu tempat yang dikenali sebagai Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), manakala penyelarasan semua tindakan dalam kerja-kerja mencari dan menyelamat dan bantuan kecemasan dikenali sebagai Pusat Kawalan Tempat Kejadian(PKTK).
iv. Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB)
Merupakan satu pusat yang diwujudkan semasa berlakunya banjir untuk Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana bermesyuarat, mengurus, menyelaras, mengawasi dan memantau situasi bencana. PKOB akan digerakan berdasar situasi berikut :
· Banjir atau ribut berlaku di satu atau lebih kawasan dalaqm satu-satu daerah, maka usaha-usaha bantuan akan diselaraskan oleh PKOB Daerah(Tahap 1). PKOB Negeri akan dilketakan dalam keadaan siap sedia untuk membantu jika diperlukan.
· Banjir atau ribut berlaku pada dua atau lebih daerah dalam sesebuah negeri, maka usaha-usaha bantuan akan diselaraskan oleh PKOB Negeri (Tahap II). PKOB pusat juga akan digerakan dan dianggotai oleh ”skeletal staff” untuk memantau perkembangan semasa dan akan bersedia membantu jika diminta.
· Banjir berlaku pada satu negeri atau lebih, tertakluk kepada besarnya banjir, maka PKOB Pusat akan digerakan sepenuhnya untuk menyelaras usaha-usaha bantuan (Tahap III )
· Apabila PKOB digerakan, Bilik Gerakan Agensi juga turut digerakan mengikut peringkat masing-masing.
v. Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK)
Satu tempat untuk menyelaras segala tindakan taktikal yang diambil oleh agensi-agensi yang terlibat dalam operasi mencari, menyelamat dan bantuaqn kecemasan kepada mangsa-mangsa. Ketua Polis Daerah/Negeri adalah komander dan semua Bilik Gerakan Ibupejabat Daerah/Negeri merupakan PKTK mengikut tahap bencana yang berlaku. Sekiranya kawasan yang dilanda banjir luas, Komander Operasi Bencana boleh menubuhkan Pengkalan Hadapan(Pos Hadapan) sebagai tempat bagi memudahkan tindakan PKTK dalam operasi mencari, menyelamat dan memberi bantuan.
4.3 Peringkat Selepas Banjir
Pengurusan selepas banjir juga adalah sama penting dengan pengurusan sebelu dan semasa banjir dan memerlukan kerjasama dan koordinasi pelbagai agensi. Menurut Peraturan Tetap Operasi (PTO) satu penilaian ketas operasi banjir dikehendaki diadakan oleh pegawai-pegawai Penyelaras PKOB dan Bilik Gerakan Agensi Awam. Tujuannya adalah untuk mendapatkan gambaran sebenar perlaksanaan operasi disamping mengenalpasti kelemahan-kelemahan dan membuat cadangan dan pengesyoran langkah-langkah yang perlu diambil bagi megurangkan impak dan menangani bencana pada masa hadapan.
Disamping itu siasatan dan penilaian keatras kerosakan atau kemusnahan yang dialami semasa banjir hendaklah dijalankan oleh agensi-agensi yang berkaitan dari segi kerosakan dan kerugian harta yang dipertanggungjawab keatas JKM. JKR membuat penilaian keatas kerosakan harta awam dan setiap lapuran lengkap perlu dikemukakan kepada pejabat Majlis Keselamatan Negara dalam tempoh satu bulan dari tarikh berakhirnya bencana.
Disamping itu kesan lain akibat bencana banjir adalah jangkitan penyakit berjangkit dimana Jabatan Kesihatan perlu mengambil tindakan susulan menjalankan kajian kemungkinan jangkitan penyakit ini. Jabatan Penerangan dan Penyiaran dan lain-lain agensi perlu meningkatkan program kempen atau penyebaran maklumat mengenai penjagaan kesihatan dan bahaya penyakit akibat banjir.
5.0 Kesimpulan
Pengurusan bencana banjir adalah merupakan tanggungjawab bersama diantara pelbagaian agensi, aktor bukan kerajaan , swasta dan seluruh masyrakat. Penyelarasan dan koordinasi pelbagaian agensi adalah amat diperlukan dan kerjasama penuh adalah merupakan tunjang kepada keselarasan dan jaringan koordinasi dan dikukuhkan lagi.
Disamping itu kesan lain akibat bencana banjir adalah jangkitan penyakit berjangkit dimana Jabatan Kesihatan perlu mengambil tindakan susulan menjalankan kajian kemungkinan jangkitan penyakit ini. Jabatan Penerangan dan Penyiaran dan lain-lain agensi perlu meningkatkan program kempen atau penyebaran maklumat mengenai penjagaan kesihatan dan bahaya penyakit akibat banjir.
5.0 Kesimpulan
Pengurusan bencana banjir adalah merupakan tanggungjawab bersama diantara pelbagaian agensi, aktor bukan kerajaan , swasta dan seluruh masyrakat. Penyelarasan dan koordinasi pelbagaian agensi adalah amat diperlukan dan kerjasama penuh adalah merupakan tunjang kepada keselarasan dan jaringan koordinasi dan dikukuhkan lagi.
Selain itu, pembangunan keupayaan melalui latihan dan kerjasama antara agensi amat penting dalam meningkatkan kecekapan pengurusan bencana. Koordinasi yang baik antara agensi kerajaan difikirkan amat penting dalam membentuk suatu tindakan bersepadu. Selain itu juga kewujudan badan bukan kerajaan yang aktif di Malaysia perlu dilibatkan secara bersama dalam pengurusan bencana alam.
Dicadangkan menggunakan NGO , Persatuan Bulan Sabit Malaysia disetiap peringkat pengurusan juga dapat membantu dalam operasi pengurusan dan bantuan bencana. Koordinasi ini dapat mengeksploitasi sumber dan aset yang ada dan ini dapat melancarkan lagi perjalanan operasi. Badan-badan bukan kerajaan dan aktor bukan kerajaan serta penduduk juga perlu dilibatkan dalam polisi, menilai dan membuat penilaian dalam Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana.
Didapati juga terlalu kurangnya kajian-kajian ilmiah dan literatur dalam membincangkan isu-isu berkaitan dengan pegurusan bencana di Malaysia terutamanya dari aspek koordinasi pelbagai agensi dalam menangani bencana banjir dan dicadangkan sarjana-sarjana dan mereka –mereka yang mempunyai kepakaran dan pengalaman untuk memperbanyakan kajian ilmiah dalam isu ini sebagai rujukan dimasa hadapan..
very informative, thank you so much.
ReplyDeletemohon copy
ReplyDeletemohon copy
ReplyDelete