FOLLOWERS

Saturday, 25 April 2009

WAJAH TERBARU PENGKHIANAT THAILAND


Wajah terbaru wajah pengkhianat negara Thailand : ketua baju kuning. Baru keluar hospital pagi tadi selepas terselamat dari cubaan membunuhnya ( lebih 100 tembakan dari rifle AK 47 ).

Tuhan beri hidup lagi mungkin untuk dia melihat kemusnahan negara Thailand yang disebabkan oleh tindakan bodohnya. Ini pun dari jenis spesis maksum. Dia seorang saja yang betul. Semua orang lain salah. Ramai juga di Malaysia ini yang mencontohi caranya nak jatuhkan kerajaan dan DYMM Raja-Raja.


Contohnya seperti mereka yang berbaring macam lembu yang kekenyangan selepas makan sehari suntuk iaitu berbaring lintang pukang di jalanraya di depan Istana DYMM di Kuala Kangsar Perak dulu.

Serupalah tu.Jenis tindakan tak berotak dan beradap. Kereta DYMM Raja Nazrin pun dihalangnya. Nasib baiklah orang Malaysia ni baik lagi. Kalau di Thailand, kesalahan menghina Raja, kalau seperti di Kuala Kangsar tu, dipendekkan cerita................meringkuk seumur hidup le dalam penjara. Itu pun dikira bernasib baik.


Fikirkanlah........................................

1 comment:

  1. Ye laaaa, sama jugak yg pengampu2 dok usung banner "kami nak idris! natang" kat tgannu dulu,

    ReplyDelete

PETA PELAYAR