FOLLOWERS

Friday, 10 April 2009

KABINET BARU DS NAJIB : GUGUR JIKA TAK CAPAI KPI


Sekali imbas Penghuni Gua melihat senarai Menteri Kabinet dan Tim. Menteri Kabinet adalah mantap. Pastinya pasukan ini berupaya untuk membantu PM dalam merealisasi pertumbuhan ekonomi negara seperti mana mengikut bajet mini 2009 baru-baru ini. Penghuni Gua berpendapat penilaian PM terhadap Menteri dan Tim. Menteri yang akan dibuat 6 bulan sekali hendaklah dibuat secara tegas.


Mesti benar-benar dibuat dan pertukaran serta pengguguran juga perlu dibuat serta merta jika tidak menetapi " key performeance indicator " yang telah ditetapkan. Ia perlu diganti dengan menteri lain dengan serta merta. Pengguguran ini juga perlu dibuat terhadap menteri yang menilai prestasi ( Tan Sri Koh Tsu Koon ) jika tidak mencapai KPI yang ditetapkan. Berdasarkan sejarah yang lepas, prestasi diapun tak adalah bagus sangat.


Asyik menyalahkan orang aje. Lebih berpolitik dari nak bangunkan negara. Pulau Pinag bungkus pun kerana dia lah. Tak ada majoriti dah berapa penggal. Jadi KM pun atas kesian belas UMNO. Itu pun cakap lebih-lebih .

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR