FOLLOWERS

Friday, 10 April 2009

BANTUAN KE SABAH DAN SARAWAK : ORANG BERBUDI KITA BERBAHASA

Berita Harian

10 apr 2009

Beri sedikit keistimewaan pembangunan: Bung Moktar


SANDAKAN: Penduduk Sabah berharap agar diberikan sedikit keistimewaan daripada segi peruntukan pembangunan kerana negeri itu agak ketinggalan berbanding negeri lain. Anggota Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin, berkata mesej itu berdasarkan kepada senario pilihan raya baru-baru ini yang menyaksikan Sabah dan Sarawak menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN).

"Harapan penduduk negeri ini adalah pembangunan seimbang dapat diwujudkan terutamanya bagi pembinaan jalan-jalan kampung, bekalan air bersih serta elektrik," katanya di sini malam tadi pada majlis kesyukuran sempena kemenangan beliau sebagai anggota Majlis Tertinggi Umno pada pemilihan parti bulan lepas.

Bung Moktar berkata beliau bimbang jika tuntutan itu tidak dipenuhi, pada masa akan datang rakyat tidak lagi berpihak kepada BN dan ini akan menyukarkan parti pemerintah untuk mengerakkan hasratnya secara menyeluruh. Mengenai Umno, beliau berkata bagi mencapai hasrat memperkukuhkan parti, perubahan harus dilakukan daripada segi pentadbiran, perlembagaan serta cara Umno mengendalikan isu berhubung masalah rakyat. - Bernama



Penghuni Gua : Aku setuju sangat dengan cadangan di atas. Menteri-menteri pusat ini perlu banyak melawat ke kampung-kampung dan pendalaman Sabah dan Sarawak. Di Pendalaman kalau kita pernah ke sana ( Penghuni Gua sempat juga bertugas di sana 1 1/2 tahun ) keadaan amat menyedihkan sekali dalam semua aspek. Jangan katakan rumah-rumah dan kemudahan asas penduduk kampung yang jauh ketinggalan, : pejabat-pejabat kerajaan kelihatan macam keadaan kehidupan masa zaman Jepun memerintah. Naik kesian kita melihatnya.

Macam tak percaya keadaan sedemikian ada lagi di Malaysia. Jadi, semua menteri rajin-rajin lah berkunjung ke pendalaman Sabah dan Sarawak. Jangan ke sana asyik tidor di hotel 5 ke 6 bintang sahaja. Rakyat di sana termasuk pegawai kerajaan masih ada yang terpaksa, minum, membasuh pakaian, mandi dan sebagainya menggunakan air hujan sepanjang tahun untuk tujuan tersebut. Semua rumah tu ada terdapat tong untuk menadah air hujan. Mujurnya Allah turunkan hujan setiap hari. Ini yang Penghuni Gua lihat sendiri di satu pulau di Sabah.

Penghuni Gua : Segerakanlah lawatan dan bantuan yang dipinta oleh YB Bung Mokhtar tu. Itu adalah permintaan yang amat mendesak dari mereka di sana. Beri bantuan kepada negeri di semenanjung terutama di bandar-bandar dan kawasan maju di bandar semenanjung ni pun bukan bawa faedah pun. Mereka tetap tidak bersyukur dan menyokong pembangkang. Baik bantuan tersebut di lebih banyak ke Sabah dan Sarawak kerana mereka adalah penyumbang terbesar kerusi untuk BN.Ada juga faedahnya. Kerana mereka di negeri di Bawah Bayu adalah mereka yang taahu berterima kaseh dan selalu bersyukur. Jadi balaslah budi mereka. Jika tidak BUNGKUIH!!!!!!!!!!!!Kata orang Kedah.

1 comment:

  1. Betul tu..asik nak manjakan org2 semenajung je..sekarang dah masanya untuk orang Sabah dan serawak pula capai kemajuan dlm hidup..Pe2 pun aku bersukur jadi org semenanjung..

    ReplyDelete

PETA PELAYAR