FOLLOWERS

Sunday, 12 April 2009

BARU ANDA TAHU BILA MEMERINTAH !


Berita Harian
12 apr 2009

Jimat air atau bayar lebih: Guan Eng

GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, meminta penduduk di negeri itu mengurangkan penggunaan air sebanyak 10 peratus atau berdepan dengan kenaikan tarif air tahun depan. Katanya, jika kerajaan negeri dipaksa menyediakan lebih banyak projek bekalan air maka pengguna terpaksa membayar bil air yang lebih tinggi. Berita lanjut : KLIK


Penghuni Gua : Apa rasa sekarang ?. Dulu anda akan menganjurkan tunjuk perasaan, menghantar memorendum dan berbagai lagi tindakan untuk menekan kerajaan jika kerajaan menaikkan harga barangan atau yang biasanya menaikkan tol. Sekarang apabila terkena batang hidung anda, baru anda tahu bahawa sebagai pemerintah ni susah.


Jangan pakai tuduh dan mengatakan konspirasilah , kerajaan tak bertanggungjawablah, kerajaan kedekut untuk belanjakan wang, kerajaan menyorok wang, kerajaan naikkan harga kerana nak tolong tokoh korperat tertentu dan berbagai tuduhan lagi. Sekarang bagaimana ? Sukar bukan. Dulu anda hanya dan pandai mengkritik sahaja. Apa sahaja yang kerajaan buat anda kritik dan menuduh kerajaan dengan berbagai tuduhan buruk. Kerajaan tidak prihatin terhadap rakyat bawahan, dan sebaginya.


Sekarang anda tahu sendiri, betapa peritnya sebagai pemerintah yang setiap hari memikirkan bagaimana untuk memberikan kehidupan yang terbaik kepada rakyat. Sekarang YB dilihat lebih banyak berdiam diri dan mebisu sahaja dalam isu nasional. Kerana apa. Kerana anda pemerintah juga diperingkat negeri. Anda baru tahu susahnya. Sebab itu anda dilihat lebih banyak berdiam diri dan mencari jalan selamat.


Oleh yang demikian, sampaikanlah pesanan kepada semua ADUN dan MP DAP termasuk PR bahawa jadi pemerintah ni susah. Jadi jangan mengatakan dengan berbagai tuduhan kepada kerajaan pusat. Beritahu pesanan ini. Menguruskan sebuah negeri bukan cukup dengan bercakap. Kita perlu berfikir. Ini masalah air pun nak beri ancaman kepada rakyat. Fikirlah lebih sikit bagaimana nak turunkan harga air atau kekalkan harga lama tu. Bersihkan semua sungai di Pulau Pinang termasuk sungai di sebelah KOMTAR ( Pejabat KM ) tu. Kalau tak cukup air, minum aje air sungai pinang itu. Kan kerajaan Pulau Pinang cekap !!! BN tak cekap. Bersihkanlah sungai sebelah Komtar tu.

2 comments:

  1. sallam semua:
    memang klu dah kene batang hidung macam macam dia boleh cakap. AND JUSTICE FOR ALL.

    ReplyDelete
  2. Assalamalaikkum,
    thanks for your comments at my blog.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR