Utusan Malaysia
MCA akan dokumentasikan warisan Cina negara
25/04/2009 5:12pm
KUALA LUMPUR 25 April — MCA sedang menjalankan penyelidikan dan dokumentasi mengenai sejarah penduduk Cina di sini dan sumbangan mereka kepada negara.
Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Kiat berkata langkah perlu diambil bukan hanya untuk tujuan pemuliharaan warisan tetapi juga bagi menyediakan perspektif yang betul mengenai fakta sejarah negara.
Untuk itu katanya, MCA telah mengarahkan biro tertentu yang diketuai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung mengetuai satu pasukan pendidik Cina dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk menjalankan tugas ini.
“Sejarah adalah sesuatu yang telah berlalu tetapi ia juga menyediakan kita kesedaran yang diperlukan khasnya bagi generasi muda.
“Biro itu akan memastikan bahawa warisan itu hendaklah mengadakan penyelidikan sewajarnya dan didokumentasi dengan betul,” katanya kepada pemberita selepas majlis memperingati kematian pengasas Kuala Lumpur, Kapitan Yap Ah Loy di sini hari ini.
- BERNAMA
Penghuni Gua : YB Dato Ong Tee Kiat buat perangai lagi. Bila baca kenyataannya di atas mula timbul berbagai persoalan. Apa dia nak sebenarnya. Sejarah dan dokumentasi yang sudah ditulis oleh sejarahwan-sejarawan Inggeris dan Malaysia tak betul ke. Apa yang ditulis oleh Prof Emiritius Dato Khoo Kay Kim masih tak mencukupi lagi ?
Kami orang melayu Malaysia tak pernah meragui sedikit pun apa yang penulis seperti Khoo Kay Kim. 3 tahun PG belajar dengannnya . Tak ada salahnya sejarah yang ditulis oleh beliau. Baik sejarah mengenai orang melayu, cina, India dan apa sahaja mengenai negara ini di akui seluruh dunia.
Kepada Ong Tee kiat sedarlah. Jangan jadi hipokrit lagi. Jangan nak tutup kelemahan anda dan hendak menjuarai isu mengenai kaum cina dengan bermain dengan api. Kerja anda sekarang yang utama ialah selesaikan kemelut anda dengan Chua Soi Lek yang masih tak habis-habis. Masalahlaman anda pun sampai sekarang berlarutan. Ini nak memandai nak sentuh hal lain. Selesaikan perbalahan anda berdua dahulu. Jangan banyak bercakap. lagi anda banyak bercakap , ganbaran hati anda yang penuh dengan api perkauman lagi terserlah.
Cuba fikirkan bagaimana nak realisasikan One Malaysia yang di gagaskan oleh PM. Ini perkara remeh temeh asyik ditimbulkan. Anda ini buruh kasar ke atau kerani MCA. Kalau anda kerani atau tukang sapu dipejabat MCA ok lah. Ini anda ialah Presiden MCA.
Bercakap biarlah bertaraf Presiden. Jangan bercakap macam budak tak sekolah. Semalam anda asyik bergaduh tentang berita Utusan Malaysia dan Berita Harian mengenai berita bertajuk : " ASM Cina Habis dalam 2 jam ".
Apalah nak jadi dengan anda. Semakin dangkal dan perkaumannya anda semua.Buat kerja lebih , dan bercakap kurang. Kerja anda seperti yang dikatakan di atas tadi adalah juga bertanggungjawab memulihkan keyakinan kaum cina kepada anda. tarik balik keyakinan mereka ini. uat seperti Tun Lim Liong Sik, Tun Tan Siew Sin dan sebagainya. Mereka tak adapun berlebih bercakap hal kaum.
PG dah naik menyampah tengok muka pemimpin MCA ini dari hari ke hari. Jangan berlagak dan bertindak seolah anda parti yang gagah. Anda bersaorangan pun tak kemana. Jadi bantu parti komponden lain untuk perkasakan BN bukan seperti virus ( gambar jenis - jenis virus yang ada dalam tubuh kita : mungkin dalam fikiran sebahagian pemimpin MCA berkumpulnya semua virus ini kot ) yang terus merebak.
Mati dan bunuh segera virus yang ada di hati dan kepala anda semua. Jadikan asas One Malaysia sebagai asas pertuturan dan perjuangan anda.
Berhentilah dari bersifat RACIST. Anda dilihat oleh orang melayu sekarang lebih RACIST dari DAP.
Adakah anda nak dokumentasikan sejarah dan warisan cina seperti mana Lee Kuan Yeuw di Singapura. Semua buku sejarahnya ditulis semula dan semua faktanya silap. Sejarah dan dokumentasi sejarah Singapura oleh pemerintahnya tidak pernah menjadi rujukan mana-mana pelajar sejarah di dunia walaupun mereka handak menulis sejarah Singapura pun.
Berhentilah bersikap perkauman. Jangan anggap kami rakyat di bawah ini kera bodoh dan boleh diperbodohkan. Melihat parti anda yang hampir kelemasan sekarang pun kami naik sedih. Tapi bila tengok anda kami semua jadi meluat. Mungkin YB Dato Ong Tee Kiat terasa kerusi yang dia duduk semakin panas kerana PRK Penanti dah dekat ? Mungkin maruahnya akan jatuh jika undi cina tak memihak kepad BN di PRK itu. Itu yang kepanasan kot.
Fikirkanlah mengenai One Malaysia dan berhenti bermain api perkauman.Walaupun anda tidak bercakap dengan ayat perkauman tetapi bila nak mendokumentasi semula sejarah warisan cina tersebut, maka bayangan perkauman anda terserlah. Untuk makluman Dato Ong Tee Kiat, kadar celik huruf di Malaysia dah 100 %. Jadi jangan perbodohkan kami lagi. Hayatilah gagasan PM.
‘saya dihentam kiri dan kanan oleh pemimpin ameno. Saya dituduh sebagai agen asing, agen singapura,. Semalam saya dihentam oleh menteri besar ameno negeri parak. Dia kata saya sudah menjual hak melayu. Apa salah saya tuan-tuan, salahkah saya berjanji kepada seluruh rakyat parak saya akan berikan seluruh milikan tanah selama 1500 tahun kepada cina-cina yang mengundi saya. Apa bersalahkah saya ?..
ReplyDelete‘saya beri amaran kepada pihak ameno negeri parak, kalau saya dihalang untuk memberikan tanah kepada setiap pengundi cina yang mengundi saya nanti, maka saya akan arahkan seluruh ahli partai lambang bulat berbaring di atas jalan 24jam. Jangan main-main dengan saya..sayalah BADUT pejuang rakyat.!!!!’