Malaysiakini
Bekas MP Labuan diseret ke mahkamah
Apr 13, 09 2:51pm
Bekas anggota parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu berhubung kes penipuan.
Beliau dibenarkan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin.Bekas ketua bahagian Umno itu dilaporkan akan didakwa esok di Mahkamah Majistret berhubung pengisytiharan palsu pada 1996.Beliau ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malam tadi.Menurut laman web The Star hari ini, Suhaili menggunakan kad pengenalan palsu bagi mendapatkan pinjaman beribu-ribu ringgit dan memulakan perniagaan dan membeli hartanah.
Penghuni Gua : Tahniah SPRM. Sepatutnya sudah lama beliau ditahan dan dituduh di mahkamah. Semua dah lama tahunya. Bersihkan semuanya. He he he he he Bagussssssssssssss.
Tahniah SPRM bongkarkan pemimpin yang tak bermodal tidak mengira ia dari kerajaan atau pembangkang.
ReplyDeleteSPRM hendaklah sebebas-bebasnya.