Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 10:40 AM
Utusan Malaysia
Zambry lapor polis tuduhan ADUN Titi Serong
IPOH 3 Mei – Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir malam ini membuat laporan polis terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Khalil Idham Lim berikutan satu tuduhan yang disifatkan beliau sebagai amat menjijikkan dan tidak bertanggungjawab.
Dalam sidang akhbar yang diadakan di kediamannya di sini, Zambry berkata, beliau tidak akan bertoleransi dengan tuduhan-tuduhan liar yang dibuat oleh Khalil melalui laman blognya.
‘‘Ini suatu tindakan untuk menanamkan kebencian rakyat menjelang sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) 7 Mei ini. Tuduhan ini sangat merbahaya kerana ia dikeluarkan oleh seorang bergelar Yang Berhormat. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Ini satu lagi pandangan yang amat bodoh dan rendahnya taraf pemikiran dari seorang wakil rakyat dan bergelar DRS. KHALIL IDHAM LIM : Adun Titi Terung. Dakwaan yang amat bodoh sekali dari seorang YB. Dengan satu SMS terus percaya perkara karut dan syirik ini. Ini tahap YB menganalisis setiap perkara. Kalau beginilah caranya, kalau memerintah negara , alamatnya jahanam lah negara Malaysia.
Kerana apa: rendah sangat tahap analisisnya. Standard JKKK aje. Buat le analisis lebih sikit. Periksa le dahulu faktanya. Siapa yang hanta sms tu. Dia tengok sendiri ke. Satu lagi kalau dah pandai sangat bomohnya, PG sanggup bayar untuk bomohkan askar Amarika di Iraq. Biar kalah semuanya. Atau nak guna juga bomoh tu, nak halau Israel dari bumi Palastin.
Nasib kau le wahai penduduk Titi Terung dapat wakil rayat sebodoh ini. Itu le, lain kali fikir dulu sebelum undi. Bukan pangkah calun bila tengok dia pakai kopiah. Kopiah bukan lambang baik dan dapat pahala pun.
Kesian, kesian . Bawa bertaubat dan mengucap banyak-banyak le YB. Dah songsang ni.
Seorang penceramah bercerita secara terbuka betapa seorang rakannya yang berjawatan profesor madya turut percaya pada cerita dalam blog... kesian.
ReplyDeleteApa nak dihairankan... profesor tampal pun dah ramai sekarang ni...