FOLLOWERS

Monday 2 August 2010

BAHAGIKAN 16 NEGERI DI SABAH DAN SARAWAK ? JANGAN BERMAIN API DR JEFFREY !!!!





Pemimpin pembangkang Sabah, Jeffrey Gapari Kitingan menggesa kerajaan negeri Sabah dan Sarawak supaya menimbangkan secara serius mewujudkan beberapa negeri baru di kalangan mereka.

Katanya, keluasan kawasan yang besar, kecekapan mentadbir yang lebih baik melalui desentralisasi dan memaksimumkan potensi sebagai alasan untuk berbuat demikian.

Ideanya adalah Sabah dibahagikan kepada lima negeri - Tawau, Sandakan dan Kudat di pantai timur dan utara manakala dua lagi negeri iatu Pantai Barat dan Pedalaman.

Bagi Sarawak pula, menurut Jeffrey, semua sebelas bahagian dijadikan negeri-negeri Sarawak, iaitu Kuching, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang.

"Jumlah 16 negeri dan satu wilayah persekutuan Borneo akan menengelamkan 11 negeri dan dua wilayah persekutuan di Semenanjung Malaysia,” katanya semasa ucaptama tertutupnya yang berjudul 'The Genesis of Malaysia Revisited' dan 'The Way Forward' di Kota Kinabalu, semalam. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Lain macam aje cadangan Dr Jeffrey ini. Jauh dan banyak yang tersurat dan tersirat dari ucapannya ini.

2. Kepada kerajaan dan pihak berkuasa, buat kajian dan selidikan lanjut. Jangan pisang berbuah dua kali. Keselamatan negara adalah keutamaan.

3. Dr Jeffrey ni , nak bermain dengan api ke? Kepada kerajaan, jangan sesekali benarkan peristiwa semasa Tun Dato Mustafa dulu berulang kembali. Negara yang dah tergugat dan berpecah amat sukar dipulihkan kembali. Baik bertindak sebelum terlambat.....................Cadangan Dr Jeffry ini, akan memberi impak besar kepada keselamatan negara...............Fikirkan..........!!!!!!! PG percaya , jika ia menjadi kenyataan, ia tidak berakhir dengan cadangan ini sahaja...............Fikirkan!!!!!!!!!!!!!

5 comments:

  1. Kita cadangkan Jeffery jadi Ketua Menteri Negeri Pulau Nunukan di Sabah,

    wakakaka

    ReplyDelete
  2. Atau jadikan dia Ketua menteri Kg Nunuk Ragang (supaya dekat dengan kampunngya di Tambunan)

    ReplyDelete
  3. pulau papan di labuan pun boleh

    ReplyDelete
  4. Org baru nak bg idea dah nak cantas...yg nak dibahagi-bahagi wilayah tu kan masih dalam negeri Sabah dan Persekutuan Malaya...bukan bagi Pulau Batu Putih kat Singapura percuma jer! atau Pulau Pisang pun tak lama lg nak disedekahkan pulak kat Singapura...Blok minyak L dan M dah disedekahkan kpd Brunei yg dah sedia kaya...ni Pembangunan Wilayah Iskandar Johor pun nak dibagi lg ke Singapura...
    umno/bn ni bukannya cerdik...bingai tahap cipan dalam hutan tuh!!!

    Exco Selangor baru nak cadang mansuh potongan beli rumah yg mahal2 kpd bumi pun dah melompat2 cm kena cuka getah!! tapi kat Wlayah Iskandar Johor tu bagi org2 Singapura memiliki hartanah byk2 tak apa pulak....

    bingai mcm cipan!!!

    ReplyDelete
  5. Apa nak bising-bising Bro! Malaysia SB (Cawangan Khas) ada dan Undang-Undang ISA pun ada. Bising-bising dalam Blog tak selesai juga masalah.
    Anon 2 August 2010 22:31 lagi bingai langsung tak ada SEMANGAT KENEGARAAN langsung. Baik kau carilah mana-mana negara yang sesuai untuk kau anak beranak tinggal. Malaysia ni tak bagus kerana kerajaannya zalimmmmm. Aku rasa Kerajaan Malaysia pun tak rasa rugi apa-apa kalau kau berambus dari Malaysia ni.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR