FOLLOWERS

Sunday 8 August 2010

LAGI HAL SAMAN EKOR : KIRIM SALAM PADA KETUA PENGARAH JPJ !!!!





..............................Solah berkata, mengikut peruntukan undang-undang, JPJ dan agensi penguat kuasa lain berhak menyenaraihitamkan pemilik kenderaan apabila saman atau notis tidak diselesaikan

''Ikut sistem, kalau sudah buat salah dan langgar undang-undang, saman dan notis akan dikeluarkan. Awak (pemilik kenderaan) perlu selesaikan saman atau notis ini.

''Jika awak tak selesai, perlulah diselesaikan supaya awak mematuhi peraturan. Ini seperti awak minum teh di kedai, kenalah bayar," katanya. ......................................................................................................

Katanya, tidak semua saman ekor akan melibatkan pertindihan nombor pendaftaran.
''Pengguna jalan raya perlu jujur, jika sudah buat salah, selesaikan saman atau notis berkenaan," ujarnya Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Nampak sangat Ketua Pengarah JPJ ini tak tahu undang-undang dan main sedap kepala dia sahaja. Analogi yang digunakannya tak kena langsung.

2. Untuk makluman Pengarah JPJ , saman ekor ini tak berperlembagaan. Mahkamah telah putuskan demikian " kes Leonard Lim Yaw Chiang –vs- Director Of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor [2009] 6 CLJ 280 yang secara jelas menyatakan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan tidak boleh menyenarai hitam kenderaan semata-mata dengan saman ekor.
Ini kerana, tindakan menyenaraihitamkan kenderaan atas sebab saman ekor adalah bertentangan dengan seksyen 17 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan merupakan satu perlanggaran kepada Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan. ".

3. Cakap kedai kopi boleh le , cakap macam tu. Ini melibatkan mahkamah. Dan anda tu Ketua Pengarah. Cakap tu, biar padan dengan standard Ketua Pengarah. Dengan saman ekor , belum tentu sesorang itu bersalah. Polis dan JPJ bukan hakim yang menentukan salah atau tidak seseorang itu. Ingat! JPJ dan Polis hanyalah penguatkuasa. Saman bolehlah. Bukan JPJ dan Polis yang menentukan salah atau tidaknya seseorang itu. YAA Hakim yang menentukan seseorang itu bersalah atau tidak.

4. Saman ekor ini sebenarnya bukan saman. Ia hanya notis saman yang perlu dibuktikan bersalah atau tidak di mahkamah sebelum seseorang individu itu diarahkan membayarnya.

5. Saman ekor tidak membuktikan seseorang itu bersalah. Saman ekor hanya diambil dengan kamera. Tetapi ia tidaak membuktikan seseorang itu bersalah. Memang gambar seseorang itu dan keretanya terpampang dalam gambar yang dirakam. Tetapi gambar hanya gambar. Ia tak membuktikan apa-apa. Ia serupa macam peguam kes Linggam dahulu. Dia katakan , memang gambar dalam vedeo itu suara dan rupanya macam dia, tetapi bukan dia. Hanya macam dia.

6. Itulah sebabnya Suruhajaya Di Raja tidak boleh buat apa-apa kepadanya. Hanya macam saya. Bukan saya!!!! Itulah mengapa Linggam tidak dapat diambil tindakan oleh Suruhanjaya tersebut.

7. Jadi kepada Ketua Pengarah JPJ, Ingat! Mahkamah telah buat keputusan dalam isu saman ekor. Patuhinya. Jangan main sedap kepala sendiri. patuhi keputusan mahkamah yang telah mendahului kes ini dengan mengatakan ia tidak berpelembagaan dan bertentangan dengan sek 17 Akta pengangkutan Jalan 1987.

8. Satu perkara yang tidak berpelembagaan mengenai saman ekor ini pada pandangan PG dan mahkamah yang memutuskannya ialah, pesalah lalulintas ini tidak diberitahu serta merta kesalahan trafik yang telah dibuatnya yang mana inilah salah satu sebab mengapa ia tidak berpelembagaan. Setiap orang yang ditangkap atau di saman mestilah diberitahu seberapa segera yang boleh. Bukan selepas sebulan kemudian. Itu pun dengan hanya notis.

9. Kepada Pengarah JPJ, juga perlu ingat ! anda hanyalah penguatkuasa, bukan hakim. Perlembagaan telah menetapkan bidang kuasa esekutif , legislatif dan kehakiman. Jadi fahami dan patuhinya. Jangan pakai dan gunakan akal sendiri. Patuhi undang-undang dan kes law yang terdahulu bagi isu saman ekor.

10. HAPUSKAN SAMAN EKOR!!!!!!!!!!!!!!!!kAMI TAK NAK!!!!! sAMAN EKOR ADALAH SATU KERJA HARAM DAN TIDAK BERPELEMBAGAAN!!!!

Nota : PG tak ada satu dan tak pernah sekali pun kena saman ekor. Entah dan tak tahu kenapa. Mungkin kerana patuhi undang-undang jalanraya kot!!!!!!!!!!!

16 comments:

  1. Sokong 110% PG...Solah di sekolah ke tidak??
    Sebab KPI dema menyusahkan rakyat..Kononnya minggu depan baru nak bincang...x kan masa nak senarai hitam bukan main cepat bila banyak sgt rungutan baru nak bincang kot....haramkan saje saman ekor nie..

    ReplyDelete
  2. setuju. haramkan aje. mahkamah telah buat keputusan. ikut aje le. jangan nak besar kerak pulak.

    ReplyDelete
  3. KHAIRI JAM APA KAU NAK BUAT?TIDOK KE?

    ReplyDelete
  4. Tak mau kena saman ekor, tak usah bawa laju-laju. Macam main bola, tak mau kena kad merah, main elok-elok.

    Kalau semua ikit peraturan, aman dunia!

    ReplyDelete
  5. Boleh bayar saman beb kalau dah salah tapi tanpa notis apa ke jadahnya.Top...top nak bayar roadtax kena black list.Lu pakai undang-undang apa ni?Yang Pengarah ni satu hal.Nak guna pakai Mahkamah KEDAI KOPI KE @ Mahu duit kopi??????Inilah selalu memperaktikan amalan makan duit kopi sehingga tersasul meberi kenyataan akhbar....Anda fikirkan.

    ReplyDelete
  6. Seperti yang saya kongsikan pengalaman saya di SINI.

    Notis saman pun boleh silap. Orang lain pandu laju, saya pula dihantarkan notis saman.

    Kalau tidak kerana catatan notis saman yang amat pelik (yakni saya tidak pernah pun sampai di tempat kejadian, malahan saya berada di negeri yang lain) dan melalui kenalan ada orang dalam balai membantu memberi tahu jenis kereta sebenar dan nombor plate yang terdapat dalam foto itu, mungkin agak rumit/suatu kerja besar untuk membuktikan yang saya ini innocent. Kalau ikut prinsip undang-undang, mereka patut buktikan saya bersalah bukan dengan notis saman itu saja saya memang sudah bersalah. Bukan saya yang patut bersusah amat payah membuktikan saya ni innocent.

    Bayangkan saudara baru tahu yang saudara "kena" saman 2 tahun lepas. Dan saudara yakin amat sangat bahawa telah terdapat kesilapan. Bayangkan bagaimana saudara nak buktikan bahawa saudara benar-benar innocent? Sedang JPJ tak mahu layan saudara memperbaharui cukai jalan? Bayangkan betapa banyaknya kerja dan susahnya anda utk membuktikan innocent dalm kes ini. Saman pun tiada, hanya diberitahu ada saman. 2 tahun lepas pulak tu!

    Sebab itulah saya cadangkan, baiklah dilakukan "saman on the spot" daripada saman ekor ni.

    ReplyDelete
  7. PG ini semua puncanya desakan gulongan Pembangkang.. dulu seingat saya Polis Atau JPJ akan tahan dan beritahu kesalahan Pemandu..tapi ramai marah tak puas hati, ada yang bersikap kurang ajar terhadap Polis /JPJ bertugas, tomahan mengatakan Polis / JPJ minta sogokan atau persalah sengaja menyogok untuk lepas dari di Saman, Ada orang besar POLIS/JPJ atau orang Kuat Politik atau saudara maranya apabila atau jika saman anggota Polis/JPJ akan kena Transfer 24jam, atau dilepaskan sahaja..Orang Politik sama ada kerajaan atau Pembangkang sama aja, tak percaya tahan Lawyer.. lsen memandu pun tak mahu tunjuk lepas tu call OCPD atau dato Ketua Polis mengadu macam dan OCPD dan Dato Ketua POlis pun melompat. percaya...Bila Politik masuk campur dalam mana-mana undang2 penguatkuasa tak akan mampu menjalankan tugas dengan baik..Itu lah sejarah Saman ekor terutamannya " Speed Trap" manakala saman parking pun saman.. kawan atau anak pinjam kereta kita parking tempat salah apabila di saman mereka ambil dan buat tak tahu akhirnya kita tuan punya kena selesaikan mana kita puas hati sebeb bukan kita yang menlakukan kesalahan... se elok2nya PBT atau POLIS /JPJ kunci tayar mereka ini..Tapi apa bila ini di Politikkan semua buat tak tahu Polis di Persalahkan...Pembangkang ni pun satu jika pergi Singapura kena saman tak bising pun..Jadi Kerajaan juga yang salah kerana ikut kehendak Pesalah lalau lintas..kerana nak undi.. sebeb itu Warga negera asing pun kurangf ajar tak hormat undang2 kita sebeb kita lemah tak kita apa undang2 atau peraturan terlampau banyak berpolitik

    ReplyDelete
  8. Saman ekor, kah kah kah!
    nak niaga mesti ada untung, nak untung mesti banyak, nak banyak mesti kuta kerja.
    Kerja senang untung banyak saman ekor. Tak payah menadah tempurung, tak payah keluar modal, tak payah buat jamu, bawa kemera ambil nombor denda maksima.
    Saman ekor punca pendapatan yang mesti diberikan perhatian, suatu industri dan perniagaan yang sedang berkembang dan kian meningkat, kemungkinan perniagaan ini akan diswastakan, siapa yang dapat tender, arnanda khirisnan, vicent tan, al-Bukhary atau mukhrij anak madey, atau CEO CIMB. kita tunggu.

    ReplyDelete
  9. Rakyat tak mampu....rakyat tak mampu.........rakyat tak mampu

    ReplyDelete
  10. Ye lah..Satu Mesia...RAKYAT DIDAHULUKAN DISAMAN,PENINGKATAN HASIL SAMAN DIUTAMAKAN....


    ha...ha...ha....Satu Mesia Najib dah jadi bahan jenaka semua orang!!!!


    Saman...jgn tak saman...tak apa rakyat tanggung semua...lps naik minyak lagi, naik barang lagi...tak apa!!! teruskan saman, sementara BN/UMNO tinggal nyawa-nyawa ikan menjelang PRU 13...nanti tak cukup duit plak nak kempen PRU 13!!!

    Teruskan menginaya rakyat...setiap hari pasti ada ramai org yg menyumpah2 BN bila diketahui tdk boleh memperbaharui lesen akibat SAMAN EKOR!!!

    mampos lah....nak harap UMNO/KJ/BREHIM ALI....usah harap lah...semua HAMPEH!!!
    HARI2 KIRA WANG SAHAJA KERJA MEREKA...


    Nak harap UMNO?....usah mimpi lah....

    ReplyDelete
  11. Jika saman ekor ini didakwa oleh Solah Hasan dan Musa Hasan mengikut undang-undang, mengapa ia tidak dikuatkuasakan dari dulu. Dulu tak ikut undang-undangkah? Atau sekarang apabila dapati bahawa saman tu dah menimbun, baru nak dikuatkuasakan?

    Sapa jadi mangsa? rakyat!

    Bila rakyat marah.. apa berlaku..

    Ya.. betul.. sekarang polis dan jpj hukum rakyat tapi rakyat pula akan hukum kerajaan di peti undi nanti...

    mengapa ahli-ahli politik ini tak serik2..

    ReplyDelete
  12. e'eleh...
    bkn pasal x ikut undang2 or x tegas
    kene faham dol...goment dah xtau mana nak kotrek duit dol..dlm erti kta lain dah pokai
    so jln yang mudah kutip saman jer la
    just imagine la kalu ada 10 juta kenderaan yg blacklist?
    darab la busuk2 1 saman habis kaotim rm150.00
    rm 150.00 darab 10 juta berapa dol???
    tolak ckit kat PG babi ni len tu kebas la
    huhuhuhuhu!
    PG babi ni pun nak mkn jgk anak bini
    kalu x mana nak cekau duit bg anak bini mkn...
    thats y sanggup jadi penjilat mcm anjing
    huhuhuhu

    ReplyDelete
  13. Solah nie dah meroyan kot, ari tu dia pulak cakap bagi pihak sekolah memandu yuran belajar mesti naik. Last2 persatuan sekolah memandu kata tak naik....kapasiti apa dia nie sekarang.Penjawat awam ker berniaga... kenapa dia yg umum harga belajar memandu..bukan kerja dia
    haiyaaa

    ReplyDelete
  14. sebenarnya kerajaan sekarang ni dah takde duit sebab boros sangat berbelanja di luar negara, jadi rakyat la kena tanggung dengan bayar segala saman ekor walaupun dah 10 tahun tertunggak masih tetap jugak kena bayar sebab ada dalam buku 555 polis. kerajaan pun senyap je takde respon pasal rintihan rakyat ni. sudah sampai masanya pemerintah yang ada ditukar, nampak sangat membebankan rakyat kerana apa2 sahaja bebanan perlu didahulukan kepada rakyat barulah pencapaian pemerintah dapat diutamakan

    ReplyDelete
  15. Kalau dah buat salah tu macam2 alasan. Bawak kereta macam pelesit tak fikirkan keselamatan orang awam. Ingat nak hidup sendiri saja kat dunia ni, bila minta bayar saman banyak songeh...no way man!

    ReplyDelete

PETA PELAYAR