FOLLOWERS

Tuesday 31 July 2012

KISAH 2 + 1 MENTADAK !!!!! KAH KAH KAH KAH !!!!






Bagi yang tahu banyak tentang latar belakang kisah drama politik terbaru di Sabah ini tentu gelak besar melihat Datuk Seri Anwar Ibrahim turun pakai topi koboi di majlis pengumuman keluar Barisan Nasional oleh Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing di Dalit, Tuaran pada Ahad.
Segak dan bergaya.Jangan salahkan bos utama pakatan pembangkang itu.Beliau tentu kena tampil gembira kerana ada 'anak ikan' sudah berenang masuk ke dalam kolamnya.
Siapa yang tidak seronok...dalam keadaan puluhan pemimpin PKR berbagai jawatan dari MP,ADUN, pemimpin kanan, kiri, tengah, dari Timbalan Presiden sehinggalah ke peringkat rendah meninggalkan PKR, ada lagi yang ' terpaksa' percaya pada percaturan politiknya.
Kalau duduk diam-diam dan renung sejenak, apa 'blunder' yang Anwar buat dalam konteks politik Malaysia sejak 2008, kita dengan mudah senaraikan satu persatu.
Dari soal, staf sendiri yang buat laporan polis kes liwat,pembohongan maha agung 16 September, kes 'keruntuhan' kerajaan PR di Perak, sampai pemimpin DAP Karpal Singh suruh Anwar bertaubat.
Karpal geram kerana Anwar terima ADUN UMNO yang melompat,Datuk Nasarudin Hashim dan kemudian dibalas dengan lompatan lain dari ADUN PR ke dalam UMNO sehingga tumbang Perak.
Dan yang paling epik adalah kes kantoi video seks dengan amoi China Doll yang sampai hari ini, kita semua percaya 99.99 peratus orang dalam video itu Anwar.Namun beliau relaks buat muka sardin macam tak ada apa-apa.
Senang untuk baca pemikiran Anwar...nothing to lose.Untung sabut timbul.Kalau orang tidak percaya pada beliau, itu memanglah sepatutnya, tapi jika masih ada yang percaya, itu bonus beb.
Samalah kes dengan Bumburing dan Datuk Lajim Ukim yang tiba-tiba terpaksa percaya dengan segala retorik dan janji politik Anwar.
Bagi Anwar, kes Bumburing dan Lajim ini bagai bulan jatuh keriba.Sebab itu penerbangan ke Kota Kinabalu dua tiga hari terakhir ini penuh dengan pemimpin dan petugas PKR.
Di Dalit petang dan di rumah Lajim Ukim malam Ahad, boleh kata hampir semua pemimpin kanan PKR ada.
Dari Tian Chua, Zuraida Kamarudin, Willion Leong dan ramai lagi, berpusu-pusu ke Sabah untuk menyaksikan sendiri 'detik bersejarah' itu.
Anwar dalam ucapannya di Dalit berkata, “ini turning point dalam politik negara."
Titik perubahan apanya kalau yang sertai dan percayakan beliau adalah pemimpin-pemimpin yang ada masalah dan takut tidak dicalonkan semula.
Sumber memberitahu Agendadaily, dalam kes Bumburing, beliau menjadi calon UPKO untuk kerusi Parlimen P 170 Tuaran pada tahun 2008 menggantikanDatuk Wilfred Madius Tangau  dengan persetujuan satu penggal sahaja.
Kini ketika penggalnya semakin berakhir, beliau berusaha melobi sana-sini diberi peluang semula, tapi UPKO katanya tetap mahu berpegangkepada perjanjian asal iaitu sepenggal sahaja.
"Berikutan itu Bumburing berhajat pula kerusi DUN Tampurali yang kini milik PBS, sudah tentu PBS tidak lepas, dan beliau mula bercakap dengan nada dan retorik pembangkang sehinggalah keluar parti,"kata sumber.
Jika kaji sejarah politik Bumburing ini juga berwarna-warni,beliau asalnya ahli parti Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu (PASOK) dan kemudiannya  menyertai PBS.
Ketika PBS hadapi krisis dalaman, beliau dan beberapa yang lain wujudkan UPKO, selepas PBS 'bercerai' dengan BN beberapa hari sebelum pilihanraya umum tahun 1990.
UPKO jadi komponen BN dan kekal statusnya sekalipun PBS kembali menyertai BN pada tahun 2002.
Pada Ahad beliau keluar UPKO dan mahu menubuhkan Angkatan Perubahan sabah (APS) pulak, parti politik ke empat buat beliau.
Sama kes dengan Lajim, yang mengidam kerusi Ketua Menteri Sabah sejak zaman Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri lagi.
Beliau mula bertanding pilihanraya sejak tahun 1985,menggunakan tiket PBS, kononnya Lajim mendapat maklumat dalaman tidak akan dicalonkan semula dalam PRU 13 nanti.
Selain dari sikapnya yang anti Ketua Menteri Datuk Seri MusaAman, Lajim tidak 'sekepala' dengan Ketua Wanita UMNO Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun yang pernah menjadi ahli Parlimen Beaufort.
Lajim diingati dalam sejarah politik Malaysia sebagai ADUN PBS yang berpakat dengan Datuk Rubin Balang serta Datuk Zaini Isa keluar partimen yertai UMNO sehingga tumbang kerajaan PBS hanya selepas dua minggu memerintah Sabah dalam pilihanraya negeri tahun 1994.
PBS ketika itu menang tipis 25 kerusi manakala BN 23 kerusi,Pairin kena tunggu sehari lebih depan Istana TYT untuk angkat sumpah Ketua Menteri, sebelum ianya kekal hanya dua minggu berikutan lompatan Lajim dan rakan-rakannya.
Lajim, kata orang, merasakan tindakan beliau melompat sehingga tumbang PBS itu  itu sungguh besar maknanya kepada BN dan UMNO Sabah, tetapi beliau tidak mendapat 'imbuhan'yang setimpal.
Itulah ceritanya, jadi kalau Anwar temberang konon kes Bumburing dan Lajim ini satu 'titik perubahan' besar, maka dia hanya temberang budak-budak muda yang tidak tahu sejarah.
Bagi yang mengikuti dengan dekat turbulasi politik Sabah, tiada yang peliknya apa yang berlaku pada Ahad, kecuali ramainya pemimpin PKRdi negeri tersebut, keadaan lain macam biasa.
Di Dalit, Tuaran ketika majlis Bumburing umum keluar BN itu jumlah kehadirannya ikut kata wartawan yang bertugas di sana lebih kurang 2000 orang sahaja.
Pada sebelah malam, majlis di Kampung Kuando Beaufort jumlah kehadiran lebih kecil, tak sampai seribu.
Sebab itu, kita tengok tweet-tweet pemimpin PKR dalam kedua-dua majlis tersebut, hanya cerita apa yang Bumburing, Lajim dan Anwar cakap.
Tidak tweet jumlah kehadiran, kerana kalau ikut kayu ukur di Semenanjung, jumlah yang hadir itu 'fail'.
Kesimpulannya mudah kisah Bumburing dan Lajim ini sama kes dengan Anwar, orang putih kata 'birds of a feather flock together' atau terjemahannya, burung sebulu terbang bersama.
Bagi Bumburing, Lajim dan Anwar, kalau orang tak percaya,mereka tidak rugi apapun, tetapi jika ada lagi yang masih bergantung harap kepada mereka, itu bonus.
Manakala bagi BN pula, gabungan politik paling berjaya sejak merdeka, pemimpin datang dan pergi, parti akan kekal dan tiada siapa yang lebih besar dari parti.
Pada Bumburing, Lajim dan yang sama waktu dengannya, sepertikata budak-budak muda sekarang ini, "you kata hai-hai (pembangkang), ku kata bye-bye...-30/7/2012- OLEH HELME HANAFI
Penghuni Gua : Oooohhhhhh!!!!! Itu kisahnya !!!!! Bye bye Lajim dan Bamburing. Semuga berbahagia dengan bapa ikan baru. Kih kih kih kih kih !!!!!

2 comments:

  1. SAlam tuan blogger. Blog tuan telah saya pautkan. Pohon tuan pautkan blog saya ini www.myhomesoil.blogspot.com tq!

    ReplyDelete
  2. dah di linkkan. tq. salam perkenalan

    ReplyDelete

PETA PELAYAR