FOLLOWERS

Monday 2 July 2012

MALAYAN LAW JOURNAL : KES PENYITAAN KENDERAAN !!!!!



[1996] 5 MLJ 184
SKI Leasing Sdn Bhd v Public Prosecutor & Ors
Case Details:

                Malaysia              HIGH COURT (TAWAU) — CRIMINAL APPEAL NO 08 OF 1995

                Judges IAN CHIN J

                Date      14 MARCH 1996

                Citation                [1996] 5 MLJ 184




Catchwords:

Criminal Procedure — Disposal of property — Release of seized property — Magistrate’s order for release of seized property — Whether there is right of appeal against magistrate’s order — Criminal Procedure Code ss 413 & 307

Criminal Procedure — Seizure of property — Whether sufficient ground to seize — Whether seizure lawful — Factors considered — Criminal Procedure Code ss 20 & 413

Bahasa Malaysia Summary:

Pihak perayu menyatakan bahawa mereka adalah pemunya tiga buah kenderaan yang telah disewa kepada Pulumaju Sdn Bhd dan atas keingkaran yang dilakukan oleh mereka, ketiga-tiga kenderaan itu telah dirampas oleh pihak perayu daripada penjagaan seorang yang bernama Peter Chia. Dua daripada kenderaan-kenderaan itu disewa oleh penentang kedua sementara yang satu lagi disewa oleh penentang ketiga kepada Peter Chia tersebut. Tiga hari kemudian, Peter Chia bersama seorang lagi telah membuat laporan polis mengenai perampasan tersebut. Pihak perayu, melalui pekerja mereka juga telah membuat laporan polis. Berdasarkan laporan-laporan ini, pihak polis telah membuat penyitaan konstruktif ke atas kenderaan-kenderaan itu. Pihak polis telah kemudiannya melaporkan penyitaan tersebut kepada majistret. Majistret, dengan bertindak di bawah s 413 Kanun Acara Jenayah (‘KAJ’) memerintahkan bahawa kenderaan-kenderaan itu dihantar-serahkan secara sementara ke dalam milikan penentang-penentang kedua dan ketiga atas syarat bahawa bon disimpankan. Perayu kini merayu terhadap keputusan majistret itu. Isu-isu di hadapan mahkamah adalah (i) sama ada penyitaan itu adalah mengikut undang-undang walaupun ianya dijalankan di bawah s 20 KAJ yang tidak terpakai; (ii) siapakah yang berhak kepada milikan harta yang disita; dan (iii) sama ada terdapat hak untuk merayu daripada perintah majistret.

Diputuskan:
DiputuskaN, mengetepikan perintah majistret dan membenarkan rayuan:

(1) Di dalam kes ini terdapat alasan yang mencukupi untuk polis mengsyaki bahawa suatu kesalahan mungkin telah dilakukan oleh kerana penegasan bahawa nombor-nombor cesi telah diusik. Oleh itu, adalah tidak penting bahawa pihak polis telah tersilap dalam menyatakan bahawa perkara itu jatuh di bawah s 20 KAJ kerana juga terdapat penegasan bahawa terdapat penipuan, penegasan yang mana akan melingkungi ketidakjujuran, suatu unsur penipuan. Pihak polis adalah dengan itu mempunyai justifikasi untuk menyita dan melaporkan penyitaan kenderaan-kenderaan itu kepada majistret menurut s 413 KAJ (lihat ms 188F–G).

(2) Fakta bahawa perayu adalah yang terakhir sekali mempunyai milikan adalah mencukupi untuk menyendengkan imbangan memihak perayu, terutamanya apabila penentang-penentang kedua dan ketiga tidak dapat mendirikan bahawa milikan oleh perayu sejurus sebelum penyitaan oleh pihak polis adalah tidak mengikut undang-undang, memandangkan adalah merupakan undang-undang bahwa kenderaan-kenderaan itu adalah biasanya dipulangkan kepada orang daripada siapa mereka disita (lihat ms 190A–C); UMBC Finance Bhd lwn Amtek Motors Sdn Bhd & Satu Lagi [1993] 4 CLJ 428 diikut.

(3) Suatu perintah yang dibuat oleh majistret di bawah s 413 KAJ boleh dirayu terhadap atau boleh disemak oleh Mahkamah Tinggi. Dalam apa-apa keadaan pun, s 307 KAJ membenarkan rayuan terhadap perintah majistret yang dibuat di bawah s 413 (lihat ms 192D); UMBC Finance Bhd lwn Amtek Motors Sdn Bhd & Satu Lagi [1993] 4 CLJ 428 dibeza.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman Malaysia. Tq

1 comment:

  1. Ce citer bangunan UMNO Simpang Taiping kena sita.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR