FOLLOWERS

Tuesday 31 July 2012

MALAYAN LAW JOURNAL : PERIHAL JAMINAN !!!!



[1995] 3 MLJ 461
Moh Ting King v Public Prosecutor
Case Details:

                Malaysia              HIGH COURT (KUCHING) — CRIMINAL APPLICATION NO
                                44–03–95–III

                Judges ELIZABETH CHAPMAN JC

                Date      19 JUNE 1995

                Citation                [1995] 3 MLJ 461



Catchwords:

Criminal Procedure — Bail — Granting of bail — Pending trial — Interference by appellate court — Principles applicable

Bahasa Malaysia Summary:

Pemohon telah memohon untuk jaminan sementara menunggu perbicaraannya atas tuduhan merogol di bawah s 376 Kanun Keseksaan (NMB Bab 45). Pihak pendakwa telah membantah terhadap jaminan itu atas alasan bahawa kesalahan itu tak boleh jamin, tertuduh menghadapi satu lagi tuduhan merogol di bawah s 376 yang telah ditetapkan untuk pembicaraan pada 26 Jun 1995 dan seterusnya terdapat bahaya bahawa beliau mungkin mengintimidasi pengadu. Mahkamah sesyen pada 20 Mei 1995 telah menolak permohonan beliau dan beliau telah membuat permohonan ke Mahkamah Tinggi.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak permohonan itu:

(1) Adalah mantap bahawa Mahkamah Tinggi tidak akan bercampur tangan dengan penjalanan budi bicara mahkamah bawahan dengan begitu sahaja dan di mana hakim mahkamah sesyen telah menolak permohonan untuk jaminan selepas mempertimbangkan semua keadaan kes itu, Mahkamah Tinggi tidak akan bercampur tangan kecuali jika ia boleh ditunjukkan bahawa penjalanan budi bicara itu adalah salah.

(2) Adalah jelas bahawa keengganan untuk membenarkan jaminan itu berpunca daripada tertuduh dituduh atas suatu kesalahan merogol yang lain semasa beliau dilepaskan atas jaminan sementara menunggu perbicaraan pada 26 Jun 1995. Apabila membuat keputusan sama ada untuk membenarkan atau menolak jaminan, mahkamah akan mempertimbangkan, antara lain, sifat dan keseriusan kesalahan yang dituduh itu, kekerasan dan darjah hukuman yang dijatuhkan atas sabitan, bahaya bahawa kesalahan itu akan diulangi, bahaya bahawa saksi atau keterangan pihak pendakwa akan diusik atau diubah, peluang tertuduh untuk menyediakan pembelaannya dan tempoh tahannya. Jaminan tidak akan ditolak semata-matanya sebagai suatu hukuman dan keperluan untuk jaminan adalah untuk memastikan kehadiran seseorang tertuduh di perbicaraan.

(3) Keengganan mahkamah sesyen untuk membenarkan jaminan boleh dijustifikasikan di dalam keadaan kes ini. Terdapat kemungkinan bahawa tertuduh akan mengusik pengadu dan itu dengan sendirinya merupakan suatu alasan yang meyakinkan untuk menolak jaminan. Lagipun, tidak terdapat apa-apa untuk menunjukkan bahawa tertuduh akan dihambat dalam penyediaan pembelaannya semasa di bawah tahanan dan mahkamah sesyen telah menetapkan tarikh perbicaraan paling awal yang mungkin, iaitu 26 Julai 1995, dan oleh itu tempoh tahanan tidak boleh dikatakan terlalu lama.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakliman Malaysia. Tq

1 comment:

PETA PELAYAR