FOLLOWERS

Wednesday, 1 August 2012

USTAT PEMBOHONG BERKOKOK LAGI !!!!! KAH KAH KAH KAH !!!



Hudud Bukan Agenda PR Tapi Sebahagian Daripada Islam Yang Tetap Diperjuangkan PAS Sepanjang Zaman - Ketua Pemuda



KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, hudud adalah sebahagian daripada dakwah PAS yang tidak dapat dipisahkan dari parti itu walaupun secara realitinya mereka sedar ia sukar untuk dilaksanakan di negara ini kerana iklim politik dan latar belakang masyarakat yang majmuk.

“Hudud adalah sebahagian dari Islam yang diperjuangkan oleh PAS sejak awal penubuhannya. Ertinya perjuangan PAS bukan berpaksikan hudud semata - mata, sebaliknya paksi perjuangan PAS ialah Islam dan hudud itu adalah sebahagian daripadanya.Seunjuran dengan itu, ditegaskan bahawa PAS konsisten memperjuangkan Islam,” kata Nasrudin dalam kolumnya di Harakahdaily.net sebagaimana yang diterbitkan pada Selasa.

Beliau juga menulis, hudud adalah undang-undang jenayah syariah yang telah diwahyukan oleh Allah iaitu satu realiti yang tidak boleh siapa pun menafikannya.

Oleh yang demikian, ia adalah satu kewajipan yang mesti dilunaskan oleh sebuah pemerintahan Islam.Sementara pemerintahan Islam itu pula adalah terbentuk dari mandat [baiah] rakyat khasnya rakyat yang beragama Islam. Tanpa mandat tersebut, pemerintahan Islam tidak dapat dibina dengan kukuh dan baik.

“Jika PAS menang bersendirian melalui mandat majoriti rakyat yang diterjemah melalui peti undi [melalui proses demokrasi] maka PAS pastinya akan melaksanakan malah selesa untuk melaksanakan syariat Islam dalam semua aspek termasuk undang-undang jenayah Syariah sebagai alternatif kepada kegagalan sistem dan undang-undang ciptaan manusia menangani gejala mungkar dan jenayah.

”Namun secara realitinya, iklim politik dan latar belakang masyarakat yang majmuk dalam negara kita sangat sukar untuk PAS menang dan membentuk sebuah pemerintahan secara bersendirian. Ini satu realiti yang diakui walaupun ia bukanlah suatu yang mustahil.

“Namun bagi memastikan hasrat perlaksanaan syariat Islam di Malaysia menjadi satu kenyataan mudah, ia memerlukan semua pengundi dari kalangan ummat Islam termasuk ahli Umno dan atas pagar mengundi PAS.
"Maksudnya, Umno perlu menyerahkan semua kerusinya kepada PAS atau paling tidak bersama menyertai PAS, dengan itu jumlah kerusi PAS atau muslim akan melonjak maksimum ke 130 kerusi parlimen bagi membentuk kerajaan Islam yang bersedia mendaulatkan syariat Islam yang adil saksama dan telus,” ujar beliau lagi.
Pakatan Rakyat katanya telah beberapa kali berbincang tentang perkara ini dan mereka telah "setuju untuk tidak bersetuju" atau “DAP tidak menerima hudud dan PAS tidak boleh paksa mereka untuk menerimanya sebagaimana mereka tidak boleh menghalang hasrat PAS mahu mendaulatkan syariat Islam itu.”

Kata Nasrudin, itulah pendirian Pakatan tentang hukum hudud.

Oleh yang demikian kata beliau lagi, Pakatan Rakyat melalui mesyuarat tertingginya telahpun membincangkan perkara ini.

PAS katanya mengadakan kerjasama politik dengan parti - parti pembangkang yang lain iaitu DAP dan PKR untuk membentuk Pakatan Rakyat bagi mendepani Umno dan Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, kerjasama ini adalah kerjasama politik dan bukannya kerjasama agama dan ideologi perjuangan.
“Terdapat beberapa persamaan dalam tindakan politik antara parti-parti yang berbeza ideologi ini, antaranya seperti menentang ISA, AUKU, rasuah, pembaziran, ketirisan dalam perbelanjaan dana awam, keadilan dalam sistem pengurusan dan kendalian pilihanraya dan banyak lagi,” tegasnya.

Malah beliau menjelaskan, jika mereka (PAS) idak boleh melaksanakan semua [kandungan Islam] maka laksanakanlah apa yang termampu daripada Islam itu.

“Bertolak dari kaedah ini, PAS kemukakan pendekatan baru melalui projek "Negara Berkebajikan" yang merupakan sebahagian dari ajaran Islam itu sendiri. Sebuah projek yang dikemuka kepada rakyat ke arah pembentukan sebuah negara yang bebas rasuah, penyalahgunaan kuasa politik, penyelewengan ekonomi dan menepati piawaian " Good Governence".

"Inilah yang menjadi keutamaan PAS masa kini,” katanya.

Bagaimanapun beliau mengaitkan isu hudud yang mula diperkatakan semula ini sebagai sebahagian daripada gendang yang dipalu sekuatnya oleh Umno dan melihatnya sebagai tanda-tanda pilihan raya umum semakin hampir.

“Umno terpaksa sekali lagi menggunakan peluru karatnya iaitu hudud untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat. Saya akui hudud bukan agenda Pakatan Rakyat tetapi hudud adalah sebahagian daripada Islam yang tetap diperjuangkan oleh PAS di sepanjang zaman,” jelas Nasrudin.

Penghuni Gua : Kah kah kah kah kah kah !!!! Si pembohongb berkokok lagi. Dah kantoi dengan memutar belit klenyataan karpal masa debat dengan Ust Fathul Bari, kini nak temberang lagi.

2. Baca kenyataan di atas. Terkial-kial ustat pembohong ini nak menjawab bab hudud. 

3. Pengakhir kata...............semuanya temberang sahaja. Hudud hanya mainan dan modal politik sahaja. Atau Auta. kah kah kah kah kah !!!!!

8 comments:

  1. Kalau dah tahu sukar tu kena terimalah cara UMNO yang tak bercakap tetapi diam diam bertindak secara bijak. Ansur ansurkan sehingga bila dah sampai masa dan persiapan dah lengkap kelak masyarakat pun dah faham dan terima. Inshaallah.

    ReplyDelete
  2. Temerang je ustat cibai ni. Berbelit cakapnya bila dah kantoi. Menipu tetap menipu

    ReplyDelete
  3. layarilah laman portal web berita yang disediakan PERCUMA tanpa perlu melanggan Freemalaysiakini2 , sebarkan kepada rakan-rakan anda.

    ReplyDelete
  4. apakata semua pimpinan dan ahli pas seluruh malaysia bersatu dibawah umno..kan lebih baik..pemimpin umno sebenarnya lebih terserlah corak kepimpinan mereka..lagi pun parti pas ini kuat sangat menipu nya

    ReplyDelete
  5. Boleh percaya ke cakap KP pas tu,nanti Si Kapal berdehem nanti....ubah pula ayat dia.

    ReplyDelete
  6. umno undi pas? hahahaha...baral sungguh. dulu siapa yg tolak isu perpaduan, umno atau pas? apa kata pas berjuang bersama umno. minoriti join majoriti, baru betul. benda senang tp sebab degil, semua jd susah...

    ReplyDelete
  7. Jika tak silaplah, serpihan Umno sejak tahun2 ada dikalangan pemimpin nak bersatu dibawah satu panji2 perikatan khususnya UMNO. Ntah smapai sekarang kiralah berapa puluh tahun, jika seumur itu dah punyai cucu dan cucupun dah punyai anak. Yang masih kelihatan baghalnya sampai sekarang trend mereka menipu, mengata2, mengumpat2, mengkeji dan tak pernah nak terima kenyataan baik2 orang. Putar belit jangan kiralah lagilah, pemimnpin silih berganti, nawaitu utama nak mematikan hujjah supaya orang terima mereka "tipu dan putar alam"...

    ReplyDelete
  8. Biasalah UMNO kaki puto belit top ten di dunia yang fana ini. Yang puak UMNO pung bengong, HUDUD tu cuma untuk orang Islam je. Yang kome orang UMNO nak takut ape kehe. Autasan Meloya dengan Burit-a Hairan tulah KAKI PUTO BELIT TERHEBAT DI DUNIA. Orang cakap panjang, dipendeknya. Tau sangat la UMNO.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR