Utusan Malaysia
Mesyuarat bincang isu agama anak tidak lama lagi
04/05/2009 3:36pm
04/05/2009 3:36pm
KUALA LUMPUR 4 Mei — Satu mesyuarat bagi mencari penyelesaian berhemah berhubung status agama anak apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk agama Islam akan diadakan tidak lama lagi membabitkan beberapa kementerian dan jabatan agama.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata mesyuarat tertutup itu juga berkemungkinan disertai oleh beberapa pertubuhan agama tetapi ia belum dimuktamadkan lagi. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Bagus lah begitu. Jangan melanggar perlembagaan dan juga setiap keputusan harus jangan melanggar batas kuasa negeri dan DYMM Sultan. Ini tercatit di dalam Perlembagaan. Keputusan mahkamah sebelum ini juga telah jelas. Jadi pastikan perkara di atas tidak berlaku. Kami bukan minta lebih. Hanya mengikut yang diberi oleh perlembagaan. Jangan cuba untuk mengubah perlembagaan yang telah menggariskan dengan jelas bidang kuasa dan juga hak semua kaum di Malaysia.
Jangan menghakis lagi hak tersebut. Hak untuk orang Melayu dan Islam telah tercatit dan telah dipersetujui berdasarkan tolak ansur semua kaum semasa pembntukan negara dahulu. Jangan sesuka hati kita mengubahnya. Ini asas keujudan negara kita.
Seperkara lagi yang kerajaan perlu berwaspada, jangan sesekali memandang rendah dan cuba tidak menghargai 75 % undi orang Melayu yang telah dengan setia mengundi BN. Bukan Cina dan India. Jadi perasaan mereka ( Melayu ) inilah yang perlu dijaga. Walau UMNO di hentam dan diperlekeh dari segenap sudut, kami semua tetap mengundi kerajaan yang ada. Kerana apa ? Kerana kami percaya UMNO akan menjaga Agama, bangsa dan negara Malaysia dengan baik walaupun bukan terbaik. Tetapi lebih baik dari parti yang lain di Malaysia.
Jadi ambil kira semua faktur asas ini. Sudah banyak kita memberi hak kita yang telah tertulis mengikut perlembagaan. Jangan ambil lagi hak tersebut. Kami tidak rela.
Saya setuju dengan pandangan saudara.
ReplyDelete