Utusan Malaysia
IPOH 4 Mei - Polis akan memanggil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Khalil Idham Lim Abdullah yang menuduh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir (gambar) dan Barisan Nasional (BN) membenarkan dewan persidangan dimasuki bomoh untuk menjampi kerusi Speaker.
Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, turut akan dipanggil adalah beberapa individu yang terlibat dengan penerbitan artikel dalam blog wakil rakyat Pas berkenaan.Beliau berkata, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara dua tahun dan denda atau kedua-duanya sekali.
"Polis sudah mula menyiasat kes tersebut dan akan memanggil ADUN Titi Serong serta semua mereka yang terlibat dalam masa terdekat,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Zambry membuat laporan polis terhadap Khalil kerana melemparkan tuduhan itu yang disifatkan amat menjijikkan dan tidak bertanggungjawab.Beliau juga menyifatkan tindakan tersebut sebagai cubaan untuk menanamkan kebencian rakyat menjelang sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 7 Mei ini.
Khalil dalam laman blognya mendakwa sanggup menghadapi risiko atas tuduhannya itu kerana yakin maklumat yang diterima tentang perkara itu cukup jelas dan dipercayai daripada seorang pegawai kerajaan.Sementara itu, Khalil dalam blognya memberi penjelasan dan penegasan sekali lagi bahawa beliau bukan orang yang mudah mengeluarkan kenyataan tanpa ada bukti dan alasan yang kukuh.
"Oleh itu dalam persoalan ini saya mengulangi sekali lagi pendirian bahawa DUN telah dimasuki oleh bomoh dan saya mempersoalkan pihak yang bertanggungjawab kepada DUN pada masa ini," katanya.
Penghuni Gua : Inilah mentaliti YB paling bodoh yang PG lihat sejak hidup. Tahap pemikirannya amat rendah sekali. Mungkin kadar kecerdikannya di bawah tahap 20 IQnya. Tapi orang macam ni boleh dipilih sebagai wakil rakyat. Oppps lupa ! beliau alim dan warak. Ditambah berserban dan ada janggut. Juga ulamak. Ulamak misti jadi pemimpin................Ulamak Profesional katakan....Semalam posting berkaitan juga berkaitan. KLIK
No comments:
Post a Comment