FOLLOWERS

Monday 4 May 2009

SIDANG DUN 7 MEI : SOLAT HAJAT PAS !


Harakahdaily
4 mei 2009


....................................."Oleh yang demikian kita mendesak agar Dun Perak dibubarkan dan menyerahkan kepada rakyat untuk menentukan pilihan mereka," tegas Mohamad Sabu dalam satu sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, dekat sini tengah hari tadi.

Sehubungan dengan itu PAS akan mengadakan program solat hajat, doa munajat dan solat subuh pada 7 Mei ini jam 5.00 pagi di Masjid Al-Ittihadiyah, Kampung Tengku Husin Baru, Manjoi, Ipoh, Perak.

Program tersebut telah dipersetujui oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Hai tak habis-habis sembahyang hajat. Yang lepas-lepas pun Allah tak perkenankan lagi nak sembahyang hajat lagi. Fikir le sendiri sebab apa Allah tak tunaikan permintaan terdahulu. Pada Penghuni Gua senang aje pengajarannya. Fitnah dan temberang bayak sangat berlaku di dalamnya.

Buka mulut aje fitnah dan mengata dan memaki hamun orang. Pakai kopiah dan serban berjuntai. Buka mata dan buka mulut itu le kerja nya hari-hari. Diserambi masjid lepas sembahyang pun tak ada kerja lain. Mengumpat, memfitnah, memaki hamun dantohmah dan kata nista. Tak ada lain. Kalau dapat berucap je, dari awal ok. Dengan beri salam, baca doa dan baca macam-macam ayat suci. Lepas itu siap. Berbalik le kerja keji mereka ini. Tak ada lain . Memaki dan memfitnah orang.

Dari tahun 1987 semasa bertugas di Kelantan, kemudian di Kedah, Terengganu, Melaka, KL dana berbagai tempat lagi le, iramanya sama aje. Lepas bagi salam, doa dan baca ayat suci tak ada lain lah. Itu baru lepas sembahyang isyak tu. Doa berbuih mulut tentang perpaduan, berbaaik sangka dan semua yang baik2 lah.

Air lior belum kering, jubah dan serban dikepala lagi, mula aje ceramah , hah siap le. Maki, fitnah dan mencarut pun ada. Penceramah yang selalu PG dengar ialah Mat Sabu, Allahyarham Buniyamin, semua le. itu le kerja mereka.


Itu le yang Penghuni Gua naik menyampah dan meluat dengan mereka ini. Rosak agama pada pandangan bangsa lain. Kalau merekayang bukan islam tengok, hmmmm. Inilah caranya orang islam berdakwah dan bercakap.

Inilah dakwah dan cara seruan oleh mereka ini.

Jadi pada PG , mereka yang nak bersolat hajat tu sepatutnya berfikir le dulu. Mengapa Allah tak pernah tunaikan permintaan mereka. Allah beri berkuasa sebentaar di Perak kemudian di tarik balik. Kenapa. Ada sebab musababnya.

Jadi fikirlaah sikit. Bukan susah sangat nak lihat tanda-tanda kemurkaan Allah ni. Juga bukan susah nak membaca isyarat yang Allah berikan. Allah beri isyarat dalam berbagai bentuk. Allah beri otak dan fikiran untuk kita memikirkannya.

Satu lagi kerajaan Perak tu bukan kerajaan PAS pun. Ada dua tiga kerat aje kerusinya. Jadi MB pun atas perkenan DYMM Sultan Perak aje. Tidak tak merese pun. Jilat jari aje. DAP yang sepatut memerintah. Tapi perlembagaan tak benarkan orang cina jadi MB.

Kalau benar seperti kata Nizar dan Mat Sabu agar krisis Perak sepetutnya diserah kepada rakyat dengan adakan pilihanraya semula , PG berpendapat tak merasa lah lagi PAS nak memerintah Perak termasuk NIzar.

Jika ada pilihanraya seluruh Perak sekali lagi DAP tentu akan meletakkan calun Melayu di kerusi DUN bagi dicalunkan sebagai MB Perak jika menang. Yang bodohnya PAS le. PAS menghabis padang bola semabahyang hajat, DAP jadi MB.

Jadi nak ddipendekkan cerita, berfikirlah panjang sikit kalau nak berpolitik. Bukan perlu belajar tinggi-tinggi. Cuma bila otak kita tenang dan tiada hasad dengki maka kita boleh buat keputusan yang baik. Tak ada le seperti yang terjadi negeri dirampas dek orang.


Satu lagi jangan pandang rendah pada kekuatan lawan. ......................Kerana pandang rendah keupayaan orang lainlah " ayam terlepas tangan bahu tahi". Juga jangan tunjuk strategi kita pada musuh atau lawan ( seperti tragedi 16 sep yang tak pernah terjadi ) , jadi lawan akan guna strategi yang sama untuk makan kita. Itulah yang terjadi.

Jadi semua yang terjadi di Perak tu adalah bersebab di atas dan juga Allah nak berikan isyaratnya kepada anda semua. Jangan angkuh, jangan memfitnah dan akur pada kada dan kadar...................Cukup le ..................berfikir lah baik-baik............Ada hikmah dari setiap yang berlaku. HATI MAU BAIK LE...........

1 comment:

  1. Hujah Peguam Negara Dato Seri Mohd Nizar disingkirkan (removed) mengikut Undang2 Tubuh Negeri Perak?

    Maka elok kita lihat Atikel 16(6) Undang2 Tubuh Negeri Perak.

    Artikel XVI (6) Undang-undang Tubuh negeri menyatakan bahawa jika Menteri Besar tidak lagi mendapat kepercayaan daripada majoriti ahli Dewan Undangan Negeri, maka, kecuali atas titah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan membubarkan Dewan negeri, beliau hendaklah mengemukakan perletakan jawatan Ahli Majlis Mesyuarat.

    Artikel 16 (6) digelar Perak Constitution
    If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Royal Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council.

    Merujuk kes Datuk Amir Kahar Tun Mustapha v Tun Mohamed Said Keruak [1994] 3 MLJ 737:

    …once a Chief Minister in fact knows that he has lost the confidence of a majority of the members of the Assembly, he should not wait for a vote of confidence to be formally tabled in the Assembly but should immediately take the honourable way out by tendering the resignation of his Cabinet. Under the circumstances, if the Chief Minister refuses or does not tender the resignation of the members of the Cabinet which includes himself, or if he tenders the resignation of himself alone, the fact remains that the Cabinet is dissolved on account of him losing the confidence of a majority of the members of the Assembly and it is not necessary, therefore, for the Yang di-Pertua Negeri as a last resort to remove the Chief Minister and the other members of his Cabinet. This is not only the effect of Art. 7(1) of the Constitution but it is the established convention. (dipetik/ diperolehi dari http://andakjauhar.wordpress.com/analisis-arahan-meletak-jawatan-mb-menurut-undang-undang/

    =====================================================
    http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Mutakhir/20090505144233/Article/index_html
    Nizar tidak dipecat, sebaliknya disingkirkan: Gani
    KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Rayuan Kuasa-Kuasa Khas di sini hari ini diberitahu Sultan Perak tidak memecat Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, sebaliknya beliau disingkirkan daripada jawatan itu mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

    Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, berkata penyingkiran Nizar dilakukan mengikut peruntukan Perkara 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak berikutan Nizar kehilangan kepercayaan Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak.

    Gani berhujah demikian dalam semakan kehakiman dikemukakan Nizar untuk mendapatkan pengisytiharan beliau masih Menteri Besar Perak yang sah.
    ===================
    http://www.bernama.com/bernama/v5/newsgeneral.php?id=408825
    May 05, 2009 15:05 PM
    Nizar Removed Due To Lost Of Majority Confidence
    IPOH, May 5 (Bernama) -- The Sultan of Perak had never sacked Datuk Seri Nizar Jamaluddin as Perak Menteri Besar as his removal from the office was lawfully made under article 16 (6) of the Perak Constitution due to his lost of majority confidence, the High Court here was told today.
    -- BERNAMA
    ======================================

    BERIKUT ialah kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Duli Yang Maha Mulia Paduka Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang ditandatangani oleh Setiausaha Sulit Baginda, YDH Toh Raja Diraja Kol. Datuk Abd Rahim Mohamad Nor.
    http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=387868

    05 Februari, 2009 16:45 PM
    Kenyataan Media Pejabat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan

    “Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 4 Februari (semalam) memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

    Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga memohon menghadap Baginda atas kapasitinya sebagai Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak dan telah diberi perkenan menghadap Baginda pada pagi 5 Februari 2009.

    Yang Amat Berhormat Datuk Seri Mohd Najib memaklumkan bahawa Barisan Nasional dan penyokong-penyokongnya kini yang terdiri daripada 31 orang ahli Dewan Negeri telah menguasai majoriti di kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

    Atas titah Duli Yang Maha Mulia untuk memaklumkan Baginda bahawa maklumat yang dipersembahkan itu adalah tepat, kesemua 31 orang ahli Dewan Negeri tersebut telah dititah menghadap Paduka Seri Sultan.

    Setelah menemui sendiri kesemua 31 ahli-ahli Dewan tersebut, DYMM Paduka Seri Sultan Perak telah yakin bahawa YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah berhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar (ceases to command the confidence of the majority) dari kalangan ahli-ahli Dewan Negeri.

    DYMM Paduka Seri Sultan Perak juga telah menimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin pada 4 Februari 2009 memohon perkenan Baginda untuk membubarkan Dewan Negeri Perak.

    Baginda menggunakan budi bicara Baginda di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan tidak berkenan membubarkan Dewan Negeri Perak.

    YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah dititah menghadap Baginda untuk dimaklumkan mengenai keputusan Baginda tidak membubarkan Dewan dan selaras dengan peruntukan XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan, DYMM Paduka Seri Sultan Perak menitahkan YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama-sama ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) berkuat kuasa serta merta.

    Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK tersebut dianggap telah dikosongkan.

    Kenyataan ini dikeluarkan dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.”

    Dari Prof Madya Dr Abdul Rani Kamarudin
    Pensyarah Undang2 IIUM

    ReplyDelete

PETA PELAYAR