FOLLOWERS

Monday, 4 May 2009

SIDANG DUN PERAK : BN PAKAI BOMOH ?


Dipetik dari Blog : Cina Islam
Saya menerima berita beberapa hari lepas dari beberapa orang teman termasuklah dengan sms pada hari ini mengenai tindakan BN yang telah membawa bomoh masuk dalam Dewan Undangan Negeri di Bangunan SUK.Pertama kali setelah mendengar berita tersebut saya semacam tidak percaya. Namun sehingga hari ini saya menerima lagi satu sms yang mengatakan seorang bomoh Melayu dari Teluk Intan dibawa ke Dewan untuk jampikan sesuatu.Pelik tetapi saya sudah percaya dengan berita tersebut pagi ini ?

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 10:40 AM

Nota :

MB Perak Dr Zambry telah mengambil tindakan saman sivil terhadap dakwaan Adun Titi Terung tersebut. Berita Lanjut : KLIK

Utusan Malaysia


Zambry lapor polis tuduhan ADUN Titi Serong


IPOH 3 Mei – Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir malam ini membuat laporan polis terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Khalil Idham Lim berikutan satu tuduhan yang disifatkan beliau sebagai amat menjijikkan dan tidak bertanggungjawab.


Dalam sidang akhbar yang diadakan di kediamannya di sini, Zambry berkata, beliau tidak akan bertoleransi dengan tuduhan-tuduhan liar yang dibuat oleh Khalil melalui laman blognya.

‘‘Ini suatu tindakan untuk menanamkan kebencian rakyat menjelang sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) 7 Mei ini. Tuduhan ini sangat merbahaya kerana ia dikeluarkan oleh seorang bergelar Yang Berhormat. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Ini satu lagi pandangan yang amat bodoh dan rendahnya taraf pemikiran dari seorang wakil rakyat dan bergelar DRS. KHALIL IDHAM LIM : Adun Titi Terung. Dakwaan yang amat bodoh sekali dari seorang YB. Dengan satu SMS terus percaya perkara karut dan syirik ini. Ini tahap YB menganalisis setiap perkara. Kalau beginilah caranya, kalau memerintah negara , alamatnya jahanam lah negara Malaysia.

Kerana apa: rendah sangat tahap analisisnya. Standard JKKK aje. Buat le analisis lebih sikit. Periksa le dahulu faktanya. Siapa yang hanta sms tu. Dia tengok sendiri ke. Satu lagi kalau dah pandai sangat bomohnya, PG sanggup bayar untuk bomohkan askar Amarika di Iraq. Biar kalah semuanya. Atau nak guna juga bomoh tu, nak halau Israel dari bumi Palastin.

Nasib kau le wahai penduduk Titi Terung dapat wakil rayat sebodoh ini. Itu le, lain kali fikir dulu sebelum undi. Bukan pangkah calun bila tengok dia pakai kopiah. Kopiah bukan lambang baik dan dapat pahala pun.

Kesian, kesian . Bawa bertaubat dan mengucap banyak-banyak le YB. Dah songsang ni.

1 comment:

  1. Seorang penceramah bercerita secara terbuka betapa seorang rakannya yang berjawatan profesor madya turut percaya pada cerita dalam blog... kesian.

    Apa nak dihairankan... profesor tampal pun dah ramai sekarang ni...

    ReplyDelete

PETA PELAYAR