FOLLOWERS

Saturday 6 February 2010

50 TAHUN UMNO KEKOH PAS : TAK BETUL TU POK NIK, TAK BETUL TU !





KOTA BAHARU: Selepas menolak perbincangan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu Umno dan PAS duduk semeja untuk membincangkan isu-isu berkaitan agama Islam daripada berterusan menghabiskan masa bertelagah mengenai politik...............................................................................................

"Saya mahu majlis perbincangan mengenai agama Islam (seperti ini) antara Umno dan PAS sudah lama. 5O tahun Umno bertengkar dengan PAS apa hasilnya, banyak masa habis. Parti itu banyak menggunakan masa, kepakaran dan kewangan untuk melawan gerakan Islam seperti PAS, apa hasilnya melainkan bertengkar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar kalimah Allah di sini, hari ini. Seminar sehari yang diadakan di Pusat Tarbiah Islam (Putik) di sini dihadiri oleh Editor majalah Herald-The Catholic Weekly , Lawrence Adrewe dan wakil Buddha, Loo Choo Siang.

Isu kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno pernah dicetuskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar parti tahun lalu bagi membincangkan kepentingan umat Islam di negara ini dan pembangunan orang Melayu termasuk menjaga hak kaum lain, namun ia ditentang Nik Aziz.

Walaupun Umno menerima dengan tangan terbuka tentang kesediaan mereka untuk berbincang ia juga ditentang Nik Aziz dan beliau mendesak PAS mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) bagi menyingkirkan beberapa pemimpin parti itu yang dikategorikan prokerajaan perpaduan.
Mereka ialah Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Namun, akhirnya Abdul Hadi dan beberapa pemimpin PAS lain terpaksa akur untuk membatalkan perbincangan itu. - BERNAMA

Penghuni Gua : Tak betul tu Pak Nik, Tak betul tu. Tok betul apa yang Pok Nik cakap bahawa UMNO yang berbalah dah 50 tahun dengan PAS. Mana UMNO yang balah. PAS le yang balah dengan UMNO.
2. Kenyataan PAK Nik tu , terbalik kok. PAS dan Pok Nik yang dok asyik balah dengan UMNO. UMNO kan kerajaan. Pok Nik dan PAS le yang selalu dan setipa masa gaduh dan cari pasal dengan UMNO. Sem,ua UNO buat tak betul .

3. Pas ujud dan lahir pun kerana puak ulama tak puashati dan asyik nok balah dalam UMNO. Jadi salah kenyataan Pok Nik tu yang UMNO oh 50 tahun balah dengan PAS. Terbalik sebenarnya. Pok Nik dan PAS yang dah lebih 50 tahun dok asyik balah dengan UMNO dan kerajaan.

4. Pok Nik ni , masih bermimpi lagi kot. Ini dah tahun 2010 Pok Nik . Bukan tahun 0102 Pok Nik.

5. Pok Nik, Pok Nik. Tak habis, habis-habis nak makan UMNO dan kerajaan. Dalam mengindim nok berdailog dengan UMNO dan kerajaan pun masih nok kekoh lagi dengan UMNO dan kerajaan. Itu pun masih nok kata UMNO jugok yang dok baloh dengan PAS.

6. Alahai Pok Nik, Pok Nik!!!!!!! TGHH nak ujud kerajaan perpaduan, Pok Nik dok cah keting. Habis haru biru PAS dan UMNO . Alih-alih nak muzakarah pulak. Lepas tu kata UMNO pulak dok mulakan perbalahan. Apalah lah Pok Nik ni. Berbelit-belit cakapnya.

7. Kesimpulannya, PAS dan Pok Nik yang dok kekoh UMNO dulu . Sejak dulu. Bukan sebaliknya. Ingat tu Pok Nik. Ingat baik-baik-baik.

8 comments:

  1. Tuan,
    Jangan dilayan sangat orang tua nyanyok ni, nanti kita turut sama jadi gila

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan,

    Kalau ikut kata PM siang tadi masa kat Kampung Baru KL, PAS sebenarnya bukannya satu gerakan Islam tetapi PAS adalah sebuah parti politik... sekarang baru saya faham tentang kedudukan sebenar PAS.

    Betul sangat tu Tuan, bukan UMNO yang sering bertelagah dengan PAS tapi PAS lah sering melakukannya..jadi tuduhan Nik Aziz itu tidak adil..dan bagaimana nak bawa UMNO berbincang dengan PAS kalau awal-awal beliau dah kutuk UMNO

    ReplyDelete
  3. hang memang 'betut2 penghuni gua'

    ReplyDelete
  4. Hai Pok Nik, jangan duk sibuk2 nak muzakarah..pergi melawat Yang Mulia Al Sultan nu dulu.. Beli la tiket MAS kelas 1 pun tak pe.. berapa la sangat harga tiket nak pegi Singapura tu, lagi kan kek harga ribu2 pun boleh beli.

    ReplyDelete
  5. Cian TG NA tu....orang tua memang kadang-kadang mcm tu....Biarlah dia. Mudah2an bila kita tua X jadi mcm tu...

    ReplyDelete
  6. Matrengganu,

    Cerita kek dah senyap kerana Hj Alwi gi Mekah free. Demo tak gi melawat Sultan demo ko, ko bukan Sultan demo.

    ReplyDelete
  7. PG, memang dah kerja PAS semenjak Pok NIk jadi pemimpin ni 1 ni, apa taknya, jawatan Mursyidul Am lebih berkuasa dari Presiden...... tiap hari, siang malam kerja puak-puak PAS kekoh UMNO..... cakap lebih dari biawak, bukan ulama......hamPAS.

    ReplyDelete
  8. Assalaamu 'alaikum sdra PG & yang melayari blog ini,

    1 Siapakah di dalam UMNO, dan siapakah pula di dalam PAS..? ltu asasnya, jika sungguh mahu menzahirkan ukhuwah lslamiyyah melalui aktiviti berpolitik.

    2 Tolak beberapa ribu bumiputera non-Muslim di Sabah yang masuk UMNO, dan tolak beberapa kerat orang Cina/Siam di Semenanjung yang menubuhkan kelab penyokong PAS, mustahil jika yang selainnya itu [termasuk Tuan Hj Nik Aziz dan Tuan Hj Najib A Razak] tidak pernah - walau barang sekali - terbaca atau mendengar ayat al-Quran berupa PERINTAH sekaligus LARANGAN Allah, khusus tentang keutamaan akan WAJIBnya mewujudkan dan sekaligus memelihara ukuwah lslamiyyah, [maksudnya], " Dan BERPEGANG TEGUHLAH kamu sekalian KEPADA TALI ALLAH [agama lslam] dan JANGANLAH kamu bercerai-berai ..." [al-Quran, Suah Ali lmran (3):103].

    3 Hendak BERIMAN atau TIDAK MAHU BERIMAN KEPADA kepada ayat Allah itu? ltu yang asasnya bagi mereka yang masih terus menjadikan ukhuwah satu bahan tawar-menawar, bukan malah menjadikannya perkara WAJIB yang WAJIB bagi mereka mewujudkannya.

    4 Dan bagi yang menyokong atau pun tidak menyokong mana-mana satu antara mereka berdua itu; tanyakan juga kepada diri masing-masing - Hendak beriman kepada ayat Allah itu, ataukah sebaliknya berpegang kepada perkataan [pimpinan] ketua sebagai lebih afdhal daripada perintah & larangan Allah?

    5 Setiap umat Muslim hendaklah penuh yakin bahawa setiap amalannya, termasuk berpolitik, TIDAK pernah terlepas daripada ketetapan-ketetapan hukum syara', iaitu perintah-perintah & larangan-larangan Allah, jika amalannya mahu dinilai dengan tolok ukur [standard] lslam. lni 'the bottom line' - prinsip dasar berakidah dengan akidah lslam.

    Wallhu a'lam.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR