FOLLOWERS

Friday 5 February 2010

ANUAR. ANUAR ! 4




KUALA LUMPUR 4 Feb. – Mohd. Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia telah pergi ke tiga buah hospital, termasuk dua hospital swasta, untuk membuat pemeriksaan. Bekas pembantu Anwar itu berkata, dia pada mulanya pergi ke Hospital Tawakal, Jalan Pahang, di sini untuk membuat pemeriksaan doktor, tetapi penyambut tetamu telah memberitahunya hospital itu beroperasi separuh hari dan tidak boleh membuat pemeriksaan.

Beliau kemudiannya pergi ke Hospital Pusrawi di Jalan Tun Razak, dan ketika itu beliau ditemani bapa saudaranya bernama Tuah Mohd. Ali, iaitu adik kepada arwah ibunya. Mohd. Saiful berkata, di hospital itu, beliau telah berjumpa Dr. Mohd. Osman Abdul Hamid dan memberitahunya beliau sakit perut dan sakit di dubur.

"Dr Mohd Osman telah meminta saya untuk membuka seluar dan beliau telah memasukkan sesuatu pada dubur saya dan pada masa itu saya telah berterus terang kepadanya bahawa saya telah diliwat dan mahu membuat pemeriksaan,” jelas Mohd. Saiful.

Mohd. Saiful berkata, Dr. Mohd. Osman terus memberhentikan pemeriksaan dan memintanya memakai seluar. Ditanya Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden adakah beliau ada menanyakan mengapa pemeriksaan diberhentikan, Mohd. Saiful berkata, doktor berkenaan ada menjelaskan bahawa hospital itu tidak mempunyai kelengkapan membuat pemeriksaan forensik dan laporan perubatan hospital swasta tidak boleh digunakan di mahkamah nanti.

"Beliau seterusnya telah meminta saya mendapat rawatan di HKL (Hospital Kuala Lumpur). Saya ikut nasihatnya dan terus ke HKL. Pada mulanya saya tak tahu hendak ke mana, tapi secara logiknya saya pergi ke wad pesakit luar untuk mendaftar pukul 3 petang,” katanya.

Mohd. Saiful, 24, ialah saksi pertama yang memberi keterangan apabila kes itu bermula semalam di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Pada awal sesi pagi ini, Mohd. Saiful memberi keterangan secara tertutup selama 30 minit sebelum hakim, pihak pendakwaan dan pembelaan serta Anwar, Mohd. Saiful dan Zambri Idrus, peguam pemerhati bagi pihak Mohd. Saiful, meninggalkan mahkamah pada 11.43 pagi untuk melawat kondominium, tempat kesalahan itu didakwa dilakukan. – Bernama

Penghuni Gua : Mokhtar. Mokhtar, Mokhtar! Ish, ish, ish. Anuar, Anuar!

2 comments:

  1. SLM BRO...DH MCM CITER ALI BABA LA PLAK. CUMA BILA NAK BUKAK "GUA YG SATU TU" KENE BACE MANTERA "CAN I F**K U TODAY?" HEHEH

    ReplyDelete
  2. Ali Baba nak buka gua kena kata :
    "Nyat ingsong..., mata kaji semar ni sengg...!"

    Ada orang tu kena kata : "Mokhtar!"...

    ReplyDelete

PETA PELAYAR