FOLLOWERS

Wednesday 17 February 2010

BETUL TU YB ZULKIFLI !


Rabu Februari 17, 2010
MStar Online

Nik Aziz Pun Pernah Khianat
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini membidas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana menyifatkan wakil rakyat yang keluar atau melompat parti sebagai pengkhianat rakyat dan negara.

Beliau berkata, Nik Aziz sepatutnya melihat kembali sejarah politik partinya sendiri yang pernah menyertai Barisan Nasional (BN) tanpa seorangpun daripada wakil mereka meletakkan jawatan.
"Saya menghormati Datuk Nik Aziz, tapi semasa PAS menyertai BN, tak ada seorangpun daripada PAS yang keluar daripada PAS.

"Tok Guru (Nik Abdul Aziz) elok tengok sejarah beliau semula, Tok Guru tak letak jawatanpun... itupun pengkhianatan juga," katanya di sini semalam.Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Amat betul sekali YB Zul. Biar Pok Nik cermin diri sendiri. PAS juga sepatutnya bubar aje bila keluar BN. Kerana PAS dan pemimpinnya juga pengkhianat bila masuk dan keluar semula dari BN dulu.

2. Pok Nik ni calap aje lebih. Habok pun tak ada. Masa masuk BN tak ada kata BN tu kafir. Bila keluar dari BN terus UMNO Kafir. DSAI tak dikafirkannya pula.

3. Semua ini kerana mereka berlidah biawak YB. Lidah biawak.

6 comments:

  1. apa yb tunggu la yb...depa pon dah taknak yb..firaun kecik dh nak bunuh yb..keluar shj yb!

    ReplyDelete
  2. Salam PG, setuju sangat dengan kenyataan YB Zul.... Nik Aziz sudah terlalu mabuk dengan gelaran ulama...... ulama politik DAP, sepatutnya Nik Aziz masuk jadi ahli DAP, barulah kuat sikit LGE bantu....

    ReplyDelete
  3. hehe..bole ke kita sama kan antara;

    a. PAS masuk BN
    b. MP PKR umum keluar parti dan jadi ahli bebas

    PAS masuk BN tu satu keputusan dr Majlis Syura Ulama, badan tertinggi dlm PAS, bukan keputusan MP Pengkalan Chepa..

    Majlis Syura melihat setiuasi Negara ketika itu, dn memandang bahawa keputusan menyertai BN itu adalah satu yg harus..


    Hukum boleh berubah, cth hukum org sihat minum air sejuk adalah harus..

    tapi bila org sihat td menjadi sakit, hukum harus td boleh berubah menjadi haram (jika dgn meminum air itu boleh memudaratkan lg kesihatannya).

    Tiada isu knp mau berpakat dgn DAP, knp tidak UMNO.. Kerana yg lawan PAS dlm pilihan raya pun adalah parti UMNO, bukan DAP.. ;)

    ReplyDelete
  4. PAS pun knl hti budi pemimpin UMNO..
    PAS dicari ketika UMNO tersepit dn lemas..;)

    soal undang2 pun tidak bisa pemimpin UMNO penuhi, ini kan pula soal berpakat dlm politik..

    lihat shj isu royalti petroleum. Tun Abdul Razak sendiri menjelaskan di dalam Dewan Rakyat pd 12 November 1975 bhw tiap-tiap
    negeri akan menerima 5% daripada nilai
    petroleum yang dijumpai dan diperolehi di
    negeri masing-masing samada yang diperolehi
    dalam kawasan perairan atau di luar perairan
    negeri tersebut.

    antara jawapannya adalah berbunyi, "Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi di negeri masing-masing samada yang diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut, yang dijual oleh PETRONAS ataupun ejensi-ejensi ataupun kontrektor-kontrektornya.


    Lihat shj Hansard Dewan Rakyat yang bertarikh 12 November 1975, muka surat 6980: http://www.parlimen.gov.my/hindex/pdf/DR12111975.pdf


    UMNO, berubahlah (tukar dasar assobiyah tu kpd dasar ISLAM).. ;)

    ReplyDelete
  5. Assalaamu 'alaikum sdra PG & yang melayari blog ini,

    1 Kena diakui bahawa semua ini terjadi dan menjadi amalan kerana di dalam politik masa kini, ideologi pragmatisme-sekular telah diambil dan dijadikan tuntunan, walaupun oleh ahli-ahli pilitik drp kalangan umat lslam sendiri, sama ada drp PAS, UMNO dan yg Muslim dlm PKR. Walhal, bagi mereka yang telah bersyahadah & mengaku beriman serta berikrar untuk sentiasa mentaati Muhammad SAW sebagai ikutan di dalam segala amal perbuatan, hendaklah secara konsisten menjadikan tolok ukur lslam [syara] sebagai pegangan dan hukum yang mengikat mereka dalam semua aktiviti, termasuk ketika berpolitik. Namun, apabila tidak menjadikan tolok ukur syara' sebagai pegangan, apalah mahu dihairankan jika pemikiran dan pendirian politik mereka sering berubah-ubah dan melompat-lompat, sedangkan ideologi lslam yang bersumbarkan wahyu itu sentiasa kekal dan baku - dari semenjak dizahirkan oleh Rasulullah SAW ketika menegakkan Negara Islam di Madinah, sampailah ke Hari Qiamat. Soalnya: Selain ajaran Nabi SAW, petunjuk siapakah yang mahu diambil oleh orang-orang yang beriman?

    2 Amat jelas, ketika berpolitik, mereka tidak beriman dengan ayat Allah [maksudnya], "Katalah [wahai Muhammad], jika kamu sungguh benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah akan mengasihi kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu, [kerana] Allah Maha Pengampun lagi Maha Maha Penyayang" [al-Quran, Ali Imran (3):31).

    Kalimah "...ikutilah aku..." itu apakah terbatas
    hanya setakat mengikuti Nabi SAW dalam ibadah-ibadah khusus [spt solat, haji, zakat, doa, zikit dsb], atau akhlak sahaja? Sementara dalam muamalat yang lain [politik, ekonomi, bernegara & berpemerintahan dll], contoh teladan yang merupakan sunnah Muhammad SAW [sekaligus juga sumber hukum] boleh sahaja dilontar jauh-jauh, tidak mahu diambil untuk dijadikan ikutan? Ada berapa standard [piawai] yang Allah beri kepada umat Muhammad ini yg dapat menjamin mereka mulia di dunia dan selamat di akhirat?

    3 Kalaulah senang-senang sahaja mahu dipakaikan gelaran 'ulil amri' kepada mereka yang berasa 'glamour' dengan politik yang sebegini, sungguh amat malang umat Melayu/Muslim se-Malaysia.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR