FOLLOWERS

Saturday 13 February 2010

DATO ZAHID HAMIDI : NAMPAK LAIN MACAM AJE !



MELAKA: Kerosakan teknikal pada kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman yang menyebabkan ia tidak boleh menyelam cuma kerosakan kecil yang tidak menjejaskan operasinya dan boleh diperbaiki oleh pengeluar. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata siasatan juga telah dilakukan terhadap kerosakan yang dialami kapal selam itu. "Kita ada tempoh jaminan ke atas kapal selam itu dan kita yakin pihak pembekal atau pengeluar akan memperbaikinya," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Markas Tiga Divisyen, Kem Terendak, di sini hari ini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Mula2 enjin jet hilang di dedahkan oleh Dato Zahid Hamidi. Kemudian katanya Pegawai ATM jual rahsia pertahanan kepada Atase Negara asing. Ini pula Panglima Tentera Laut dedahkan Kapal sselam tak boleh menyelam. Hanya ini sahaja yang berlainan. Iaitu ia didedahkan oleh Panglima Tentera laut.

2. Itu pun PG berpendapat, Panglima ini pun di minta oleh Zahid untuk dedahkannya.

3. PG melihat macam ada yang tak kena aje dalam tindak tanduk Zahid Hamidi ini. Lepas satu, satu. Macam nak kenakan PM DS Najib aje.

4. Kepada DS Najib! Hati-hati dengan menteri ini. Ada yang tak kena dengannya. PG rasakan ada agenda tertentu kot. Sebabnya, apa perlu didedahkan perkara sebegini. Bukan ada penyelewengan dan member faedah kepada Negara. Ia tetap disiasat dan diambil tindakan lanjut untuk menyelesaikannya tanpa mendedahkan kepada umum. Tidak perlu dedah pun. Bukan nak sembunyi maklumat tetapi ada perkara mengenai bidang pertahanan yang perlu disalurkan mengikut saluran yang sah. Bab rahsia Negara dijual. Ia tak perlu didedahkan pun. Cuma Zahid perlu lapur pada PDRM dan PDRM boleh ISAkan pegawai ATM yang terlibat.

5. PG juga ingat dalam tahun 190an dahulu , bebarapa pegawai ATN dan Pegawai Tentera Singapura telah di ISA kan tanpa perlu heboh-heboh.

6. Kepada DS Najib : Kalau Zahid ini dirasakan banyak sangat masalah dan sukar untuk Zahid selesaikan,hal-hal Kementerian Pertahanan, maka ada baiknya PM DS Najib , tukarkan aje beliau jadi Menteri Pertanian.

7. PG memang tak sedap hati bab Zahid ini. Rekodnya pun bukan baik sangat sebelum ini. Pernah menikam Tun Mahathir dengan arahan DSAI. Mungkin hubungan beliau dengan DSAI ini masih ada kot ! Kali ini Panglima TLDM yang dedahkan atau diarahkan dedah dan kemudian Zahid menjawabnya hari ini , katanya boleh dibaiki. Ini Nampak sangat macam nak memburukkan DS Najib. Kalau dah boleh baiki, mengapa dok sibok dedah. Mengapa pula kali ini Menteri tak dedah . Mengapa Palima TLDM yang dedah.

8. Memang PG tak sedap hati sungguh bab Zahid Hamidi ini. PG harapkan DS Najib lebih berwaspada dan berjati-hati dengan menteri-menteri nya. Bukan nak mengesyak atau mempertikaikan Menteri yang dilantik oleh DS Najib, tetapi , entah, PG rasakan semacam aje.

9. Kalau tak ada udang disebalik baru! Alhamdullilah. PG minta maaf le kalau keadaannya tidak seperti yang PG syakki. Tapi hati tu berdebar aje tiap kali ada berita dari Zahid atau dari Kementerian Pertahanan. Seolah bermasalah sangat.

28 comments:

  1. salam PG,

    memang kompem si zahid nie nampak lain macam sikit, kalau isu2 technical kecik tu, report kat najib jer la dulu, cam nak jadi hero tapi tak kena pada tempatnyer, kena kasi blogger BPN lebih prihatin dengan si zahid nie

    ReplyDelete
  2. Nampak sgt dia nak cari populariti dan seolah-olah berniat hendak menjatuhkan DS Najib.

    eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

    ReplyDelete
  3. aku tak fikir begitu...
    pada pandangan aku dia ni ada lurus sikit...
    hakikatnya dia telah jalankan tugas sebagai wakil rakyat dan memaklumkan kepada rakyat apa yang berlaku dibawah kementerian dia...

    sikap begini bagus dan perlu ada pada semua menteri dan timbalan menteri...

    jangan asyik banyak akta rahsia dipakai...
    kalau banyak sangat pakai akta rahsia ni tak baik jadinya... benda baikpun boleh jadi tak baik... contoh macam perjanjian konsesi tol...
    sepatutnya rakyat perlu tahu apa kandungannya...

    ReplyDelete
  4. Apa hal Zaid Hamidi ni semua nak bagi tahu benda yang tak bolih di dedahkan dia nak dedahkan dari segi keselamatan negara itu ada lah rahsia kepada Datu seri Najib cepat cepat lah tukar dia ke kemeterian lain.

    ReplyDelete
  5. INILAH MENTALITI ORANG UMNO. DEDAH SALAH... TAK DEDAH PUN SALAH... BILA DISEMBUNYIKAN DIKATAKAN MENTERI TAK JALANKAN TUGAS DAN BILA DEDAH DIKATAKAN UNTUK MENJATUHKAN SESEORANG. SELAGI ADA MENTALITI BEGINI, SAMPAI BILA PUN NEGARA TAK AKAN MAJU.

    ReplyDelete
  6. Salam Tuan,

    Saya setuju sangat dengan pandangan berhubung dengan Datuk Ahmad Zahid ini.

    Saya sejak dari awal lagi memang terkejut apabila PM lantik Ahmad Zahid ini sebagai Menteri Pertahanan. Kenapa PM tidak lantik orang lain ke jawatan itu.

    Ahmad Zahid pernah lari bersembunyi ke Sabah dulu masa Anwar berhadapan dengan kes liwat musim pertama dia dulu... masih ada bau itu.

    Lbeih baik tukarkan saja Ahmad jadi menteri apa sajalah atau jadi Menteri Pembangunan Luar Bandar tukar dengan Datuk Seri Noh Omar.

    Saya setuju sangat kalau Datuk Seri Noh Omar kalau dilantik jadi Menteri yang penting seperti itu... Menteri Pertahanan atau juga Menteri Dalam Negeri.

    Dua kementerian ini memerlukan orang yang benar-benar bersemangat patirotik untuk menerajuinya dan bukannya orang yang lembab macam 2 orang itu...

    Datuk Ibrahim Ali sangat bagus tapi sayang sekali dia ini bebas...boleh kalau dikira untuk dilantik jadi Menteri KDN...memang tak ada cakap "tidak akan teragak-agak"...

    ReplyDelete
  7. igt, zahid bekas panglima anwar. masa beliau ketua pemuda dahulu masa anwar dipecat pada thn 1998, bp bulan beliau menghilangkan diri tanda protes kepada tun m.

    ReplyDelete
  8. salam...
    say pun pelik dengan si zahid hamidi ini...
    rasa ada sesuatu tak kene...
    mengapa dia byk sangat mulut...
    jika nak telus pun bertempat la...

    bukit katil boyz

    ReplyDelete
  9. Najib bertindaklah bijak sedikit!
    Buang saja Zahid ini. Rakyat yg bodoh pun dah nampak permainan kotornya!

    ReplyDelete
  10. Salam. .

    Dari kes enjin lagi, semua orang pertikaikan zahid. kenapa perlu dedahkan kelemahan tentera kepada umum. bagaikan ada sesuatu yang dirancang.

    ReplyDelete
  11. Bagus la kalau ramai yg fikir mcm tu,aku ingat aku sorang je..

    ReplyDelete
  12. Yup... Zahid ni memalukan negara... apa2 masalah berkaitan senjata dan pertahanan negara... tidak perlu dihebohkan... negara asing gelak ajer tgk menteri kita... bodoh piang... now mereka tau pertahanan kita tidak sekuat mana... ada kapal selam... tak boleh menyelam, enjin jet boleh dicuri... rahsia pertahanan boleh dijual beli... Zahid ni nak menghilangkan kepercayaan rakyat kepada sistem pertahanan negara gamaknya..

    ReplyDelete
  13. hati suci
    dalam keluarga pun iaitu satu unit asas dalam pembentukan masyarakat dan negara, ibu atau bapa tak akan beritahu semuanya kepada anak-anak. ada perkara yang perlu didiamkan dahulu dan selamannya dan ada yang didiamkan buat sementara sehingga keadaan baik atau anak telah matang. begiu jugalah bab zahid ini. bukan semua boleh begapitahu rakyat. ada perkara yang perlu di rahsiakan. bagitahu pun bukannya rakyat semuanya boleh bantu. untuk apa. jadi gunakanlah prinsip need to know basis. kalau perlu tahu boleh lah tahu. kalau tak perlu , tak perlulah. mungkin dilambatkan sikit. untung ruginya kepada imej negara.

    ReplyDelete
  14. biarlah DS Najib menilainya
    lagi pun DS yang lantik menteri ini
    tapi ramai yang tak seronok dengar
    puas satu, satu lagi masalah
    kementerian pertahanan ini
    macam nak burukkan aje kepincangan kementerian yang pernah dibawa DS dahulu
    perlu ke nak hebuh 1Malaysia
    nak bagi Anuar jaja scandal yang berlaku
    di kementerian pertahanan
    kalau kerja nak cari masalah di kementerian
    baik tak payah jadi menteri ini
    bagi tahu musuh kelemahan yang ada
    buat gelak negeri luar tenguk kekuatan pertahanan kita
    ada kapal terbang enjin tak ada
    ada kapal selam tak boleh tergelam

    ReplyDelete
  15. salam, apa punya penghasutlah semuanya ni, aku sendiri tak fhm dgn cara korang berfikir dan menulis, semuanya berbaur hasutan dan mengecam, pada aku baguslah dia buat mcm tu, itu menunjukkan dia buat kerja, bukannya nak jatuhkan mana2 pihak dan membongkar apa yg telah org buat sebelum ni, sepatutnya menteri mcm nilah harus dipuji, sbb berani membongkar segala yg salah dan silap di dalam kementerian dia, dengan niat untuk memperbaikinya agar tidak berulang kembali dan menjadikan kementeriannya bersih dari perkara2 yg tak baik spt penyelewengan dan ketidakjujuran dikalangan pekerja dan segala tindak tanduk dalam kementeriannya, ni baru bukan yes bos yes sir, hidup dato zahid..teruskan kerja dato, jgn pedulikan anasir2 yg berhati busuk ni, cuba nak melagakan pulak dato zahid dengan dato najib, apa yg aku nampak betul dah tujuan PM letak menteri yg menjaga kementerian pertahanan ni secara sepenuh masa, supaya segala kegiatan kementerian dapat dipantau dan dijaga dengan sepenuhnya untuk menaikkan taraf kementerian itu sendiri.

    ReplyDelete
  16. apa le banggang.... bila menteri dok senyap x buat kerja dikatakan bagus. bila menteri buat kenyataan atas sebab kerja dikatan ada agenda.... baik korang tulis je mukhriz mahathir ada agenda nak jadi menteri penuh sebab selalu overlap statement tok pha.... itu nyata... zahid tak ada kekuatan nak overlap najib.... bodo-bodo betul orang yang beranggapan begitu

    ReplyDelete
  17. salam.
    Tentang Zaid no komen..cuma renung dan tenung lama2 sikit !!

    ReplyDelete
  18. Pak Malau kagta no komen......

    renung dan tenung lama2 sikit tu bukan komen ka?

    ReplyDelete
  19. Salam PG, entahlah..... lepas satu dikambus, timbul pula yang baru......... apa nak jadi ni, letih kita semua.........

    ReplyDelete
  20. sudah sampai masanya rakyat Malaysia mengamalkan sikap dan amalan berfikiran secara terbuka...jangan tutup minda anda semata-mata untuk mempertahankan sesuatu yang salah, pemimpin dan wakil rakyat mempunyai tanggungjawab dan peranan untuk menyalurkan maklumat yang betul kepada orang yang dipimpinnya. Sikap YB Zahid haruslah dinilai dari segi positif, tinggalkan cara berfikir yang ketinggalan zaman sepertimana kebanyakan fikiran ahli umno yang tidak dapat menerima perubahan yang dibawa oleh YAB DSNTR PM yang membawa aspirasi baru rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan

    ReplyDelete
  21. Det,
    mcm mana nak komen dia dok renung dan tenung lama2..

    exarmy,
    kamu yang pernah bertugas sebagai anggota keselamatan seharusnya tahu mana yg patut didedahkan mana yang tak patut didedahkan,kalau semua nak didedahkan baik buat laporan bulanan siarkan di akhbar untuk satu dunia tau , hari ini berapa orang askar sakit perut,hari ni berapa orang askar eksiden,berapa buah kereta kebal rosak,jet mana yang tak boleh terbang..kiranya londeh abis la senang..

    kesimpulannya.
    ada perkara yang boleh didedahkan dan ada yang tak perlu dedahkan kepada umum,cukup kepada pemimpin sudah la,mana2 pemimpin mahukan maklumat boleh rujuk di Kementah, tak payah heboh masuk surat khabar dan tv

    ReplyDelete
  22. ambo baca panjang lebar isu ini dalam forum http://kelabchedet.com/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=2494

    ReplyDelete
  23. kah...kah..kah..bangang memang bangang puak2 umgoook ni mcm che det cakap umngoook ni busuk dari usus sampai ke kepala kah..kah..kah..klu korang nak tahu zahid hamidi dgn anwar ibarat air dicincang takkan putus...kah...kah..kah..bukannya zahid sorang je ramai lagi agen anwar dlm umngook semuanya bermatlamat mengjahanamkan umngook dari dlm...kah..khak phtuih jgn lupa ezam dan konco2nya kah..kah..kah..diorang kutuk2 anwar tapi dlm hati tetap sayang....oooppsss jgn lupa tpm kita juga...last2 yg terlopong pencacai umngook juga kah..kahh..kah.

    ReplyDelete
  24. harapnya orang UMNO jgnlah terlampau berburuk sangka sesama sendiri..
    mgkn ada sedikit msalah,tp hrpnya PM dah berjaga2 utk semua ini..
    musuh kita yg sebenar ialah si Pengkhianat Melayu!!

    ReplyDelete
  25. aku rasa bab pertahanan negara mmg perlukan confidential yg byk. dedak kpd public samalah mendedahkan kelemahan pertahanan negara... bgmn pertahanan negara dirangka... bahaya tu.

    ttg isu kbocoran rahsia pertahanan negara cam disebut zahid hamidi... xpatutla diceritakan scr public. bukannya public boleh buat sesuatupun ttgnya. tanggungjwb kerajaanla ni.. siasat dan hasil siasatan baru boleh dipertimbangkan utk dipublisitikan.

    haritu aku tgk zahid hamidi cerita ttg isu niepun aku dh rasa lain macam... teragak2, sambil mata memandang2 panglima2 tentera yang ada bersama.... body languagenyapun - cover mulut dgn tgn, cakap teragak2, mata mmandang tempatlain.... sblm nie xpernah plak camtu.

    masa aku tgk, terlintas dlm fikiran aku 2 perkara - DIA NIE MENIPU dan TAK IKHLAS kenyataannya.

    ReplyDelete
  26. aku pelik mengapa rahsia tentera kena beritahu rakyat, gila ke apa? kalau macam ni senang la pihak asing tahu kelemahan dalam tentera kita.

    ReplyDelete
  27. Ini lah dia mentaliti sebenar puak2 penyokong UMNO totok... ada orang macam zahid dilabelnya begini begini pulak... kalau dah nama UMNO totok, sampai mati pun takkan berubah menjadi baik!!!

    ReplyDelete
  28. badi...hakim hamidi,
    jangan salah kan sesiapa....dan jangan jadi batu ronson, selain zaid hamidi siapa yang layak....bekas airmen...pencen dah 16 tahun...rasanya dah cukup ilmu dlm tentera, itu masaalah DS Najib, dulu lain sekarang lain...kata SM Salim..dulu ketua pemuda sekarang Naib Presiden, untuk DS Najib..jangan dengar kata2 drp yang tak suka...kalau pada yang dia suka semuanya betul2 belaka, banyak parut pun dikatakan manis...om best dan tepat lah pilihan DS Najib...ragam manusia, bukan nak bongkar rahsia...rakyat didahulukan pencapaian di utamakan...apa lagi.DIAM DIAM KAN BAIK,KUASA MUTLAK TANGAN DS NAJIB , pada yang hingak tu cuba letak nanti silap2 kem pun di jual.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR