FOLLOWERS

Friday 26 February 2010

EKONOMI MALAYSIA AKAN BERKECAI : ITU KATA DSAI LAH !


Malaysiakini


Anwar: Ekonomi Malaysia kini retak dan bakal berkecai
Feb 26, 10 11:47am


Pengumuman pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 4.5 peratus bagi suku terakhir 2009 merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh kerajaan kerana ia merupakan hasil suntikan ransangan ekonomi, kata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menurut Anwar, pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu juga dibuat terlalu awal memandangkan kesan daripada pakej ransangan ekonomi itu hanyalah reaksi sementara dan tidak dapat dilakukan secara berterusan."Oleh sebab itu, saya amat khuatir kerana kaedah pergantungan yang berterusan kepada perbelanjaan kerajaan secara besar-besaran seperti yang diamalkan Barisan Nasional, akan membawa kita ke kancah permasalahan ekonomi yang sangat serius."Saat apabila ekonomi negara yang kini retak akan terbelah dan berkecai sebenarnya sudah hampir tiba," katanya lagi dalam kenyataan medianya hari ini..........................................................................................................................................................

"Mengambil kira kesan inflasi, maknanya di antara tahun 2005 sehingga 2008, pelaburan individu dan swasta kekal tidak berkembang pada tahap RM20.3 billion setiap tahun.

"Jumlah ini adalah lebih rendah dari jumlah pelaburan individu dan swasta semasa saya mula-mula menjadi Menteri Kewangan dalam tahun 1991, iaitu hampir 20 tahun lalu," katanya lagi. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : PG bukan pakar ekonomi. Tapi kalau tengok DSAI bercakap dan kondem DS Najib dalam bab menguruskan ekonomi..... nak tergelak pun ada. Tak ada lain. Kritikan kosong. Kalau dah apa yang DS Najb lakukan bagi merangsangkan ekonomi semua nya tak betul, mana yang betulnya.

2, PG sentiasa ikuti kritikan DSAI mengenai ekonomi sejak dari Tun Mahathir lagi. Hampas pun tak ada. Semua yang PM Malaysia buat semuanya tak betul. Yang betul tak ada pula ditunjukkan. Cakap boleh le. Kalau ikutkan cara dia , dah lama jahanam Malaysia dikerjakan oleh DSAI dulu. Mujurkan Tun Mahathir dan kumpulan pemikirnya dari semua bangsa di Malaysia , siang dan malam terpaksa perbetulkan semua kesilapan yang DSAI lakukan dengan mengikut buta sahaja apa yang IMF arahkan.

3. Orang yang dikutuk dan dihina setiap hari itulah juga yang menyebabkan Malaysia pulih dari kemelesetan dan dari bergantung kepada IMF. Akhirnya IMF yang terpaksa menjilat ludah dan kahaknya semula dan sekarang dengan tak ada rasa malunya sahabat karib DSAI iaitu IMF ini terhegeh-hegeh ikut cara Malaysia mengekang kemelesetan seperti mengikat Ringgit Malaysia dan menguruskan pinjaman tak berbayar dengan sempurna melalui Danaharta.

4. Dulu apabila Tun mengikat ringgit Malaysia dan menubuhkan Danaharta, bagai nak runtuh dunia DSAI mengkritiknya. Kata ia akan menjahanamkan negara lah. Pelabur akan larilah kerana keuntungan akan kurang dan beerbagai lagilah. Akhirnya DSAI telan air lior dan terkulat melihat kepintaran Tun Mahathir.

5. Sekarang DSAI buat hal lagi. PM DS Najib dah unjurkan pertumbuhan ekonomi 4. 5 % kira ok lah. Jangan kiralah ia lebih rendah atau terendah di kalangan negara asia atau tidak. Syaratnya pertumbuhan tidak beku dan menurun sudah ok. Biar sedikit kenaikan ujuran daripada tak naik langsung.

6. Sudahlah DSAI. Kamu pun bukan pakar ekonomi pun. Belajar di UMN dulu pun buat pengajian islam aje. Itu pun mengulang. Markah pun ala kadar aje. Cakap semua orang boleh. Apatah lagi kalau cakap nak hentam orang. Itu anda mahir le. Bila bab praktisnya habok pun tak ada. Nak lepas kes liwat pun termengah-mengah. Semua orang salah. Dari polis, Peguam negara, pasukan pendakwaan, si saiful, ahli kimia, doktor sehingga ke YAA Hakim-Hakim semuannya salah dan berkonspirasi. Itulah aje kerja anda. Lain tak ada. Salahkan orang aje.

7. Oh lupa : DSAI maksum rupanya. Maaf ye DSAI. Kawan lupa anda maksum.

Nota : Ops lupa . Yang DSAI nak cakap sebenarnya ialah " Jumlah ini adalah lebih rendah dari jumlah pelaburan individu dan swasta semasa saya mula-mula menjadi Menteri Kewangan dalam tahun 1991, iaitu hampir 20 tahun lalu," katanya lagi. "


7 comments:

  1. Barangkali apa yang ingin dinyatakan secara tersirat oleh si anwar tu ialah bahawa dia sedang mendesak koncu koncunya untuk memberi tekanan terhadap ekonomi Malaysia supaya mudah dia membakar semangat resah gelisah rakyat. Itulah kemahiran sebenar anwar.

    ReplyDelete
  2. Salam PG, bukan tak tahu perangai DSAI..... bagi dia mudah je, nak meningkatkan tahap ekonomi negara pinjam je dengan IMF macam yg pernah dibuatnya dulu.... itulah kepala otak dia...

    ReplyDelete
  3. DSAI...KELULUSAN PENG ISLAM KAT UM..HEHEE...MENGULANG ...MARKAH ALA KADAR....NAJIB KELULUSAN EKO DARIPADA UK....PERNAH KERJA KAT BANK NEGARA...FIQIAKLAH...

    ReplyDelete
  4. Salam,

    Mmglah kerajaan terpaksa berbelanja besar sebab nak offset kejatuhan ekonomi dunia yang dirancang oleh pihak2 zionists yg nak kuasai dunia. Perlu kita ingat,dlm masa 3 dekad kita dah alami 4 krisis ekonomi dunia,dan dijangkakan tak lama lagi akan menyusul lagi satu kejutan ekonomi yg lebih hebat,iaitu kejatuhan dolar Amerika.

    DSAI ckp menunjukkan kebengapan,iklim ekonomi sekarang tak sama dgn iklim ekonomi dulu.Tahun 1990-1997 merupakan kegemilangan ekonomi Asia,sebelum dihentam cukup2 oleh Soros dan geng2 kapitalisnya.Ekonomi Amerika pun takkan dpt pulih seperti 20thn dahulu,disebabkan defisit ekonomi yg 'irreversible'.

    Dolar Amerika akan collapse,kerana 90% dpd dolar Amerika berada di luar Amerika.Jika mereka 'dump' semua dolar ini ke pasaran kewangan dunia,kemungkinan perang dunia ke 3 meletus adalah tinggi.Semua harus bersiap sedia.

    ReplyDelete
  5. Bro PG...

    Yang pengajian Islam mengulang tu, Pak Lah Tido... si Anwar ini, pengajian persuratan Melayu... kantoi paper ekonomi masa HSC lagi... dia tak ada ijazah melainkan ijazah am yang tidak bernilai barang seduit pun. Itu fasallah masa pembentangan bajet, dia lebih seronok memperkenalkan perkataan-perkataan baru, MAPAN la, MADANI la dan segala macam perkataan-perkataan yang bombastic yang lain dan tidak ada kena mengena dengan ekonomi pun... kalau dia cerita bab ekonomi tu, dia menghafal ler tuh... tanya kali kedua, soheh dia tepuk kepala tak tahu apa benda nak cakap lagi...

    Bila dengar si Anwar bercakap pasal ekonomi, aku tak ingat lain dah... saya teringat macam mana Iblis mengajar Abu Hurairah ayat penangkal gangguan Syaitan... gitu ler tarafnya Anwar dan Iblis....

    ReplyDelete
  6. cucu tok wan
    ya betul tu. saya tersilap. dsai ijazah am sahaja. kantoi lagi. pak lah. serupa le tu

    ReplyDelete
  7. Assalaamu 'alaikum sdra PG & yang melayari blog ini,

    1 Tahniah, Sri Mersing. Anda ilmiah dan bermaklumat internasional. ltulah hakikatnya; kitaran ekonomi dunia akan menuju keruntuhan sekali lagi dalam waktu terdekat sebagaimana yang diimbaskan oleh presiden wanita bagi Jerman dalam persidangan G-8 yang baru lalu. Katanya, hidung wacana dan pemikiran ekonomi Kapitaslis telah santak ke dinding; tak dapat digerakkan lagi. Lalu, dunia kena mencari satu suntikan baru dari luar pemikiran Kapitalis untuk kelestarian ekonomi G- 8 & ekonmi dunia umumnya. Nak tahu suntikan pemikiran baru dari luar pemikiran teori ekonomi Kapitalis itu datangnya dari mana? Ha.. itu yang menariknya..

    2 Ini juga yg menjadikan Obama gusar kerana ekonomi Amerika sekarang ini sepenuhnya hidup dengan tali hayat suntikan beratus juta billion dollar AS melalui progrnm bail-out Obama.

    3 Jadi, negara-negara yang menyandarkan kepala ekonominya kepada pelaburan luar dari AS, dan menyandarkan mata wangnya kepada dolar AS, termasuk Malaysia, bersedialah untuk sangap teruk yang lebih perit sekali lagi apabila duit bail-out itu habis. Bagaimana dengan kadar tarif-tarif dan BLR Bank Negara? Kot-kot tidak lama lagi akan ada sesuatu yang baru untuk menampung keperluan perbelanjaan kerajaan. Kenapa?

    4 Sama seperti ekonomi AS yang dinyawai oleh program bail-out Obama, sedang juga terjadi di Malaysia. Sekarang ekonomi Malaysia sedang digenerate dengan duit bail-out kerajaan. Hutang kerajan kepada bank-bank untuk bail-out R60 billion + RM10 yang lalu, sudah habis diratah oleh penerima-penerimnya. Tapi, setelah tempoh untuk kerajaan membayar balik pinjaman kepada bak-bank tersebut tiba, roda ekonomi Malaysia masih belum dapat bergerak dengan secara natural, secara sendiri. Nak bail-out lagi, mana duitnya? Hutang lalu belum berbayar.

    5 Maka, sesiapa yang sengaja-sengaja menempah kesalahan undang-undang, walau sekecil mana, JANGAN cuba-cuba. Sekarang musim saman dan denda tidak dikompromi. Kantong sudah kosong dan perlu diisi, walau dengan apa cara sekalipun. Apabila bapa yang terbelit hutang tak mampu bayar hutang, pasti anaklah yang kena jerut melangsaikannya... teori mudah.

    Berapa persen perkembangan ekonomi Malaysia, kata DSN? Gula-gula..! Yalah, sementara duit bail-out masih ada untuk dikitar. Lepas itu?

    6 Tak kiralah apa yang DSAI cakap atau yang DSN cakap. Yang pasti jika perempuan presiden German itu mengatakan demikian, maknanya sistem ekonomi Kapitalis memang tidak akan pernah melestarian kestabilan ekonomi sampai bila-bila pun. Keruntuhan demi keruntuhan ekonomi dunia terjadi pun di sepanjang Kapilaiisme berjalan. lni bukti nyata bahawa Kapitalisme hanya teori utopis; cara untuk melonggok kekayaan oleh golongan pemodal, bukan sistem pengagihan kekayaan yang adil, yang tidak akan mampu mewujudkan kestabilan ekonomi. Sistem ini sedia rosak sejak pada dasar pemikirannya lagi, seumpama bayi yang memang cacat sejak masih diconsieve dalam kandungan. Apapaun usaha, cacatnya tidak dapat dipulihkan. Kerosakannya pasti berterusan sepanjang tumbesarannya.

    7 Pengagum dan pendukung Kapitalisme adalah pelestari kecacatan dan penempah kerosakan.

    8 Merespons kenyataan wanita Jerman itu, seorang professor ekonomi Peranchhis berkata, suntikan baru itu hanya datang dari ISLAM.

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR