FOLLOWERS

Friday 5 February 2010

KETUA PENOLONG PENGARAH JSJK MENINGGAL DUNIA KEMALANGAN : AL FATIHAH !





KUALA LUMPUR 5 Feb. - Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Mohd Hazam Abdul Halim maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 419.7 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat susur keluar Bukit Tagar, dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu, kereta Proton Perdana warna hitam yang dinaiki beliau merempuh belakang sebuah treler yang sarat dengan muatan tiang lampu. Pemandu lori berkenaan dipercayai memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan untuk berehat.

Akibat rempuhan itu, Mohd Hazam, 50 yang duduk di hadapan sebelah pemandu, meninggal dunia di tempat kejadian. Kereta tersebut dipandu oleh pemandunya, Lans Koperal, Asminto Salimin, 27 yang turut cedera parah dalam kemalangan itu. Kedua-dua mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke ibu negara setelah selesai bermesyuarat di Ipoh, Perak.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat manakala Asminto dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan. Difahamkan, jenazah Mohd Hazam akan dihantar pulang ke kediamannya di No.1 Jalan TTJS, 3/1C, Taman Tuanku Jaafar, Seremban. - Utusan

Penghuni Gua : Al Fatihah. Dato Hazam ini adalah kenalan rapat PG yang mana bersama belajar dan dalam satu kelas semasa menuntut di Universiti Malaya dari Tahun 1980 - 1984. Pernah memegang jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Petaling Jaya dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Terengganu sebelum di jawatan sekarang.

3. Sedih dan teramat sedih. Ini kerana baru bulan lepas PG makan malam bersama beberapa rakan lain di restoran terapong di Taman Tasek Titiwangsa. Beliau banyak diam ketika itu.

2. Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Amin.

4 comments:

  1. al-fatihah untuk arwah. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yg beriman dan beramal soleh.
    mengenali sendiri tuan azam (panggilan mudah jika bersemuka dengannya di IPPD Petaling Jaya),arwah seorang yg mudah didekati, mudah diajak berbual dan memudahkan tugas saya serta rakan lain.
    banyak kes berjaya diselesaikan ketika arwah menjawat jawatan OCPD PJ.
    masih ingat kata-katanya dulu: "Tugas polis bukan mudah, kena cari bukti A sampai Z tetapi segelintir org masih lg anggap polis sbg tidak berguna, tidak efektif dan pelbagai kata2 keji. Sedang org lain enak dibuai mimpi, bersama keluarga tersayang, melakukan aktiviti digemari, kami, polis bertungkus lumus menjalankan tugas utk memastikan mereka yang tidur lena itu tetap tidur lena, mereka yg berehat dgn keluarga dpt berehat dgn keluarga tanpa masalah dan sebagainya. Kami bukan mahu pujian sebaliknya berilah walau sedikit penghormatan, itu saja," katanya.
    buat PDRM, takziah, buat keluarga tuan azam, berbanggalah kerana arwah sudah menjalankan tugas terbaik utk agama, bangsa dan negaranya.

    ReplyDelete
  2. Al Fatihah takziah diucapakn kepada keluarga beliau

    ReplyDelete
  3. Salam. Al-Fatihah..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ruhnya dan menempatkannya bersama-sama orang beriman. Terasa seperti mengenali Datuk Hazam begitu dekat, kerana selalu juga seorang rakan baik yang bekerja di JSJK Bukit Aman bercerita mengenai dirinya. Terkejut sangat menerima berita pemergiannya awal pagi tadi dari rakan yang juga menghadiri mesyuarat di Ipoh sejak rabu lalu.Walau tidak mengenalinya, saya juga sedih dengan pemergiannya..Semoga seluruh keluarga menghadapi dugaan yang hebat ini dengan tabah dan pasrah.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR