FOLLOWERS

Friday 26 February 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES UBAH SUAI RUMAH TANPA KEBENARAN / IKUT PERATURAN !


[1992] 1 MLJ 691
Eu Lian Hang v President, Municipal Council, Petaling Jaya
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (SHAH ALAM) — CRIMINAL APPLICATION NO
44–2 OF 1989

Judges SHANKAR J
Date 6 SEPTEMBER 1989
Citation [1992] 1 MLJ 691


Catchwords:

Public Authorities — Town and country planning — Mandatory order — Owner of shop-house carried out illegal structural alterations — Local authority obtained mandatory order to demolish alterations — Whether mandatory order was valid — Whether owner should first be convicted before mandatory order could be made — Street, Drainage and Building Act 1974 ss 70(13)(b), (15) & 91(1)

Public Authorities — Town and country planning — Mandatory order — Owner of shop-house carried out structural alterations which deviated from approved plans — Local authority applied ex parte for mandatory order to demolish alterations — Whether mandatory order was valid — Whether owner was given opportunity to be heard before mandatory order was made — Street, Drainage and Building Act 1974 s 91(1)

Bahasa Malaysia Summary:

Pemohon, tuan punya sebuah rumah-kedai, telah menyerahkan pelan bagi pemindaan struktur rumah-kedai itu. Majlis Perbandaran, responden, telah meluluskan pelan pemohon tersebut dan pemohon mula dengan kerja pemindaan. Responden kemudiannya mendapat tahu bahawa pemohon telah melaksanakan kerja-kerja yang melencong daripada pelan yang diluluskan. Responden selepas itu menyampaikan satu notis di bawah s 72(1)(b) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (‘Akta itu’) mengkehendaki pemohon merobohkan struktur yang melanggar pelan yang diluluskan (‘notis itu’).

Pemohon tidak mematuhi notis itu tetapi sebaliknya telah menyerahkan pelan yang dipinda kepada responden dan memohon kelulusan ex post facto lencongan itu. Responden telah menolak permohonan pemohon dan membuat permohonan ex parte mendapat perintah mandatori untuk perobohan struktur pemohon yang melanggar pelan yang diluluskan di bawah s 91(1) Akta itu. Perintah mandatori telah disampaikan kepada pepada 7 Disember 1988. Pemohon tidak mematuhi perintah itu dan membuat rayuan, antara lain, terhadap perintah itu. Notis rayuan pemohan bertarikh 4 Januari 1989. Responden berhujah bahawa masa untuk merayu terhadap perintah mandatori itu sepatutnya berakhir sepuluh hari daripada tarikh penyampaian perintah mandatori itu.

Pemohon oleh kerana itu memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk perlanjutan masa yang membolehkannya memfailkan satu rayuan terhadap perintah mandatori itu dan penggantungan perintah itu. Pemohon berhujah bahawa terdapat merit dalam rayuannya kerana pada pertamanya beliau tidak diberi peluang untuk didengar sebelum perintah mandatori itu dibuat. Pemohon juga berhujah bahawa sebelum perintah mandatori itu boleh dibuat, beliau semestinya disabitkan di bawah s 70(13)(b) Akta itu kerana melaksanakan aktiviti tanpa kebenaran dengan melencong daripada pelan yang telah diluluskan.

Diputuskan:
Diputuskan, menolak permohonan itu
:

(1) Pemindaan struktur pemohon adalah menyalahi undang-undang kerana ianya tidak mematuhi pelan yang telah diluluskan. Jika apa yang pemohon lakukan itu menuruti undang-undang, beliau seboleh mencabar notis itu. Notis itu oleh kerana itu adalah peluang untuk pemohon didengar. Permohonan pemohon untuk kelulusan pelan yang dipinda juga ditolak oleh responden. Responden dengan demikian berhak untuk menghapuskan struktur pemohon yang melanggar pelan yang telah diluluskan.

(2) Sabitan di bawah s 70(13)(b) Akta itu bukanlah satu prasyarat permohonan responden mendapat perintah mandatori di bawah s 91(1) Akta itu. Seksyen 91(1) Akta itu memberi pihak ber kuasa tempatan satu opsyen memohon perintah terus sementara s 70(13)(b) Akta itu menyebabkan lencongan tanpa kebenaran daripada pelan yang diluluskan satu kesalahan dengan sendirinya. Seksyen 70(13)(b) dibaca dengan s 70(15) Akta itu menubuhkan satu peruntukan yang berasingan dan berlainan daripada s 91 Akta itu.

(3) Oleh kerana itu tiada terdapat sebarang alasan bagi melanjutkan masa untuk membuat rayuan. Tidak juga terdapat sebarang merit dalam rayuan pemohon.]

Penghuni Gua : Semuga paparan inji memberi menfaat kepada semua pembaca dan pelajar. Nak ubah suai rumah tu hati-hati. Jangan main ubah suai ikut suka kita aje. Ada peraturannya. Terutama yang termasuk dalam kawasan majlis perbandaran. Tq

5 comments:

  1. Abg Arif,

    Tapi ramai yang settle kan benda ni dengan suap menyuap. Mungkin ada sesetengah orang anggap benda ni benda kecil. tapi sebenarnya mereka tak tahu ini adalah salah besar.

    Bila Majlis marah, mereka kata kerajaan kejam dan kedekut. hehe

    ReplyDelete
  2. apa peraturan dalam pengubahsuaian rumah ?

    ReplyDelete
  3. House Renovation. Cat, kongkrik, Plaster/Plaster Siling, Pasang Tile, Pipe DLL di kawasan bangi, kajang, lembah klang dan sekitarnya. Hubungi: 0173967506 Email: heder_renovation@yahoo.com (facebook.com/HederRenovationHouse)

    ReplyDelete
  4. Salam... saya baru pas reno rumah saya... area melaka... ruma semi d single storey.. 30x48 build up... 40x85 total keluasan...
    Nak share pengalaman.. scope reno : cornice utk ruang tamu n dry kitchen, kitchen cabinet plus tall unit for dry kitchen (agak luas), kitchen top for wet kitchen, wiring plus installation termasuk auto gate wiring, tv panel, tv hanging kabinet, grill utk satu rumah, tambah tembok batu kat wet kitchen plus pintu besi... saya survey 5 contractors... quotation average rm40k.. but finally saya jumpa ah keong... quotation dia cuma rm27k... rumah saya dh 80% complete.. keje kemas... contractor dia pun sume jenis tua2 n experience... ramai gak teman ofis saya dh start mintak quotation dari dia... rasa nak share cuz price dia sgt bagus plus keje pun kemas... if nak more detail, bley pm saya... 0165444303...saya bley share skali pix umah saya :)

    ReplyDelete
  5. Salam... saya baru pas reno rumah saya... area melaka... ruma semi d single storey.. 30x48 build up... 40x85 total keluasan...
    Nak share pengalaman.. scope reno : cornice utk ruang tamu n dry kitchen, kitchen cabinet plus tall unit for dry kitchen (agak luas), kitchen top for wet kitchen, wiring plus installation termasuk auto gate wiring, tv panel, tv hanging kabinet, grill utk satu rumah, tambah tembok batu kat wet kitchen plus pintu besi... saya survey 5 contractors... quotation average rm40k.. but finally saya jumpa ah keong... quotation dia cuma rm27k... rumah saya dh 80% complete.. keje kemas... contractor dia pun sume jenis tua2 n experience... ramai gak teman ofis saya dh start mintak quotation dari dia... rasa nak share cuz price dia sgt bagus plus keje pun kemas... if nak more detail, bley pm saya... 0165444303...saya bley share skali pix umah saya :)

    ReplyDelete

PETA PELAYAR