FOLLOWERS

Wednesday 10 February 2010

MB PERAK : PANDANGAN DR SIDDIQ AZANI !


Dipetik dari blog : Dr Siddiq Azani



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Daulat Tuanku. Saya akan kemukakan fakta berlandaskan undang-undang yang terdapat dalam Perlembagaan negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan. Sesungguhnya tindakan meyaman sultan merupakan tindakan biadap dan tergopoh gapah. Menyedihkan apabila tajuk posting terbaru Anwar Ibrahim berbunyi : Constitutional crisis caused by the Sultan, yang jelas merujuk kepada DYMM Sultan Azlan Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan.

Mengapa Nizar Harus Letak Jawatan

Perlembagaan Persekutuan dalam artikel 43(2)(a) jelas menyatakan bahawa Yang Dipertuan Agong berhak melantik ketua eksekutif yang telah mendapat sokongan majoriti Dewan Rakyat. Benar dakwaan Nizar mengatakan bahawa Sultan bertindak atas nasihat beliau sebagai ketua kerajaan. Ini termaktub di dalam artikel 40(1) dan 40(1A) yang terdapat didalam perlembagaan. Namun Nizar harus membaca Artikel 40(2)(a), (b), dan (c) bersama. Ini kerana ia jelas menyatakan hak esklusif Sultan yang boleh bertindak sendirian tanpa mengikuti nasihat beliau di dalam perkara membabitkan perlantikan ketua kerajaan (selagi beliau mematuhi provisio dalam 43(2)(a)), kedua baginda mempunyai kuasa untuk TIDAK MEMBUBARKAN DEWAN PERWAKILAN (Parliament atau DUN Negeri), dan terakhir memanggil semua Raja-raja untuk mesyuarat Majlis Raja-raja.

Berikut merupakan provisio yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi berdasarkan artikel 4 Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan mesti menjadi undang-undang teratas di dalam negara ini – the supremacy of the constitution, justeru ia diaplikasi kepada semua perlembagaan negeri kerana perlembagaan negeri mesti sama dengan perlembagaan persekutuan. Berbalik kepada perlembagaan di Perak, Artikel 16 Fasal 7 Perlembagaan Negeri Perak menyebut seseorang anggota majlis selain MB (Menteri Besar) memegang jawatan atas perkenan Sultan.

Dengan lain perkataan, MB tidak boleh dipecat. Klausa ini telah disalah tafsir oleh pemimpin dan penyokong Pakatan pembangkang. Benar seorang Menteri Besar tidak boleh dipecat oleh Sultan jika Menteri Besar itu masih mempunyai sokongan majoriti Dewan perwakilan. Tetapi jika keadaan sebaliknya, Sultan mempunyai hak untuk memecat MB.

Hung Parliament

“Hung parliament” bermaksud tiada majoriti jelas dalam sesebuah Dewan Rakyat atau DUN. Sebagai contoh, parti A mempunyai 89 kerusi dan parti B 88 kerusi, atau kedua-dua sama 89 kerusi, dalam situasi ini lebih elok diadakan pilihanraya semula kerana beza kerusi cukup tipis. Walaubagaimanapun tidak wujud situasi “hung parliament” di Perak ketika ini kerana BN memiliki majoriti 3 kerusi. Dan seperkara lagi yang harus diambil kira ialah jumlah kerusi yang terdapat di Perak ialah 59 kerusi. Perbezaan jelas dan tiada masalah kerana perbezaan ialah 3 kerusi daripada 59 kerusi merupakan suatu jumlah yang jelas.

3 ADUN Sudah jumpa Sultan

Anwar Ibrahim dan bekas speaker DUN Perak Sivakumar mahu mengadakan sidang khas DUN bagi menjalankan “vote of no confidence” terhadap Nizar. Untuk pengetahuan kedua-dua manusia di atas, perlembagaan tidak pernah menyebut bagaimanakah caranya untuk jelaskan “vote of no confidence” itu. Dalam kes Stephen Kalong Ninkan v Tun Abg Hj Openg & Tawi Sli (1966), sebuah surat ditandatangani oleh majoriti ADUN negeri Sarawak tidak diterima oleh mahkamah kerana ia dikatakan terdapat unsur penipuan dan tidak jelas.

Tambahan pula tidak semua ADUN hadir ke persidangan khas terbabit. Ini menunjukkan bahawa surat ditandatangani boleh menjadi sah jika ia tidak terdapat unsur penipuan. Oleh itu, tidak disebut bagaimana cara “vote of no confidence” itu sewajarnya diadakan. Cukupkah dengan berjumpa dengan DYMM Sultan? Atau mengangkat tangan sebagai undian seperti kita lakukan untuk pilih ketua darjah dahulu? Atau dengan surat berserta tandatangan yang sah?

Oleh kerana ia tidak disebut, maka apa jua cara pun boleh diguna selagi ia boleh membawa perhatian DYMM ke atas isu terbabit. Saya difahamkan ketiga-tiga ADUN Bebas tersebut telah pun berjumpa mengadap ke-bawah Duli Tuanku untuk menyatakan pendirian mereka. Jangan dipersoalkan 28 ADUN BN yang lain kerana sudah tentu mereka menyatakan sokongan terhadap BN. Begitu juga 28 lagi ADUN Pakatan. Tumpuan kita seharusnya kepada 3 ADUN ini sahaja.

Perjanjian Yang Tidak Sah.

Saya juga difahamkan bahawa terdapat perjanjian tidak bertarikh ditandatangani oleh wakil-wakil Pakatan setelah menang dalam pilihanraya lalu. Perjanjian tersebut menyatakan mereka akan letak jawatan jika lompat parti. Persoalannya adalah ia tidak logik dan tidak sah dari segi undang-undang.

Artikel 10(1) (c) menyatakan hak warganegara untuk menyertai mana-mana persatuan, selagi ia berdaftar dan sah. Namun artikel 10(2)(c) menyatakan “parliament may by law impose on the right conferred by paragraph (c) of clause (1), such restriction as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, public order or morality.”

Penghuni Gua : Semuanya sudah jelas. Mulalah bekerja. Jangan lagi mencari pasal dan meroyan tak tentu hala. Kepada pengundi muda, nilaikanlah sendiri tingkahlaku pemimpin PR ini yang semuanya menyalahkan Badan Kehakiman dan amat sukar menerima keputusan mahkamah ini.

7 comments:

  1. Salam,
    Siddiq Azani ni Dr ke? bukan dia student lagi ke?

    ReplyDelete
  2. kepala hotak hang mat isa

    ReplyDelete
  3. itu rampasan kuasa bengong..pemerintahan sesebuah negeri bukan ditentukan oleh 3 ekor katak ...

    ReplyDelete
  4. Anon 10/02/10 10:16,

    Demokrasi tu kata yg banyak tu menang.
    Dulu lepas PRU12 (sekarang juga), UMNO ade kerusi terbanyak berbanding parti lain secara individu dan PR tu belum resmi lagi.

    Sultan Perak telah menggunakan budi bicara nyautk memanggil semua ADUN PR maka dipersetujui Datuk Nizar jadi MB sebab campur semua ADUN PR tu lebih dari ADUN BN.

    Bila ade yg lompat, budi bicara yg sama digunakan. Salah ke ?

    Saya bersetuju jalan terbaik adelah bubar DUN.

    Dgn ape yg berlaku kita semua tahu kelemahan 'demokrasi' tapi adekah kita nak 'Mahkamah Rakyat' yg mungkin menjadikan kita huru hara ?

    'perlembagaan' kita perlu sedikit perubahan utk lebih jelas.

    Saya ingin lihat agar pihak Istana dibenarkan memberi pendapat atas keputusan mereka (sekurang-kurangnya di Mahkamah) supaya Rakyat tahu dan faham. Jika Sultan Perak dibenarkan membuat kenyataan tentu perkara ini telah lama selesai.

    ALLAH KNOWS BEST

    Nani Cheras.

    ReplyDelete
  5. anoy
    bn ynang menang banyak kerusi.. pr hanya buat gabungan setelah pru 12 selepas nampak peluang untuk ambil kerajaan. pr tu pakatan haram namanya. sudah le. padan muka anda. bab lompat-lompat siapa ajar. tanya le bos hang si DSAI tu.Karpal pun tahu dsai bapa pelompat. karpal minta bertaubat pun. tak taubat-taubat lagi dsai tu

    ReplyDelete
  6. adun bn yang lompat ke pkr dan kemuudian lompat balik tu apa cerita. bukan main kau sanjung dan katakan ia demokrasi. lastnya tangan kau orang yang menjulang dia dah bau tahi. cermin diri sendiri le ke tiga2 anoy. he he he he he

    lompat ke pr demokrasi lompat ke bn atau bebas tidak demokrasi. sifit apa kau pakau. otak bodoh sangat ke kau orang ni

    ReplyDelete

PETA PELAYAR