FOLLOWERS

Monday 22 February 2010

QARDAWI SOKONG DSAI ? HE HE HE HE !!!


MStar


JERANTUT: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bahawa beliau mempunyai satu mesej video berdurasi 12 minit daripada seorang ulama yang dihormati, Dr Yusuf Al-Qardawi yang berkata tuduhan liwat terhadapnya adalah satu pembohongan dan berniat jahat.

Anwar berkata, video berkenaan akan diedarkan selepas ia diterjemahkan sambil menambah Dr Yusuf menyokongnya dan menyatakan bahawa semua tuduhan liwat ke atasnya adalah fitnah besar untuk mencemarkan nama baiknya.

Beliau berkata demikian dalam satu ceramah bersempena Konvensyen Kebangsaan PKR untuk peneroka felda di Kampung Temin di sini pada malam Sabtu. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Siapa Yusuf Qardawi ni. Beliau bertaraf Nabi dan Rasul ke? Kalau melihat dan mendengar cara DSAI terlalu kuat memegang kata-katanya seolah Yusof ini bertaraf nabi atau rasul. Sebabnya, beliau tidak perlu melihat bukti dan mendengar keterangan kedua pihak ! Dengan hanya mendengar keterangan sebelah pihak sahaja iaitu keterangan dari DSAI sahaja , beliau telah keluarkan hukum dan fatwa bahawa DSAI tidak bersalah dalam tuduhan liwat yang dihadapinya.

2. Hukum apa yang Qardawi ini pakai. Belaiu gunapakai hokum hudud juga ke? Ikut hudud ke kalau hanya dengar sebelah pihak dan terus buat keputusan?

3. Apa pula pandangan Qardawi ini tentang ciptaan agung Allah mengenai DNA? Bukankah DNA ini adalah salah satu ciptaan Agung Allah bagi manusia gunakan dalam kehidupan dan salah satunya ialah bagi digunakan dalam perbicaraan yang tiada saksi melihat kejadian liwat berkenaan? Bodoh sangatkah Qardawi ini mengenai sains yang diciptakan Allah untuk manusia fikir dan gunakan?

4. Atau DSAI hanya gunakan nama Qardawi untuk faedah beliau dalam menghadapi tuduhan liwatnya bagi mengalih pandangan rakyat terhadap jenayah yang dilakukannya?

5. Fikirkanlah pengundi muda: Beginikah pemimpin dan parti yang akan kita pilih untuk memerintah Negara? Undang-undang hanya terletak ditangan mereka. Itu belum lagi mereka berkuasa. Jika mereka berkuasa , anda tahulah apa akibatnya. Mereka akan membuat apa sahaja mengikut hati dan perasaan. Itulah wajah pemimpin dan parti ini.

6. Fikirkanlah.

1 comment:

  1. Assalaamu 'alaikum sdra PG & yang melayari blog ini,

    1 Yosouf Qaradawi ini - yang didakwakan sebagai seorang ulama besar Mesir - kalau betul ada membuat kenyatan video tersebut, kena dicari juga huraian dan pandangan lanjut oleh beliau tentang isu ini, dari sudut-sudut yg berikut:

    a Liwat ini - [yang 'me...' dan yang 'di..'] - apakah telah melakukan suatu pelanggaran terhadap hukum jenayah syariah atau tidak?...kerana di dalam lslam, apa sahaja rupa bentuk kemungkaran, sama ada yang sekecil zarah, maupun yang sebesar tujuh kali saiz bumi, TIDAK ADA YANG TIDAK MELANGGAR HUKUM SYARA'].

    b Atau - kerana dia Muslim [dan ulama' pula] - adakah dia mengakui wujudnya kedaulatan undang-undang sivil, dan keabsahan undang-undang tersebut mengadili pelaku jenayah ini dari pandangan hukum lslam [syara'] - dengan konsekuensi-konsekuensinya sekali?

    c Kalau jenayah liwat itu suatu pelanggaran terhadap hukum syara', lalu mahu diapakan? Di-qishahkah, atau ditakzirkah, atau di-hududkan, atau sekadar dengan mukhalafat sahaja?

    d Mana-mana antara orang-orang di tempat kita ini yang meyakini 'keahlian' Yusouf Qaradawi, yang mengikuti pemikirannya, dan yang membaca kitab-kitab beliau, harap sudi memeberi penjelasan... [Lagi cantik kalau drp kalangan para peguam dan para juridis..]

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR