Dipetik dari blog : YB Zulkifli Nordin
.............................................................Teman nak tutup pesan ini dengan satu kisah benar, supaya sahabat-sahabat PAS tahu betapa liciknya Anwar dengan kelentong, temberang dan putarbelitnya.
Kisah ini berlaku melibatkan Almarhum Tun Ghafar. sebelum pemergian Almarhum. Anwar pada masa itu hendak meyakinkan kami termasuk teman bahawa UMNO menyokong dia, dan mahu bersama dengan dia. Dan untuk meyakinkan kami termasuk teman, Anwar memberitahu kami Almarhum Tun Ghafar beriya-iya meminta mahu berjumpa dengan Anwar secara rahsia dirumah, untuk meminta maaf dan untuk menyatakan sokongan kepada Anwar. Anwar kata walaupun dia marah dengan Almarhum Tun Ghafar, tetapi demi kesatuan Melayu dia sanggup membuang segala kesalahan Almarhum Tun Ghafar dan berjumpa dengan Tun. Kami semua agak terkejut kerana tidak terfikir ianya akan berlaku. Tetapi apabila mendapat maklumat sah bahawa memang akan ada perjumapaan diantara Anwar dengan Almarhum Tun Ghafar dirumahnya di Bukit Pantai (tak silap teman selepas raya puasa, mungkin raya ketujuh), kami termasuk teman termakan cerita Anwar.
Wamakaru wamakarallah, wallah hukhoirul maakiriin - pembohong merancang dan ALLAH merancang, dan rancangan ALLAH mengatasi segalanya.
Nak jadi cerita, ada seorang diantara kami terserempak dengan Sdr. Zahid Mat Arip, bekas Naib Ketua Pemuda AMK dan cucu Almarhum Tun Ghafar disebuah pasaraya. Maka kawan kami ni pun bersalam dan mengucapkan tahniah kepada Zahid kerana Almarhum Tun Ghafar sudah bertaubat dan mahu berjumpa dengan Anwar dan meminta ma'af kepada Anwar atas kesilapan yang berlaku dan akan menyokong Anwar. Siap nak berjumpa secara rahsia dirumah Tun di Bukit Pantai.
Merah padam dan menyinga marah lah Zahid. "Cilaka punya Anwar, bapak pembohong betul haramjadah ni!!". Siapa yang kenal Zahid tahulah mulut lazer dia. Zahid pun berceritalah kepada kawan kami ni apa sebenarnya berlaku. "Anwar yang mintak sangat nak jumpa Pak Ghafar bulan puasa ni. Katanya nak mintak maaf sebab kesalahan dia mengkhianati Pak Ghafar tahun 1993 dulu". Zahid memulakan cerita. "Jadi Anwar mintak sangat aku aturkan, dan dia sanggup kerumah Pak Ghafar di Bukit Pantai", tambah Zahid. "Jadi akupun jumpalah Pak Gahafar dan bagitahu Anwar nak jumpa ni, nak minta maaf pasal khianat tahun 1993 dulu. Atok ok ke?" tanya Zahid kepada Pak Ghafar. "Boleh percaya ke tu Zahid, Anwar ni banyak autanya, aku bukan tak tahu" sinis Pak Ghafar kepada Zahid. "Tapi kali ni dia betul-betul Atok, bersungguh dia minta, dia sanggup datang rumah Bukit Pantai ni jumpa Atok secara rahsia pun takpe, sebab dia tak mahu PM pandang serong kat Atok nanti (masa tu Pak Lah PM)".
Pak Ghafar pun sebagai orang tua yang sayangkan cucu, bersetuju. "Macam tu jumpa lepas raya ajelah, bulan puasa orang ramai kat rumah. Lepas raya pun biar lambatkan sikit, sebab awal-awal raya anak cucu semua datang. Buat raya ketujuh aje, orang pun dah takde". Begitu pandangan jujur Almarhum Tun Ghafar. Maka Zahid pun terus dengan gembira memaklumkan kepada Anwar persetujuan Pak Ghafar itu. Anwar punya gembira kata Zahid, sampai kata "tolong rahsiakan jangan sampai UMNO tahu, kita kena jaga Pak Ghafar tu".
Kawan yang mendengar pendedahan itu melopong mendengarnya dan menyampuk, "tapi Zahid, itu bukan apa yang Anwar bagitahu kami. Dia kata Pak Ghafar yang nak jumpa untuk mintak maaf, dan dia bersedia walaupun dia sebenarnya malas nak layan Pak Ghafar" dedah kawan kami yang mendengar cerita Anwar itu. Menyingalah Zahid, lalu dia suruh kawan tu telefon Anwar masa tu juga dan bila dapat cakap "kepala ... you lah Anwar, you suruh I atur you nak jumpa Pak Ghafar untuk mintak maaf, sekarang you cerita lain pada orang yang Pak Ghafar yang nak jumpa jumpa you dan nak mintak maaf serta menyokong you. Pigi jahanamlah you Anwar. You ni memang political animal lah, haiwan politik!!". Maki Zahid kepada Anwar lalu menghempas telefon.
Zahid terus menghubungi Almarhum Tun Ghafar dan menceritakan apa yang berlaku. Dan Tun Ghafar jawab, "dah agak dah tu, Anwar ni memang kaki kelentong". Dan kawan kita yang berjumpa Zahid tu menceritakan bagaimana dia dimaki oleh Anwar kerana menceritakan hal itu kepada Zahid. Dan kawan itu, seorang pemimpin kanan PKR hari ni dah pun keluar daripada PKR kerana menyedari kelentong dan putar belit Anwar. Siapa kawan itu, biarlah ia menjadi rahsia kami. Tapi Anwar tahu siapa yang dimaksudkan. Semoga ALLAH mencucuri rahmat kepada Almarhum Tun Ghafar.
Begitulah secebis kisah bagaimana mainan politik putar belit dan kelentong Anwar. Itu belum teman cerita macam mana Anwar kelentong Khairy Jamaludin sampai menantu Pak Lah tu datang kerumah Anwar dimalam selepas pembebasan dari penjara Sg. Buloh untuk menyerahkan paspot kepada Anwar, dan bagaiaman Anwar gunakan kedatangan Khairy itu sampai hari ni Khairy letih nak kena jawab. Kalau ada masa lain kali kita cerita pulak yop.
Apahal pun, teman berharap sangat supaya sahabat-sahabat didalam PAS, daripada kepimpinan parti, para ulama', ustadz dan da'i serta ahli akar umbi supaya janganlah terpedaya dengan mainan politik jijik, kotor dan penuh dengan kelicikan dan tipudaya ini. Kalau boleh boikot sahaja Konvensyen esok. Tapi kalau terpaksa pergi juga, jangan lupa dapatkan pengesahan, penjelasan dan komitmen terbuka Anwar, Kitsiang, Karpal Singh dan Wan Azizah tentang isu-isu yang teman kemukakan diatas.
Semoga ALLAH memelihara aqidah dan tauhid kita, dan menganugerahkan istiqomah kepada kita dalam perjuangan yang semakin mencabar ini. Segala yang baik datangnya daripada ALLAH, yang tidak itu kelemahan teman sendiri.
Wallahua'lam & Wassalam.
Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
12 Muharram 1432
18 Disember 2010
Oleh Zulkifli Noordin pada 11:04 AM
Penghuni Gua : Itu sifat sebenar DSAI. Kaki kencing, auta, dan temberang. Tengok muka pun tahu. Tak ada nur langsung. jauhlah nak dibanding dengan muka Tun Mahathir.
2. Kepada penyokong PKR , minumlah sepuasnya kencing pemimpin anugerah Tuhan anda. Tapi ingat ia bukan anugerah Allah. Anugerah Tuhan aje. Tu kak Jijah yang cakap.
3. Mengapa ye? Kak Jijah tak guna " pemimpin anugerah Allah sebaliknya gunakan pemimpin angugerah Tuhan. Dulu merekalah yang dok sibok pertahankan pengunaan kalimah Allah oleh Kristian?
4. Auta, tetap auta. Anak beranak dan sekeluarga auta. Pemimpin dan penyokong mereka pun kaki auta dan temberang.
5. Fikirkan pengundi muda. Fikirkan. Mudah aje kalau kita nak tahu kaki auta dan kaki temberang ini. Di atas tulah contohnya.
Nota : Nak baca lanjut tulisan ini sila KLIK di blog YB Zulkifli Nordin iaitu mengenai apa yang wajib ditanya dan diminta penjelasan oleh pemimpin PAS dari DSAI dan pemimpin PKR serta DAP semasa konvensyen pakatan haram ini hari ini dan esok. Sila KLIK.
wah..wah..wah.. makin 'laser' tulisan YB Zul Kulim, rasanye lepas ni byk lagi pembongkaran akan dibuat oleh YB berkenaan. Buat totok2 PR, fikirkan sejenak apakah berbaloi menyokong manusia maha peliwat dan maha pengencing tuh?? Rakan2 yg pernah menyokong anuaaw suatu masa dulu pun semakin ramai yg keluar dr parti nyawa2 ikan tu. Terbaru Joseph Pairin Kitingan dan Zaid Ibrahim yg dulu totok2 PR puja kononnya mereka adalah pejuang demokrasi, tp kini di caci2.
ReplyDeleteMasa akan menentukan byk lagi pembongkaran penipuan akan dibuat selepas ini, jgn pula nk kata UMNO yg 'beli' mereka suma. Kalu rasa tu semua pembohongan, cari siapa yg di maksudkan oleh Zul Kulim mengenai kawan Zahid Mat Arip yg ditemui di pasar mlm aritu. Biar dia yg sahkan cerita ni benar @ x..
Tp aku dh blh agak dh perangai totok2 PR ni memang xkan percaya punye sbb otak asyik kene kencing tiap2 ari sampai xde ruang utk bernafas ngan betoi.
Kah.. kah.. kah...
tu yb zul yg tulis. bekas penyokong tegar anwar. dia kena pecat sebab tindakan dia yg mengkritik pimpinan pr terutama bab penggunaan nama Allah. lepas kena pecat barulah keluar sikit-sikit bab buruk anwar ni. kalau masa dlm pkr, tak bunyi buruk anwar. tapi penyokong tegar pr ni susah mau ubah dia punya minda, rasanya ambil semua air laut basuh otak diaorang pun tak ubah sokongan kat pr terutama penyokong pas. berdoa kepada Allah swt agar terbuka minda mereka dan diberi cahaya untuk melihat kebenaran
ReplyDeletebukan kata air laut tak boleh cuci otak yang dah dikencinmg oleh dsai tu, campur air alut merah dan lau mati pun termasuk air empangan temenggor, empangan di kenyir pun tak cukup nak cuci otak peminum kencing ni.kencing peliwat mana senang nak dicuci
ReplyDeletekatak puru.
salam tuan rumah.. mohon dipautkan kepada blog tuan http://pantausblog.blogspot.com
ReplyDeleteterima kasih
Salam ziarah...
ReplyDeleteSebagai blogger baru, saya memohon kesudian tuan supaya dapat pautkan blog saya ke dalam laman blog tuan.
Kesudian tuan berbuat demikian saya ucapkan ribuan terima kasih…
Sekian.
salamsemua2010.blogspot.com
AGAKNYE ANWAR DI LAHIRKAN UTK JADI PEDAJAL. TU PSL JIJAH KATA DIA SATU ANUGERAH TUHAN. TUHAN MANE X TAU LAA HEHEH
ReplyDeletedapat ide baik ni.. dulu dia kata mahafiraun n mahazalim.. skrg terbongkarlah MAHALIWAT DAN MAHACING - kencing hancing..
ReplyDeleteItu statement dari YB Zulkifli Nordin, mari kita tengok pula statement dari empunya diri, siapakah manusia mahaliwat & maha kencing tu....
ReplyDeletehttp://www.youtube.com/watch?v=OgonIVu3KoE&feature=player_embedded
Salam,
ReplyDeletequote: "wamaraku wamakarallah, wallahu khoirul maakirin".."semoga Allah memelihara akidah & tauhid kita"
1 Dan Allah telah menetapkan hukum2-Nya, iaitu hukum syaraiah, yg WAJIB ke atas seluruh umat lslam menegakkan/ melaksanakannya sebagai ad-deen - sistem kehidupan - bagi mengatur seluruh aspek kehidupan mencakup undang2, tatacara bernegara, ekonomi, sosial dsb.
2 Lalu Dia menegaskan; TIDAK akan Dia terima sistem hidup selain sistem hukum syariat-Nya, bahkan di akhirat kelak sesiapa saja yg hidup di atas sstem yg selain sistem lslam akan masuk ke dlm golongan orang yg rugi [mafhum al-Quran].
3 Dan YB Zulkifli Nordin termasuk di kalangan Muslim yg ikut mendukung & melestarikan sistem kufur sekular-demokrasi-kapitalis ini; sistem warisan drp kafir [lord ried] yg belawanan dgn sistem hukum Syariah, sistem yang mencabar akal fikir, akidah & syariat lslam. Sedangkan inilah sistem perancangan drp kafir penjajah yg sedang brjalan di tanah air ini sekarang...
abu faiq
Pluralisme Agama : Ulama Seru Anwar Kembali Ke Pangkal Jalan
ReplyDeletePARA ULAMA MALAYSIA MENYERU DATUK SERI ANWAR IBRAHIM KEMBALI KE PANGKAL JALAN DAN MEMBERHENTIKAN SERUANNYA UNTUK MEMBAWA AJARAN PLURALISME AGAMA DI MALAYSIA.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, orang Islam yang berfahaman pluralisme agama iaitu mendakwa kesemua agama adalah sama baik dan sama benar adalah kafir dan murtad.
‘Pluralisme adalah haram. Kita mana boleh kata semua agama sama dengan Islam. Kalau orang Islam kata semua agama adalah sama dengan Islam, mereka yang berkata begitu adalah kafir.
”Dalam kitab dan hukum syarak telah menyebut mereka yang mengamalkan fahaman pluralisme dianggap sebagai kafir dan murtad,”, katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.
Pada 14 Disember lalu, Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady dalam kertas kerjanya menjawab pemikiran pluralisme Anwar di Wacana Membanteras “Gerakan Pluralisme Agama dan Permutadan Ummah” di Masjid Wilayah Kuala Lumpur berkata ajaran pluralisme bertentangan dengan Islam kerana berasal dari pemikiran falsafah John Hick.
“Sayu tidak terkira hati kita mengingatkan bahawa asalnya tokoh dakwah Islam yang berfikiran kebangsaan, menjadi aktivis dakwah, penerajunya, gerakan Islam (dengan pemikiran dipengaruhi Maududi, Hassan al-Banna, Syed Qutb, dan yang sepertinya), akhirnya menjadi pendokong aliran John Hicks dengan aliran pluralisme agama dengan implikasi-implikasi rohaniah terakhir”, kritik Uthman El-Muhammady yang menggambarkan perubahan pola pemikiran Islam Anwar dari fundamentalis kepada pluralisme
“Orang yang berkepercayaan seperti John Hicks dan yang sepertinya ini mungkin akan menjadi ‘lukewarm’ (semakin pudar) dalam keyakinannya, tidak lagi ia ‘minal-muqinin’ (dari orang-orang yang berkeyakinan) dari kalangan orang-orang yang yakin; mungkin akhirnya ia menjadi agnostic (ragu-ragu tentang kewujudan Tuhan), dijauhkan Allah, walaupun tidak disuarakannya. Pegangan seperti ini membawa kita terlintas persamaannya dengan golongan zindik (meyakini kekufuran atau atheis) zaman klasik ” kritiknya lagi
Felo Amat Utama, International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) itu menjawab ucapan Anwar di LSE, London yang bertajuk“Religion and Pluralism in a Divided World” pada 18 Mac lalu.
Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata Ahli politik yang menjadikan fahaman pluralisme agama sebagai senjata untuk menarik sokongan bukan Islam telah melakukan satu kesalahan yang amat besar kerana ia boleh merosakkan akidah.
Malah tindakan mereka itu jika dibiarkan boleh menyebabkan kedudukan Islam di negara ini terjejas kerana akidah yang selama ini menjadi tunjang serta asas kepada agama telah dimusnahkan.
“Saya bercakap bukan atas dasar sentimen tetapi atas dasar seorang Islam yang terlalu sayangkan agamanya. Saya tidak mahu Islam di Malaysia rosak akibat wujudnya pemimpin-pemimpin yang seperti ini.
“Tidak salah untuk menarik pengundi bukan Islam untuk menyokong mana-mana parti tetapi bukan ini caranya. Cara ini amat bahaya kerana ia amat berkaitan dengan persoalan akidah. Fahaman pluralisme agama boleh merosakkan akidah,” kata Nakhie yang juga bekas Yang Dipertua YADIM.
Timbalan Dekan Institut Pemikiran Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid pula menyeru Anwar kembali ke pangkal jalan dengan mengamalkan Islam seperti mana yang dibawa oleh Rasulullah.
”Anwar perlu kembali mengamalkan Islam seperti mana yang diamalkan penganut-penganut Islam lain tanpa perlu mengambil mana-mana fahaman lain kerana inilah ajaran Islam sebenar,” katanya.
‘Saya yakin umat Islam kita mampu berfikir secara rasional terutama jika melibatkan soal akidah dan pegangan agama,” katanya lagi.
http://www.youtube.com/watch?v=EZS4STzqZDc&feature=player_embedded
ReplyDeletekomenlah sepuasnye wahai abu faiq yg riak & sombong....
http://www.youtube.com/watch?v=zW6-uh3Jdj4
ReplyDelete