KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, bertitah bahawa sebarang suara yang mempertikaikan status Islam dan keistimewaan orang Melayu di negara ini adalah perbuatan yang tidak berasaskan sejarah serta bercanggah dengan Perlembagaan negara.
Baginda menegaskan jika perkara itu dilakukan di kalangan orang Melayu sendiri maka mereka itu sebenarnya telah melakukan penghinaan dan derhaka kepada bangsanya sendiri.
"Wasiat Raja-Raja Melayu adalah sebahagian daripada perjanjian yang menjadi landasan kepada penggubalan Perlembagaan Merdeka. Raja-Raja Melayu yang bersemayam di takhta pemerintahan pada hari ini bukan sekadar mewarisi takhta pemerintahan tetapi turut mewarisi tanggung jawab kepada agama dan bangsa, memastikan wasiat tersebut terus dijunjung.
"Umat Islam dan orang Melayu hendaklah jangan melakukan perbuatan mencurahkan air di tempayan kerana mendengar guruh di langit, takut-takut nanti umat Islam dan orang Melayu berakhir dengan keadaan yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran lalu berdagang di tanah sendiri, laksana ayam kelaparan di kepuk dan itik kehausan di air," titah baginda semasa merasmikan Majlis Sambutan Ma'al Hijrah peringkat negeri Perak di Dewan Kolej Islam Darul Ridzuan di sini hari ini.
Titah baginda, amat malang kepada agama dan bangsa apabila sejarah sebenar negara mahu dipadamkan dan fakta mahu diubah.
Baginda bertitah, jika ini dibiarkan, tidak ada maknanya lagi apabila bangsa di kemudian hari menghadapi sesalan kerana ketika itu telah terpinggir di bumi sendiri dan Islam dilihat sebagai satu pegangan serpihan.
"Barang dijauhkan Ilahi daripada berlaku...oleh itu wajib dijadikan pengajaran daripada peristiwa kejatuhan empayar dan sejarah keruntuhan pemerintahan Islam. Begitu juga kisah-kisah ketewasan tentera Islam dalam pelbagai peperangan...belajarlah daripada nasib malang yang telah menimpa umat terdahulu akibat daripada perpecahan," titah banginda.
Baginda menegaskan keistimewaan yang dinikmati umat Islam ini bukannya pipih datang melayang atau bulat datang menggolek kerana status agama Islam di negara ini mempunyai sejarah lama dan ketahanan umat Islam untuk tidak mudah dipesongkan daripada aqidah Islam adalah kerana telah dibina mekanisme secara perundangan untuk melindungi umat Islam daripada dipengaruhi oleh sebarang usaha dakyah.
"Sedarilah! Bahawa segala keistimewaan yang dimiliki oleh umat Islam di negara ini, adalah hasil daripada pemikiran yang dirumuskan secara strategik untuk memastikan bahawa umat Islam akan sentiasa dilindungi dan aktiviti Islam bukan sahaja dapat dikembangkan tetapi diberikan hak untuk mendapat pembiayaan negara," titah Sultan Azlan.
Baginda bertitah, keistimewaan yang ada ini diperoleh melalui hasil persepakatan dan penyatuan daripada segi prinsip perjuangan dan suara tuntutan umat Islam dari seluruh pelusok Tanah Melayu hingga mendapat pengiktirafan untuk dimaktubkan dalam Perlembagaan Negara.
Titah baginda, pencapaian tersebut melambangkan manifestasi satu perjuangan asas yang kudus lagi suci yang meletakkan Islam pada martabat yang tinggi dan melindungi umat Islam dari sebarang usaha pemesongan.
Demikian tahap kejayaan perjuangan yang dapat dicapai melalui perpaduan ummah iatu perpaduan yang tidak dipisahkan oleh sempadan negeri, ideologi, profesion, disiplin pengajian atau status sosial mahupun status ekonomi, titahnya.
"Keistimewaan akan hanya dapat dikekalkan jika keistimewaan itu terus dipelihara dengan prinsip dan asas perjuangan yang bersandarkan kepada sejarah bumi yang dipijak dan salahsilah langit yang sedang dijunjung," tegas baginda.
............................................................................................ - BERNAMA . Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua : Ingat semua Melayu. Kita bukan perkauman dan nak ambil hak bangsa lain. Kita hanya menjaga dan pertahan hak kita yang termaktub dalam perlembagaan. Tak salah jadi Melayu dan tak berdosa pun untuk membangga menjadi bangsa Melayu dan beragama Islam lagi.
2. Lain lah kalau golongan yang akan meliwati semuanya untuk kepentingan diri mereka. Ada peluang mereka akan liwat semuanya. Asal sedap aje mereka balun tak kira halal haram atau haram halal. Liwat tetap liwat. Mereka ini pengkhianat bangsa. Mereka semua keturunan raja mendeliar semasa zaman Melaka dulu. Kerjanya menjahanamkan negeri sahaja . Janji hajatnya tercapai.
3. Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku!!!!!
Pandainnya orang Melayu sehingga dapat memperdayakan British sehingga Raja Melayu bukan satu malahan 10. Raja Melayu, agama dan budaya orang Melayu tidak dapat dihapuskan penjajah baik ditanah Melayu mahupun di Borneo sedangkan DiBurma, China, India dan banyak tempat lagi, semua raja-raja itu dihapuskan.
ReplyDelete"Baginda menegaskan keistimewaan yang dinikmati umat Islam ini bukannya pipih datang melayang atau bulat datang menggolek kerana status agama Islam di negara ini mempunyai sejarah lama dan ketahanan umat Islam untuk tidak mudah dipesongkan daripada aqidah Islam adalah kerana telah dibina mekanisme secara perundangan untuk melindungi umat Islam daripada dipengaruhi oleh sebarang usaha dakyah."
"Sedarilah! Bahawa segala keistimewaan yang dimiliki oleh umat Islam di negara ini, adalah hasil daripada pemikiran yang dirumuskan secara strategik untuk memastikan bahawa umat Islam akan sentiasa dilindungi dan aktiviti Islam bukan sahaja dapat dikembangkan tetapi diberikan hak untuk mendapat pembiayaan negara," titah Sultan Azlan.
Baginda bertitah, keistimewaan yang ada ini diperoleh melalui hasil persepakatan dan penyatuan daripada segi prinsip perjuangan dan suara tuntutan umat Islam dari seluruh pelusok Tanah Melayu hingga mendapat pengiktirafan untuk dimaktubkan dalam Perlembagaan Negara.
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Agung memberkati Tanah Melayu dan Raja-Raja Melayu. Rahmat bahagia Tuhan Kurniakan, Raja kita, selamat bertakhta.
Raja raja melayu ada lah lambang org melayu masih ada dimalaysia ni dan ugama islam itu sendiri yg masih berkembang dimalaysia ni sekira nya tiada raja raja melayu yg menjaga kepentingan org melayu itu sendiri apa kan jadi pada org melayu dan islam di negara ini bukan kita perkauman itu telah tertulis didalam perlambagaan negara yg tidak bolih di padam olih sesiapa pun sekira nya 9 raja raja melayu tidak menyatujuinya jangan lah kita rakyat biasa hendak pertikai ketuanan melayu bangsa lain akan betepuk bersorak melihat gelagat org melayu yg pertikai hak org melayu itu sendiri org org politik tahu akan hal ini tapi cuba diputar belit mereka ingat anak anak muda buta sejarah muking ahli politik yg buta sejarah sebab itu mereka semua persoal hak mereka sendiri kalau sudah jemu jadi warga negara malaysia sudah jemu jadi tuan dinegara sendiri dipersilakan anda yg tidak mahu negara ini di perintah olih org melayu keluar dan cari lah negara yg tiada org melayu dan raja raja melayu dalam dunia ini.
ReplyDeleteMEMANG BETUL DAN TEPAT APA YG DITITAHKAN OLH BAGINDA SULTAN ITU...MEMANG HAK KEISTIMEWAAN MELAYU ADALAH HAK MELAYU..
ReplyDeleteTAPI ADA PIHAK YG MENJADIKAN SLOGAN ITU SBG ALAT UTK MENJADIKAN HAGEMONI POLITIK BERTERUSAN DEMI KUASA DAN HARTA...LAGI CELAKA...DARI ORG YG MEMPERSOALKAN KEISTIMEWAAN MELAYU YG DISALAHGUNAKAN OLH PIHAK2 TERTENTU...SIAPA PIHAK TERTENTU ITU? SIAPA LG KALAU BUKAN UMNO...
betul tu...tapi rasanya raja melayu pun banyak jadi ali baba...
ReplyDeletecuba la penulis buat sikit homework...
tengok la mana2 syarikat yg mana raja2 melayu ada kepentingan...sapa sebenarnya tauke kat belakang...
ada raja dan keistimewaan melayu pun... kini melayu macam rasa dah terancam,termiskin,terdedah,terdadah,dan banyak lagi ter....fikirkanlah jika tiada istimewanya lagi melayu
ReplyDeleteBETUL BRO 20:21 DAN 20:31
ReplyDeleteDALAM NEGARA MALAYSIA, KE SEMUA NEGERI ADA RAJA2 MELAYU...NAMUN YG PELING JELEK SEKALI ADALAH ORG MELAYU YG PEMIMPIN DAN RAJANYA MELAYU....LIHAT BUKTI DI SEKELING ANDA...SEMUA ADA, PENAGIH DADAH, PELACUR, BOHSIA, BUANG BAYI, MISKIN, DLL...MAKIN RAMAI MELAYU YG ROSAK...WALHAL RAJANYA MELAYU...
CUBA LIHAT REKOD TENTANG RAJA, KEHIDUPAN DAN KELUARGA MEREKA...!!!
LIHAT BUKTI DI SEKELING ANDA...SEMUA ADA, PENAGIH DADAH, PELACUR, BOHSIA, BUANG BAYI, MISKIN, DLL...MAKIN RAMAI MELAYU YG ROSAK TERUTAMANYA DIKELANTAN... WALHAL MB-NYA KONONNYA TERLALU ISLE...
ReplyDeleteHA, CUBE TENGOK BETOI2... Kah.. kah.. kah...
Bagaimana nak martabatkan agama islam bila orang melayu sendiri berpecah belah dalam agenda agama, budaya dan ekonominya?
ReplyDeleteMaka faham baik-baik apa yang DYMM Sultan Azlan Shah sebutkan.
Gua no komen, lantak lu lah orang Melayu. Gua rakyat 1Malaysia. Tak caya lu boleh tanya PM sekarang.
ReplyDeleteSultan Perak tegur Melayu pertikai status keistimewaan
ReplyDeleteUmat Islam dan orang Melayu hendaklah jangan melakukan perbuatan mencurahkan air di tempayan kerana mendengar guruh di langit, takut-takut nanti umat Islam dan orang Melayu berakhir dengan keadaan yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran lalu berdagang di tanah sendiri, laksana ayam kelaparan di kepuk dan itik kehausan di air," titah baginda semasa merasmikan Majlis Sambutan Ma'al Hijrah peringkat negeri Perak di Dewan Kolej Islam Darul Ridzuan di sini hari ini.
Salam kpd pembaca terutamanya dari UMNgOk.Berikut saya sertakan beberapa fakta sejarah mengenai penderhakaan Umno kpd raja-raja melayu. Dalam fakta ini saya tidak boleh mengingati tarikhnya dengan tepat.akan tetapi insyaAllah kepada semua pembaca yang mengikuti dengan rapat perkembangan politik tanahair sejak dari tahun 80an lagi akan ingat peristiwa-peristiwa ini semua. Kita sebarkan agar generasi muda sekarang tahu akan siapa sebenarnya Umno ini.Saya susun mengikut negeri-negeri.
ReplyDeleteBhg. 1
Kelantan : Tan Sri Mohammad Mohammad Yaacob Menteri Besar Kelantan pada era pemerintahan BN di Kelantan (1978-1990) sentiasa lari ke Kuala Lumpur apabila ada majlis rasmi di istana di Kelantan. Ini adalah kerana beliau sentiasa tidak sebulu dengan Tuanku Sultan Kelantan. Dato'Annuar Musa pernah pada sekitar tahun 90an dahulu ketika krisis imuniti raja-raja melayu meledak,telah menabalkan Tengku Ibrahim (kalau tidak silap saya sepupu kepada Tuanku Sultan Kelantan) sebagai Sultan Kelantan yang baru.Majlis pertabalan itu telah disempurnakan di bawah sebatang pokok gajus di sebuah padang sekolah di Kelantan. Ini kerana beliau ingin menunjukkan kuasa beliau kepada rakyat dan Tuanku. Namun segalanya gagal malah beliau pula didakwa terlibat dengan kes kehilangan wang PPRT yang sehingga sekarang masih menjadi misteri. Tun Mahathir pula pernah cuba memalukan Tuanku dengan penyiarkan berita beserta gambar oleh akhbar-akhbar utama negara tentang Tuanku yang dikatakan telah melarikan kereta Lamborghini Diablonya dari simpanan kastam.Peristiwa ini juga berlaku pada ketika kemuncak krisis imuniti raja-raja melayu. Dalam satu Persidangan Agung Umno,kalau saya tidak silap Dato'Alwi Che Ahmad (Ketua Penerangan Umno Kelantan sekarang) telah melafazkan kata-kata berikut kepada Tuanku "Raja Adil Raja Disembah,Raja Zalim Raja Disanggah"sebagai amaran kepada Tuanku agar tidak mencampuri urusan politik di Kelantan.
Negeri Sembilan : Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sebelum perlantikan baginda kejawatan Yang Di-Pertuan Agong juga telah dimalukan oleh Tun Mahathir dengan penyebaran berita bahawa baginda menyimpan minuman keras di istana beliau.Hal itu juga disebarkan oleh seluruh akhbar utama negara ketika krisis imuniti raja-raja melayu sedang berlaku.
Selangor : Menteri Besar Selangor ketika itu Tan Sri Mohd Taib telah melukakan hati Almarhum Sultan Selangor iaitu Sultan Sallahuddin Abdul Aziz dengan "kisah" beliau dengan puteri Tuanku (Ku Yah). Sehinggakan dalam satu siaran berita apabila ditanya wartawan tentang suatu perkara berkaitan dengan menteri besarnya ketika itu,Tuanku menjawab "Kalau bagi kat Mamat tu habislah dengan-dengan saya kena pindah kat Pulau Ketam"Jawapan itu cukup menyerlahkan kekecewaan baginda kepada Tan Sri Mohd Taib yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Selangor pada masa itu. Pahang : Walaupun Tuanku diketahui ramai bahawa Tuanku adalah seorang penyokong kuat Umno dan BN akan tetapi sokongan itu tidak bermakna bagi Tun Mahathir ketika krisis imuniti raja-raja melayu kerana baginda juga tidak terlepas dari dimalukan oleh Tun Mahathir. Baginda digambarkan sebagai seorang sultan yang mempunyai harta kemewahan yang melampau dan membazir kerana baginda mempunyai kapalterbang peribadi pada ketika itu.Disiarkan juga kepada seluruh rakyat kapalterbang baginda itu.
Perak : Tuanku Sultan Azlan Shah,sultan yang tercerdik dan terpintar yang lahir dikalangan sultan-sultan yang sezaman dengan baginda.Baginda adalah bekas hakim dan diangkat menjadi sultan setelah kemangkatan sultan Perak Raja Idris Syah dan Raja Muda Perak yang tarikh kemangkatan kedua-duanya adalah hampir jaraknya. Ketika itu baginda menjadi Raja Dihilir Perak.Oleh kerana kecerdikan bagindalah maka Tun Mahathir rasa tercabar dan ingin menghapuskan imuniti raja-raja melayu ketika itu.Pelbagai cara jahat digunakan untuk menundukkan Tuanku dan akhirnya Tuanku mengaku kalah dan tunduk kepada Tun Mahathir.
Bhg. 2
ReplyDeleteJohor : Baginda juga menerima nasib yang sama seperti Tuanku Sultan Pahang iaitu seorang yang kuat menyokong Umno.Akan tetapi amat malang sekali kerana baginda juga termasuk dalam senarai sultan yang dimalukan Mahathir. Pelbagai skandal dan cerita dikeluarkan oleh Umno yang diketuai oleh Tun Mahathir tentang baginda.Ini termasuklah juga kisah anakanda Tuanku,Tengku Majid yang ketika itu mewakili pasukan hoki Johor di SUKMA 92 telah memukul penjaga gol pasukan Perak selepas perlawanan. Berita itu disensasikan sebegitu rupa.Memang ianya satu kesalahan,akan tetapi jika tidak kerana krisis imuniti raja-raja ketika itu,adakah kisah itu akan disebarkan?atau sekadar didiamkan seperti kisah Prebet Adam? Kerana tekanan Umno jugalah maka Pasukan Timbalan Setia Negeri iaitu pasukan askar peribadi Tuanku dibubarkan.
Terengganu : Almarhum Tuanku Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Syah telah diugut oleh Mahathir untuk diturunkan dari tahta dengan menggunakan Tengku Ali.Tengku Ali telah mengemukakan tuntutan di mahkamah agar dikembalikan kuasa sultan kepadanya yang mana didalam dakwaannya pemecatan beliau sebagai sultan pada zaman pemerintahan Jepun adalah tidak sah.Sehingga beberapa sesi perbicaraan berjalan,kes itu kemudiannya digugurkan oleh mahkamah.
Begitulah antara beberapa kisah dan senarai penderhakaan Umno kepada raja-raja Melayu.Bagi yang tidak tahu tentang krisis imuniti raja-raja,ianya bermula kerana ada beberapa akta yang tidak persetujui oleh yang Di-Pertuan Agong yang mana ketika itu Agong mempunyai kuasa untuk menolak akta yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dek kerana tercabar dengan kebijaksanaan Sultan Azlan Syah (Agong ketika itu) maka Tun Mahathir telah memaksa semua raja-raja melayu menandatangani akta yang menyatakan bahawa setiap akta yang telah dipersetujui di Dewan Negara dan juga enakmen yang dipersetujui di Dewan Undangan Negeri akan digazetkan selepas beberapa tempoh walaupun tidak ditandatangani oleh Agong dan sultan. Hanya Kelantan dibawah kekuasaan PAS satu-satunya negeri yang mempertahankan kedaulatan raja-raja melayu walaupun Umno yang menguasai negeri-negeri lain ketika itu mengaku bahawa dialah juara dalam mempertahankan bangsa melayu.
Demi untuk mencapai maksud itu,maka Tun Mahathir telah menggunakan segala ugutan-ugutan yang saya nyatakan diatas kepada raja-raja melayu. Pada ketika itu jugalah RTM dan TV3 iaitu dua pemutar belit utama Umno telah menyiarkan dengan banyaknya cerita-cerita perihal raja-raja melayu yang mana kesemuanya berkisar tentang kezaliman raja-raja melayu. Antara yang sempat saya ingat ialah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.Cerita ini pada waktu itu telah disiartayang beberapa kali dalam jarak masa yang dekat.
Demikianlah dahsyatnya kelakuan Umno sekiranya mereka tidak mendapat apa yang mereka kehendaki maka akan mengamuklah mereka dengan gilanya. Maka satu perkara yang amat penting bagi kita semua ketika ini,ialah kita seharusnya sedar bahawa Umno adalah penderhaka kepada raja-raja melayu yang tiada tolok bandingnya.
Read more: http://wartawansukarela.blogspot.com/2010/09/sejarah-penderhakaan-umno-terhadap-raja.html#ixzz17VxG7CL9
Umno penderhaka agung
ReplyDeleteJika Umno tidak diserang penyakit mudah lupa, parti tsbt patut malu utk bermain isu derhaka. Kerana apa? Kerana Umno sendiri "penderhaka par excellence" (penderhaka agung).
Bagaimanakah pemimpin Umno spt Muhammad Taib dgn tidak malu menuduh Nizar sbg penderhaka sedangkan beliau adalah "kepala penderhaka" apabila dgn sanggup melarikan anak Raja.
Siapakah yang tergila-gila sanggup berarak mbawa Tengku Ibrahim dr K.Lumpur ke K.Bharu bagi menggantikan Sultan K'tan? Kalau bukan penderhaka Umno.
Siapakah yang telah mewujudkan krisis Perlembagaan pada tahun 1983 kalau bukan Umno. Kerakusan Umno mempertahankan kuasa telah mendorong Umno mencadangkan satu pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi meminda peruntukkan yang berkaitan dengan kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja serta kuasa Yang DiPertuan Agung untuk mengisytiharkan darurat.
krisis perlembagaan 1983
Pindaan yang dkemukakan pada pertengahan tahun 1983 diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara tetapi Yang di-Pertuan Agong enggan menandatangani rang undang-undang Perlembagaan (Pindaan 1983) tersebut setelah baginda berbincang dengan raja-raja yang lain.
Pindaan Perlembagaan 1983 tersebut bukan sahaja mewujudkan krisis perlembagaan tetapi buat kali pertamanya selepas Merdeka raja-raja dan pemimpin kerajaan yang dikuasai oleh Umno mengadakan rapat umum untuk menghentam raja-raja. Rapat umum yang dianjurkan oleh Umno telah meletakkan kedudukan raja dipandang hina masyarakat awam.
Tidak cukup menghina raja-raja pada tahun 1983, Umno sekali lagi dengan rakus bertembung dengan raja-raja pada tahun 1990. Pertembungan tersebut berlaku selepas Umno kalah teruk di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1990. Mana-mana orang yang tidak buta sejarah seperti pemimpin Umno tentu tidak dapat melupakan bagaimana Perhimpunan Agung Umno pada tahun 1991 menyaksikan kritikan-kritikan yang pedas, tajam, kurang ajar dan tidak beradab terhadap raja-raja Melayu.
Pihak istana Kelantan dibidas dengan terbuka dan dituduh bertanggungjawab terhadap kekalahan calon-calon BN di tangan calon-calon Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Bukan sahaja Sultan Kelantan dibidas dengan tajam dan pedas, raja-raja lain turut menjadi bahan kritikan dengan pelbagai tuduhan seperti menyalahgunakan kedudukan untuk mendapat kelebihan dan peluang perniagaan, mencampuri hal ehwal pentadbiran dan sebagainya (lihat Far Eastern Economic Review 28/11/1991 m.s. 13).
Semasa krisis itu juga, media-media massa tajaan Umno membangkitkan kembali krisis beberapa orang Sultan dan Menteri Besar Umno seperti yang berlaku di Perak pada tahun 1997; (Tan Sri Ghazali Jawi enggan meletak jawatan apabila diperintah oleh Sultan Perak mendorong baginda enggan bercukur jambang sehingga Menteri Besar tersebut meletakkan jawatan); dan di Pahang pada tahun 1979 (membabitkan Datuk Rahim Abu Bakar).
juara menderhaka
Kalau tidak cukup bukti-bukti di atas yang secara jelas menunjukkan Umno sebagai juara menderhaka kepada raja, saya ingin membawa para pembaca pula kepada pindaan Perlembagaan tahun 1993.
Pindaan Perlembagaan tahun 1993 melibatkan isu cubaan Umno untuk menghapuskan imuniti raja-raja. Keputusan Majlis Raja-Raja yang meminta masa untuk mengkaji cadangan pindaan tersebut tidak disenangi oleh Umno. Apa yang berlaku selepas itu seperti mana yang diketahui umum; media-media massa yang dikawal oleh Umno menyiarkan kenyataan tidak bersopan dan beradab beberapa orang Menteri yang mendedahkan apa yang didakwa sebagai salah laku raja-raja dan anggota kerabat Diraja tertentu.
mengaibkan raja-raja
Sekali lagi Umno mengulangi taktik mengaibkan raja-raja seperti mana yang dilakukan semasa krisis Perlembagaan tahun 1983.
Sebenarnya Umno penderhaka kepada sultan di negara ini spt beberapa peristiwa yang tercatat...
ReplyDelete1. Pengasas Umno Dato’ Onn Jaafar dibuang drp istana Johor pada 1920, dan bawa diri ke Spura krn kritik Sultan atas isu harta.
2. 1974 Tan Sri Gahzali Jawi (bapa Dato’ Seri Tajul Rosli) yg tak mahu letak jawatan MB Perak, walaupun perjanjian asal dia pegang 2 tahun saja. Bila sampai masanya dia tidak lepas jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang, selagi Ghazali Jawi tidak letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya. Tiba-tiba Tajul Rosli kata Umno tidak pernah derhaka tidak pernah ucap macam Nizar.( UM 12/2/09). Tindakan bapanya kpd Sultan Perak apa maknanya.
3. 1979 - Kes Dato’ Rahim Bakar bekas MB Pahang yg berselisih dgn Sultan pahang. Media pro Umno mengkritik sultan secara terbuka.
4. 1983 Umno hendak meminda kuasa YDP Agong mengenai pengistiharan dharurat dikurangkan maka Umno membelasah Raja-Raja Melayu kerana menolak cdgan tsbt.
5. 1991 dlm Psidangan Agung Umno (PAU), Sultan Kelantan dihentam secara terbuka krn punca Umno kalah di Ktan.
6. Dalam PAU pwakilan Umno meminta harta raja disiasat, berita ini dilaporkan oleh U.Malaysia m/surat depan. Ini bukan derhaka?
7.Satu demontrasi & hantar memorandum kpd Sultan K'tan dibuat oleh pemimpin Umno K'tan. FRU tidak tembak gas? Ini bukan derhaka?
8. 18hb Jan 1993 - Pindaan Perlembagaan Persekutuan yg membolehkan raja di bawa ke mahkamah.Bila Raja-Raja Melayu minta tangguh pindaan ini, media KERAjaan mengkritik secara terbuka salah laku raja.
9.Rapat umum haram Umno diadakan di A.Setar, B.Datoh, Seremban, B.Pahat, Melaka utk menunjuk sokongan pd Mahathir dan mengecam raja-raja Melayu.
10.Sebab itu Ku Li dgn sinis menyatakan “Mana satukah yg lebih merbahaya Pindaaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat pd sultan Perak pd 6/2/09. Beliau tidak bersetuju dgn tindakan Karpal saman Sultan Perak, ttpi beliau menyatakan Karpal membuat perkara yg dibenarkan oleh perlembagaan yg pemimpin Umno yg beri laluan pd tahun 1993. (Star On Line 17/2/09). Tiba-tiba skrg Umno menjerit marah kpd Karpal. Sepatutnya org Umno kena buat demo depan pejabat Umno. Saya yakin hak yg pergi demo itu memang zero IQ, yg tidak sedar bahawa pemimpin merekalah yg menjatuhkan martabat raja sehingga boleh dibawa ke mahkamah.
11.Peristiwa pertabalan Tku Ibrahim Inderaputera utk ganti Sultan Ismail Putera 29hb April 1993 di Ketereh K'tan oleh Dato’ Anwar Musa . Ini lagi memalukan, apakah ini bukan derhaka atau kurang ajar namanya?
12.Kenyataan biadab ShahdanKasim bekas MB Perlis mengatakan “ Sultan K'tan skrg tidak layak menduduki takta dia ada bukti” (BH 11hb Jun 1993.)
13.Dato’ Mohd Mohd Taib kata Nizar derhaka, Dia lupakah yg dia bawa lari KuYah (puteri Sultan S'gor kahwin lari sampai Sultan murka). Ini bukan derhaka?.
14. 23 drp 24 ADUN T'ganu ugut boikot angkat sumpah Dato’ Mohd Said slepas PRU 2008 dan buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Idris Jusuh jadi MB. Penyokong Umno pula kata "Kami mahu Deris, Natang" kat Sultan/Agong. Knapa polis tidak tangkap mrk yg demo dan hina sultan. Apakah pihak polis buta sampai tidak tahu siapa yg pegang kain rentang yg menghina sultan. Kenapa polis tangkap mereka yg demo di depan istana Kuala Kangsar
15. Shahidan Kasim boikot perlantikan Dr Isa Sabu sbg MB Perlis , bukankah ini derhaka namanya.
Skrg jelas siapa penderhaka sebenarnya di negara ini. Jawabnya tentulah pemimpin Umno . Pemimpin Umno hanya guna istana utk talian hayat mrk saja. Mrk bukan jujur, merekalah yg menjatuhkan martabat raja Melayu.
sumber: blog Ustaz Idris Ahmad
anon yang pertikai DYMM dan perangai tu perlu faham. ia bukan berkenaan diri DYMM Sultan peribadi tetapi irtu institusi. bukan badannya secara peribadi. pindaan itu untuk mengawal perilaku DYMM. Untuk kebaikan bagi memelihara institusi . itu yang dilakukan oleh tUN mAHATHIR. ITU PERLU KITA FAHAM.
ReplyDeletebetol tu en. arif...mahathir tu mengawal perilaku bukannya nak menjahanamkan institusi itu...kalau kau nak selak yang salah sampai kiamat tak habis mamat oii....kau tahu tak kenapa sahidan kassim boikot perlantikan Dr isa sabu.....enko sendiri pun tak tahu..kalau perkara tu jadi kat kau...kau nak buat apa....
ReplyDelete"anon yang pertikai DYMM dan perangai tu perlu faham. ia bukan berkenaan diri DYMM Sultan peribadi tetapi itu institusi. bukan badannya secara peribadi. pindaan itu untuk mengawal perilaku DYMM. Untuk kebaikan bagi memelihara institusi . itu yang dilakukan oleh tUN mAHATHIR. ITU PERLU KITA FAHAM."
ReplyDeleteArif Omar,
nak terkencing aku dengar hujah kau,
nasib baik dapat tahan.
dr. Madey al-Kuty membuat pindaan untuk mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu, bukan ingin menjaga perilaku DYMM. Pindaan tersebut tiada kait mengait dgn perilaku DYMM.
Pendedahan perilaku DYMM yg negatif secara meluas melalui media massa, yang dilakukan oleh pemimpin UMNO pada masa tersebut, adalah untuk mempengaruhi org melayu supaya menyokong UMNO membuat pindaan tersebut. Namun pendedahan ini jelas menghina DYMM dan menjejaskan rasa hormat rakyat kepada DYMM.
Pada masa tersebut, UMNO tidak sedikit pun merasa hormat kepada institusi Raja-Raja Melayu. Hanya Parti Melayu S46 yg dipimpin UMNO bangkit membantah cara laku UMNO menghina DYMM.
Peristiwa ini adalah bukti jelas bahawa UMNO bukan sebuah parti yang boleh dipercayai oleh orang Melayu untuk menjaga insitusi Raja-Raja Melayu, bahkan UMNO akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kuasanya.
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!
PeningPilKuda...
ReplyDeleteAku plak nak terberok dengo hujah si PG ni!
Aku setuju dgn mu... dan kenyataan Penderhakaan UMNgOk terhadap Institusi KeSultanan dan Raja-raja oleh Anon-anon kat atas.
Keeelas gitu... lepas ni, PG dah segan nak naik kuda, kene plak nko dah curi pil kuda PG.
Madey al-Kutey rasa mase tu dah beRaja dihati berSetan dimata.... tu yg hilang hormat kat Raja-raja Melayu... terasa hebat jadi Raja Mendaliar.
heran ada jugak org melayu yang setuju dan ikut cakap dap komunis celaka yg nak melingkupkan bangsa melayu. dia tak ttau dia kena juai sekupang je. dap pkr celaka berjaya memecah belahkan org melayu. kalau melayu berpecah sapa untung .... juga untung fikirlah masa depan anak cucu cicit kita itu pun kalau bukan jenis aljuburi kalau aljuburi mana nak dapat anak
ReplyDeleteTak payahlah berdebat tentang perkara yang dah jelas dan sudah disepakati. Kalau sesiapa tanah hak, buat surat pelepasan hak dan hantar kepada YDPA dan salinan kepada Yang diPertuan negeri masing-masing - habis cerita. Hak orang lain, jangan nak persoalkan dan dijadikan isu politik.
ReplyDeletehttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/KedaulatanMelayulebihsesuai_/Article/
'Kedaulatan Melayu lebih sesuai'
Oleh Mohd Zin Ali
mdzin@bharian.com.my
2010/12/09
Sultan Johor gesa orang Melayu muhasabah
“Apabila British memberikan kemerdekaan kepada negara ini, mereka menyerahkan semula Tanah Melayu kepada tuannya iaitu Raja-Raja Melayu dan rakyatnya.
“Awal sebelum kedatangan British dan sebelum kedatangan mana-mana bangsa ke negara ini, telah wujud tuan kepada tanah ini iaitu Raja-Raja Melayu dan rakyatnya.
“Sejak dulu lagi, ketika negeri Melayu belum dijadikan Persekutuan, Raja-Raja Melayu dan rakyatnya menerima orang luar sebagai tetamu dan memberikan mereka ruang mencari rezeki serta bersama membangunkan Tanah Melayu.
“Apabila sudah menjadi Persekutuan, hak kaum lain terus dijaga dan dihormati serta dijamin Perlembagaan,” titah baginda ketika merasmikan Multaqa Ulama Darul Ta’zim di Pusat Persidangan Antarabangsa Persada Johor di sini, semalam.
Kalau sesiapa tak mahu lagi haknya, buat surat pelepasan hak individunya dan hantar kepada YDPA dan salinan kepada Yang diPertuan negeri masing-masing - habis cerita. Datin Wan Azizah, anaknya dan mereka-mereka yang sewaktu dengannya dipersilakan buat surat perlepsan hakn individuya kalau betul - jangan dok cakap saja. Hak orang Melayu jangan nak persoalkan dan dijadikan isu politik - itu untuk orang Melayu dan Raja-Raja melayu fikirkan.
ReplyDelete