Semakin ramai yang angin satu badan dengan sikap kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang buat-buat bodoh dalam isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang menimbulkan kontroversi.
Ini kerana dah terang-terang sudah tertulis dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, bahawa kuasa Sultan adalah untuk memperkenan melantik Menteri Besar dan Jemaah Exco. Jemaah Exco itu termasuklah SUK, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang negeri.
Sebab itu Pengerusi Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) Hamizun Khairuddin berkata ‘regim’ Khalid Ibrahim ini cuba mempolitikkan segala-galanya dalam menguruskan pentadbiran di negeri tersebut.
“Isu perlantikkan SUK Datuk Khusrin Munawi pula hendak dipolitikkan oleh mereka. Apa kuasa MB ? Adakah lantik SUK itu kuasa MB ? Undang-undang mana yang perlu diikut dalam soal perlantikan ini?,” kata beliau kepada Agendadaily petang Khamis.
Menurutnya, undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, dengan jelas disebut antara kuasa Sultan adalah untuk memperkenan melantik MB dan Jemaah Exco.
“Jemaah Exco itu termasuklah SUK, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang negeri. Ketiga-tiga pegawai kanan Pentadbiran negeri ini merupakan ahli Exco (Ex Officio) kepada Jemaah kabinet negeri yang disebut Exco itu,” kata beliau yang juga merupakan seorang peguam.
Menerangkan lebih lanjut, kata Hamizun, dalam undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 itu juga secara khusus dinyatakan SUK harus dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan.
“Suruhanjaya di sini bermaksud Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Walaupun perkataan "awam" tidak ada disebut, namun ia membawa maksud SPA kerana jawatan SUK itu adalah jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) kanan.”
“Jawatan PTD kanan ini lahir melalui sistem SPA. Ia juga amalan lazim yang sudah diterima sebagai konvensyen kaedah pelantikan SUK di Selangor yang mewarisi sistem pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu.”katanya.
Menurut Hamizun, perkara mustahak yang orang ramai perlu tahu adalah Menteri Besar tidak mempunyai kuasa ke atas pelantikan tersebut.
“Perkenan dan makluman MB tidak perlu diminta. Lantik, perkenan atau maklumkan kepada MB memang tidak disebut dalam undang-undang tubuh Kerajaan Negeri.
“Adakah MB boleh tubuhkan Suruhanjaya ? Jawapannya tidak kerana Suruhanjaya perlu diluluskan oleh Parlimen dengan kelulusan Undang-undang.”
“MB juga tidak ada kuasa di bawah Undang-undang negeri untuk menubuhkan Suruhanjaya,” katanya
Katanya, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim "bermain pondok-pondok" dengan mewujudkan "panel" menemuduga bakal SUK.
“Lawak sungguh. Apa dia fikir nak lantik SUK ini macam nak lantik ketua kampung JKKK ke?” katanya ketawa.
Menurut beliau, yang perlu diminta perkenan adalah Sultan, kerana baginda diberi kuasa demikian untuk melantik MB dan Jemaah Exco seperti mana yang disebutkan awal ini.
“Oleh yang demikian mempertikai perkenan Sultan merupakan penderhakaan kepada Institusi Beraja yang sekian lama terlaksana di negeri Selangor ini.”
Jelas beliau lagi, kisah pertikaian perlantikan SUK ini bukan pertama kali berlaku di negeri Selangor.
“Di zaman pemerintahan BN dan semasa Sultan Abd Aziz Shah menjadi Sultan, baginda juga pernah tidak memperkenan perlantikan seorang SUK, yang akhirnya calon SUK tersebut digantikan dengan orang lain,” ujarnya.
Menurut Hamizun, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 merupakan undang-undang yang dinobatkan berpandukan pelbagai dokumen yang mengikat zaman-berzaman.
“Undang-undang ini akan terus mengikat sesiapa sahaja yang menjadi pembesar dan pemerintah di Selangor ini,” jelas beliau.
Kesimpulannya terang Hamizun, Baginda Sultan Selangor tidak mencampuri urusan pentadbiran negeri, seperti yang digembar-gemburkan oleh juak-juak pakatan pembangkang.
“Baginda cuma melaksana kuasa yang diberikan oleh Undang-undang, agar pentadbiran negeri berjalan dengan lancar, baik dan aman untuk kepentingan rakyat jelata,” katanya. Bacaan lanjut : KLIK
MEMANG LAH SULTAN MEMPERKENAN PELANTIKAN TERSEBUT...TAPI SULTAN HANYA MEMPERKENANKAN PELANTIKAN ITU SETELAH NAMA2 ITU DICADANGKAN OLH MB/KM KPD SULTAN...BUKAN KAH MB/KM/PM PENASIHAT SULTAN/RAJA/AGONG...
ReplyDeleteKALAU MCM TU BIARLAH AGONG SENDIRI YG LANTIK PM/MENTERI TANPA PM USULKAN NAMA2 JEMAAH MENTERI DIA KPD AGONG..BOLEH TAK?
SUK SELANGOR ADALAH SATU TAKTIK UMNO UTK MELEMAHKAN KERAJAAN PR SELANGOR...KHUSRIN AKAN MENJADI DURI DLM DAGING PR SELANGOR...
UMNO GUNA TAKTIK AMAT KOTOR....
SIAPA YG BODOH?
hai!
ReplyDeletewan pun terpaksa cakap jugak
well! educated jin ke dia ni?
ek eleh,
sepandai pandainya jin
sebodoh bodohnya manusia yang mengaku Islam
takde kerja lain ke
nak menipu, membodohkan rakyat jer
PRU 13 lah perhitungannya
-1Malaysia-1jijah-
Inilah bila tidak faham apa itu Yang diPertuan Negeri dan Yang diPertuan Agong (Negara). PM dan MB ibarat CEO syarikat yang terikat dengan arahan Lembaga atau Board of Governors/ Directors. Adalah untuk MB ikut arahan dan jika tiada arahan minta arahan bukannya memberikan arahan kepada Yang diPertuan Negeri.Jangan seperti pepatah melayu,bagi betis nak peha.
ReplyDeletePendekkan cerita, Dewan Rakyat dan Dewan Negara tidak lebih sekadar memberikan hak bersuara sebelum mana-mana Bill itu diperkenankan oleh Yang DiPertuan Agong (Negara) untuk dijadikan undang-undang. Maka tidak lah timbul dimana YDPA itu tidak prihatin atau tidak mengambil kira atau mengambil berat kehendak dan rintihan rakyat. Apapun, undang-undang itu adalah atas perkenan YDPA untuk perkenan atau tidak. Undang-undang itu sebenarny adalah titah YDPA.
Secara tumpul, Dewan Rakyat dan Dewan Negara hanyalah Jawatankuasa cuma namanya agak gempaq. Dalam hal yang sama, EXCO negeri sebenarnya sekadar jawatankuasa - jangan lebih-lebih nak ambil kuasa Yang DiPertuan Negeri. Terpulang pada YDPN untuk lantik atau tidak siapa YDPN perkenan untuk lantik jadi EXCO termasuk MB itu sendiri.
Jangan sampai YDPN murka, dan bertindak tidak memasyhurkan Dewan Undang Negeri.Tak padan muka. Apakah Negeri tidak boleh ditadbir tanpa DUN?
Sudah adat menasihat, janganlah melebih-lebih kalau nasihat tidak diterima. lainlah semasa dalam "penjajahan British".
ReplyDeleteYang diPertuan Negeri adalah Tuanku yang berdaulat. MB sebagai orang kepercayaan Raja janganlah bertindak sehingga membawa kemurkaan Raja itu sendiri yang telah melantiknya.
Inilah bila tak faham falsafah apa sebanrnya peranan MB. Boleh dilantik termasuk boleh juga dipecat.
'beraja di mata, bersultan di hati'.
ReplyDeletehttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm
Pembangkang biadab, terus pertikai kuasa Sultan Selangor
KUALA LUMPUR 31 Dis. - Seorang wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak biadab apabila mempertikai kuasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi dengan mendakwa ia seperti tindakan 'beraja di mata, bersultan di hati'
.... Shuhaimi merupakan pemimpin pembangkang terbaru mempertikai Kuasa Budi Bicara Sultan Sharafuddin dalam isu pelantikan Mohammed Khusrin selepas Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad terlebih dahulu mempersoal pelantikan berkenaan.
Dalam pada itu, Shuhaimi seperti cuba memberi amaran kepada institusi beraja Selangor supaya tidak berterusan bertindak membelakangkan konvensyen Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana.
.......
KAH!KAH!KAH!
ReplyDeleteANON 23:31
SEMBANG X INGAT..BATU CAVES BOLE RUNTUH!
KAH!KAH!KAH!
KULI KASTA BAWAHAN BOLE SEMBANG PERANAN/TUGAS MB!KAH!KAH!KAH!
Raja Berperlembagaan ikut nasihat MB...nama pun Raja Berperlembagaan bukannya Raja Mutlak...bukan ikut kapla hotak dia. Memang putor alam betui anon kat atas tu. Tragedi 1991...penghapusan imuniti Raja-Raja...itu bukan ke UMNO punye kerja?!!!!!!! Yang melantik Tengku Ibrahim Petra sebagai Sultan Kelantan tu bukan UMNO punye keje ke tu?!!!!!!! Tak abis2 memutor je keje nye. Macam la rakyat bodoh sangat...korang letak Khusrin tu ada tujuan jahat. Kata minyak keta takkan naik tapi naik juge. Kata minyak masak takkan naik...tengok le nanti penipu ke tidak UMNgok ni.
ReplyDelete