FOLLOWERS

Tuesday 7 July 2009

RINGKASAN KES DI BAWAH KEUNGGULAN PERLEMBAGAAN !


1. AH THIAN v GOVERNMENT OF Malaysia [1976] 2 MLJ 112

Sabjek dituduh melakukan rompakan di bawah seksen 392/397 Kanun Keseksaan tetapi boleh dihukum di bawah seksen 5 Akta Senjaapi (penalti lebih berat). Sepatutnya beliau hanya boleh boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan sahaja.

Atas sebab ini peguam mendakwa peruntukan demikian di bawah akta senjata api adalah ultra vires dan melanggar peruntukan artikel 8 perlembagaan iaitu hak sama rata perlindungan di bawah undang-undang.

Mahkamah telah menggunakan kuasa judicial review di bawah artikel 128 dan 4(4) bahawa pertuntukan demikian adalah tidak sah dan bercanggah dengan perlembagaan.

Cabutan penghakiman penting oleh hakim Suffian LP

`The doctrine of the supremacy of Parliament does not apply in Malaysia. Here we have a written constitution. The power of Parliament and of State legislatures in Malaysia is limited by the Constitution, and they cannot make any law they please.`

2. AMINAH v SUPERINTENDENT OF PRISON, PENGKALAN CHEPA, Kelantan [1968] 1 MLJ 92.

Sabjek membuat permohonan Habeas Corpus terhadap suaminya yang ditahan di bawah RR dengan alasan:

i. Suaminya tidak diberitahu alasan tangkapan seberapa cepat mungkin (as soon as possible) mengikut artikel 5(3).

ii. Enekmen kediaman terhad tidak mempunyai peruntukan artikel 5(3).

iii. Penahanan dibuat dengan niat jahat mala fide

Keputusan mahkamah.

i. Terdapat kenyataan penyerah waran tangkapan bahawa alasan tangkapan telah diberitahu. Suaminya telah dibenarkan berjumpa beberapa jam kemudiaan sudah mencukupi kehendak artikel 5(3).

ii. Peruntukan 5(3) tidak perlu di dalam RRE oleh kerana peruntukan artikel 162(6) menyatakan mana-mana undang yang ujud sebelum hari merdeka hendak disesuaikan dengan perlembagaan.

iii. Sama ada penahanan dibuat mempunyai niat jahat atau tidak mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk masuk campur.

3. ASSA SINGH v MENTRI BESAR, JOHORE [1968] 2 MLJ 30.

Sabjek ditahan di bawah RRE Johor dan mendakwa tahanan tersebut tidak sah oleh kerana enekmen tersebut tidak mempunyai peruntukan sebab tangkapaan diberitahu dan di bawah ke hadapan magistrate di bawah artikel 5 dan oleh itu bertentangan juga dengan haknya untuk bergerak dengan bebas sebagaimaa artikel 9.

Keputusan Mahkamah.

Tahanan sah oleh kerana walaupun tidak ada peruntukan demikian,di bawah artikel 162 menyatakan mana-mana enekmen yang tidak selaras dengan perlembagaan hendaklah di sesuaikan. Oleh kerana ianya tahanan pencegahan maka ia tidak bercanggah dengan artikel 9.

4. THE CITY COUNCIL OF GEORGE TOWN & ANOR v THE GOVERNMENT OF THE STATE OF PENANG & ANOR [1967] 1 MLJ 169.

Sabjek menyatakan undang-undang yang dibuat oleh kerajaan negeri Pulau Pinang iaitu City Council of George Town (Transfer of Functions) Order, 1966 dan Municipal (Amendment) (Penang) Enactment, 1966 adalah bercanggah dengan peruntukan Local Government Elections Act 1960 yang dibuat oleh persekutuan dan dengan itu undang-undang yang dibuat oleh kerajaan negeri Pulau Pinang adalah tidak sah.

Keputusan Mahkamah.

Peruntukan demikian tidak sah mengikut artikel 75 yang menyatakan mana-mana undang-undang negeri yang bercanggah dengan undang-undang persekutuan maka undang-undang persekutuan akan terpakai.

5. GOVERNMENT OF MALAYSIA & ANOR v SELANGOR PILOT ASSOCIATION [1977] 1 MLJ 133.

Selangor Pilot adalah menjalan perkhidmatan pilotage di Pelabuhan Klang. Dengan pindaan Akta Lembaga Pelabuhan mereka tidak lagi dibenarkan menjalankan tugas demikian dan diserahkan kepada pihak lain. Rayuan dibuat dengan menyatakan tindakan tersebut melanggar artikel 13 iaitu hak sama rata mengenai harta dan pengambilan harta dengan pampasan mencukupi kerana tindakan tersebut menjelaskan perniagaan mereka masa hadapan. Permohonan ditolak.

6. PUBLIC PROSECUTOR v DATUK HARUN BIN HAJI IDRIS & ORS [1976] 2 MLJ 116.

Sabjek TELAH pun dituduh di Mahkamah session untuk kes CBT dan diarahkan ditukarkan ke Mahkamah Tinggi oleh sijil yang diberikan oleh DPP di bawah seksen 418A CPC. Sabjek menyatakan tindakan ini bercanggah dengan peruntukan artikel 8(1) iaitu hak perlindungan yang sama di bawah undang-undang.

Keputusan Mahkamah.

i. Pemindahan jelas untuk mendapat hukuman yang lebih berat yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah tinggi.

ii. Peruntukan seksen 418A adalah bercanggah dengan perlembagaan artikel 8 dan peruntukan artikel 145(3) iaitu kuasa untuk menuduh,membicara dan menhentikan pembicaraan ditangan peguam negara tidak mempunyai merit.

Cabutan penting hakim ABDOOLCADER J.

Firstly, there is a presumption — perhaps even a strong presumption — of the constitutional validity of the impugned section with the burden of proof on whoever alleges otherwise.
Secondly, the presumption is not however to be carried to the extent or stretched for the purpose of validating an otherwise invalid law, and if the force of Article 8(1) bears sufficiently strongly upon and against that presumption, it must then necessarily bend, break and give way under that force.
And thirdly, for this purpose a statute or statutory provison must be examined on its own merits and not by comparison with other similar provisions (State of Madhya Pradesh v GC Mandawar [1954] SC 493 ).

Nota: Perlembagaan telah dipinda dengan memasukan artikel 145(3a) yang membetulkan keadaan ini berbunyi seperti berikut :

145. Attorney General

(3) The Attorney General shall have power, exercisable at his discretion, to institute, conduct or discontinue any proceedings for an offence, other than proceedings before a Syariah Court, a native court or a court-martial.
(3a) Federal law may confer on the Attorney General power to determine the courts in which or the venue at which any proceedings which he has power under Clause (3) to institute shall be instituted or to which such proceedings shall be transferred.

7. MALAYSIAN BAR & ANOR v GOVERNMENT OF Malaysia . [1986] 2 MLJ 225

Isu adalah sama ada peruntukan seksen 46A Akta Guaman bercanggah dengan peruntukan artikel 8 iaitu hak perlindungan yang sama di bawah undang-undang.

Seksen 46 A menyatakan hanya peguam yang telah berkhidmat selama 7 tahun sahaja layak untuk menjadi ahli dan dengan itu membahagikan peguam kepada junior dan senior.

Keputusan mahkamah :

Peruntukan seksen berkenaan adalah bercanggah dengan artikel 8 dan itu tidak sah.


8. VR MENON v THE GOVERNMENT OF Malaysia . [1987] 2 MLJ 642

Sabjek adalah warganegara dan tinggal di India. Pada 1943 beliau bertugas di Jabatan Elektrik dan bersara pada tahun 1973 dan layak mendapat pencen di bawah artikel 147. Pindaan undang-undang penyelarasan pencen dibuat dan akta tersebut sek.2 menyatakan ianya hanya untuk mereka yang tinggal di Malaysia dan sabjek tidak layak menerima penyelarasan pencen. Sabjek mendakwa pindaan akta berkenaan adalah bercanggah dengan artikel 8 hak perlindungan yang sama di bawah undang-undang .

Keputusan mahakamah.

Seksen 2 Akta penyelarasan pencen adalah bercanggah dengan perlembagaan dan tidak sah.

9. PUBLIC PROSECUTOR v DATO’ YAP PENG [1987] 2 MLJ 311.

Isu yang sama dalam seperti kes Dato Harun.

10. Dewan Undangan Negeri Kelantan & Anor v Nordin bin Salleh & Anor . [1992] 1 MLJ 697

Sabjek telah dipilih sebagai ahli dewan undangan negeri Kelantan semasa pilihan raya. Walau bagaimanapun undang-undang negeri Kelantan menyatakan sesiapakan yang telah meletakkan jawatan di dalam sesuatu parti politik dan bertukar ke parti politik lain adalah tidak layak menjadi ahli dewan negeri dan kerusinya di istiharkan kosong. Sabjek mendakwa undang-undang negeri Kelantan adalah bercanggah dengan artikel 10 iaitu hak menubuh persatuan dengan syarat ia tidak membabitkan soal keselamatan,ketenteraman dan ahklak.

Keputusan mahkamah.

Undang-undang negeri Kelantan adalah bercanggah dengan perlembagaan artikel 10. Hak untuk menubuh pesatuan adalah hak juga tidak menubuh pesatuan. Cabutan kenyataan penting kes ini dari hakim Abdul Hamid Omar LP.

`Kelantan Constitution did impose a restriction on the exercise of the respondents’ right of association in that the respondents were penalized by a disqualification from continuing as members of the state legislative assembly having exercised their fundamental right of association, which includes the right to dissociate from an association, by resigning from one political party to join another`.

11. Tun Datuk Haji Mustapha bin Datuk Harun v State Legislative Assembly of Sabah & Anor [1993] 1 MLJ 26.

Kes yang sama seperti Nordin Salleh. Bezanya sabjek belum di pecat dan takutkan kerusinya akan di kosongkan di Sabah.. Soalannya adakah beliau boleh berbuat demikian.

Keputusan Mahkamah.

Sabjek tidak boleh berbuat demikian, tetapi meninggalkan banyak persolan.

12. Faridah Begum bte Abdullah v Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustain Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’Ayatuddin Al Mu’Adzam Shah . [1996] 1 MLJ 617.

Faridah Bagum rakyat Singgapore mendakwa Sultan Pahang atas ganti rugi. Soalan yang timbul adakah warga asing boleh mendakwa Sultan Pahang.

Keputusan Mahkamah.

Keputusan kes adalah berdasarkan peruntukan artikel 73(3) adan 155. Artikel 73(3) semua undang-undang Parlimen adalah tertakluk kepada sekatan Perlembagaan. Seterusnya artikel 155 menyatakan sekiranya undang-undang negara Komenwel lain memberi hak dan keistemewaan kepada warga Persekutuan maka perlimen boleh memberi hak dan keistemewaan yang sama. Dalam kes ini jika warganegara Malaysia boleh mendakwa President Singgapore maka tuntutan tersebut boleh dilayan.

Nota: Pembicaraan kes ini dijalankan mengikut Mahkamah khas setelah mendapat persetujuan dari Peguam negara seperti peruntukan artikel 182,183.


Ringkasan Kes-kes di bawah artikel 5 –kebebasan.

1. OOI AH PHUA v OFFICER-IN-CHARGE CRIMINAL INVESTIGATION, KEDAH/Perlis [1975] 2 MLJ 198.

Sabjek telah ditangkap dan ditahan di dalam lokap kerana bersubahat dalam kes rompak bersenjata. Selepas ditahan sabjek tidak dibenarkan berjumpa peguam secepat mungkin.Sabjek memohon Habeas Corpus atas alasan tahanan tidak sah oleh kerana hak berjumpa peguam tidak dibenarkan di bawah artikel 5(3).

Mahkamah menolak rayuan.

Cabutan hakim yang mengadili : the right of an arrested person to consult his lawyer begins from the moment of arrest but that right cannot be exercised immediately after arrest. A balance has to be struck between the right of the arrested person to consult his lawyers on the one hand and on the other the duty of the police to protect the public from wrongdoers by apprehending them and collecting whatever evidence exists against them The right should not be exercised to the detriment of any investigation by the police; [ Hak berjumpa peguam bermula selepas ditangkap,tetapi hak tersebut tidak boleh dilakukan sebaik saja ditangkap. Pertimbangan hendaklah dibuat di antara hak orang ditangkap dan tugas pihak polis melindungi orang awam dari pembuat salah dengan menangkap mereka dan mengumpul keterangan. Hak tidak boleh dilakukan dengan merosakkan penyiasatan polis.]

2. LUI AH YONG v SUPERINTENDENT OF PRISONS PENANG [1977] 2 MLJ 226.

Sabjek ditahan dipenjara selama 9 tahun sebelum dihantar pulang kenegara asal di bawah akta immigresen. Sabjek memohon Hebeas Corpus dengan menyatakan tahanan adalah tidak sah.

Keputusan : Tahanan tidak sah.

Cabutan keputusan mahkamah : the powers of detention under s 34(1) are clearly and unambiguously limited to detention for the purposes of removal to one to two places, i.e. the place of embarkation or country of citizenship and therefore the moment the detaining authorities have failed or found themselves in a position where the object of detention cannot be fulfilled the further detention becomes unlawful; [Tahanan adalah jelas melebihi untuk tujuan penghantaran]

3. HASHIM BIN SAUD v YAHAYA BIN HASHIM & ANOR [1977] 2 MLJ 116.

Sabjek telah ditangkap dan ditahan remand di bawah seksen 117KAJ. Sabjek telah memohon untuk berjumpa dengan peguam tapi tidak dibenarkan. Permohonan Hebeas Corpus dibuat dan ganti rugi dipohon kerana tahanan tidak sah.

Keputusan : Menolak rayuan . Hak berjumpa tidak boleh dilakukan sekiranya ianya akan menghalang penyiasatan polis. Hak berjumpa peguam boleh dilakukan semasa ditahan remand tetapi tidak boleh menghalang penyiasatan polis. Dalam kes ini polis telah memberikan sebab-sebab yang baik.

4. THE ATTORNEY GENERAL, MALAYSIA v CHIOW THIAM GUAN [1983] 1 MLJ 51.

Sabjek mencabar hukuman mati di bawah ISA adalah tidak selaras dengan perlembagaan artikel 5(1 ).

Keputusan : Manolak rayuan. Bukan mahkamah menentukan sama ada hukuman mati atau tidak di bawah undang-undang. Cabutan : as regards art 5(1) of the Federal Constitution, the law is that if Parliament deems it necessary that the death penalty should be mandatory it is not within the province of the court to adjudicate upon the wisdom of such a law. The law may be harsh but the role of the court is only to administer the law as it stands;

5. ANDREW s/o THAMBOOSAMY v SUPERINTENDENT OF PUDU PRISONS, Kuala Lumpur [1976] 2 MLJ 156.

Sabjek telah ditahan di bawah akta Immigresen. Pihak Immigresen tidak dapat menghantarnya pulang kerana sabjek tidak memberi kerjasama. Sabjek telah memohon Habeas Corpus.

Keputusan : Menolak permohonan. Pihak berkuasa tidak tidak berupaya menghantarnya pulang bukan bermakna tahanan adalah tidak sah.

6. RE TAN BOON LIAT @ ALLEN & ANOR; TAN BOON LIAT & ANOR v MENTERI HAL EHWAL DALAM NEGERI, MALAYSIA & ORS [1977] 1 MLJ 39.

Sabjek telah di tahan di bawah EO. Mengikut ordinan ini reprentasi hendaklah dibuat kepada YADP sebelum 3 bulan oleh badan penasihat mengenai penahanan sabjek dan oleh itu tahanannya adalah tidak sah.

Keputusan : menolak permohonan : Held while the procedural requirements had not been complied with in this case, valid orders of detention were in force against the two applicants and their detention was therefore legal.
[tatacara tidak dipatuhi,tetapi arahan tahanan masih berkuat kuasa dan dengan itu tahanan adalah sah].

7. YEAR HOCK SENG @ AH SENG v MINISTER FOR HOME AFFAIRS, MALAYSIA & ORS [1975] 2 MLJ 279.

Sabjek telah dituduh di Mahkamah kerana kesalahan membunuh. Walau bagaimanapun tuduhannya telah digugurkan dan sabjek telah ditangkap dan ditahan di bawah seksen 4 ISA. Sabjek memohon Habeas Corpus atas alasan tahanannya adalah berniat jahat ( mala fide).

Keputusan : Menolak permohonan kerana sabjek gagal membuktikan tahanannya adalah berniat jahat.

8. YIT HON KIT v MINISTER OF HOME AFFAIRS, MALAYSIA & ANOR [1988] 2 MLJ 638.

Sabjek ditangkap dan ditahan di bawah seksen 3 EO. Sabjek memohon Habeas Corpus kerana beliau tidak diberitahu alasan/sebab penahanannya.

Keputusan : Membenarkan permohonan. Sebab dan kuasa di bawah undang-undang perlu diberitahu kepada orang kena tangkap secepat mungkin.

9. MINISTER OF HOME AFFAIRS v CHU CHOON YONG & ANOR [1977] 2 MLJ 20.

Sabjek telah ditahan dipenjara lebih dari 6 tahun dengan arahan untuk buang negeri. Namun begitu tidak ada waran dikeluarkan oleh menteri oleh kerana tidak ada negara yang sanggup menerimanya.Mahkamah tinggi memutuskan ianya tahanan yang tidak sah. Rayuan telah dibuat ke Mahkamah Persekutuan.

Keputusan : Menerima permohonan dan sabjek telah ditahan semula. Adalah atas budibicara menteri untuk membatalkan arahan buang negeri atau tidak dan penahanan adalah sah.

10. SUPERINTENDENT OF PULAU JEREJAK & ANOR v WONG CHENG HO [1980] 1 MLJ 154.

Sabjek seorang juvenile telah ditahan selama 2 tahun di bawah seksen 4 EO. Permohonan habeas corpus telah diluluskan oleh Mahkamah tinggi dengan alasan Juvinile tidak boleh ditahan di bawah EO dan hanya boleh ditahan mengikut Akta Mahkamah Juvenile. Rayuan kepada Mahkamah persekutuan dibuat.

Keputusan : Juvenile boleh ditahan di bawah EO.

11. DATUK JAMES WONG KIM MIN [1975] 2 MLJ 244.

Sabjek telah diperintahkah ditahan di bawah Preservation of Public Security Ordinance, Serawak dan dibawa ke Taiping Perak untuk ditahan. Permohonan Habeas Corpus dibuat.

Keputusan : Tahanan berkenaan hanya terpakai di Serawak dan permohonan di terima.


Kes-kes di bawah artikel 7 – hak yang sama di sisi undang-undang dan tidak boleh dibicara sekali lagi pada kesalahan yang sama.

LIM SING HIAW v PUBLIC PROSECUTOR [1965] MLJ 85.

Sabjek telah ditangkap dan dituduh kerana memiliki senjata api di bawah ISA. Pembicaraan telah jalankan di bawah Emergency (Criminal Trials) Regulations, 1964, di mana undang-undang ini diluluskan selepas kejadian kepada kes berlaku. Sabjek mendakwa beliau telah di hukum di bawah undang-undang yang belum ujud dan mencabul artikel 7 iaitu hanya boleh dihukum di bawah undang-undang yang ujud.

Keputusan. Menolak permohonan. Emergency (Criminal Trials) Regulations, 1964, hanyalah peraturan/prosedur dan mempunyai kesan retrospective (kuasa boleh di ke belakang).

Mohamed Yusoff bin Samadi v Attorney General [1975] 1 MLJ 1.

Sabjek seorang guru telah dituduh dengan 4 tuduhan di Mahkamah kerana mencabul 5 orang murid. Kesnya telah dibuang. Walau bagaimanapun pihak perkhidmatan awam telah mengambil tindakan tatatertib atas kesalahan yang sama dalam pandangan untuk membuang kerja. Sabjek menyatakan tindakan itu adalah bercanggah dengan artikel 7(1) iaitu beliau tidak boleh dituduh dua kali pada kes yang telah dibuang.

Keputusan : Tidak ada prinsip undang-udang seseorang itu dikecualikan dari tindakan disiplin sekiranya dibebaskan dari tuduhan di mahkamah dan dengan itu ianya tidak bercanggah dengan artikel 7(2).

PUBLIC PROSECUTOR v MUSA [1970] 1 MLJ 101.

Sabjek telah dikenakan perintah sekatan oleh Menteri di bawah ISA. Beliau telah melanggar syarat sekatan dengan berada di tempat lain. Sabjek menyatakan setelah ditahan beliau tidak boleh lagi dikenakan perintah sekatan oleh Menteri kerana ianya akan bercanggah dengan artikel 7 (2).

Keputusan : Kuasa tersebut adalah sah.

PUBLIC PROSECUTOR v TAI CHAI GEOK [1978] 1 MLJ 166.

Sabjek telah dituduh di bawah seksen 39B ADB dan telah dibuang kes atas keputusan juri 5-2. DPP membuat rayuan mahkamah persekutuan di atas keputusan juri.

Keputusan : Di bawah seksen 299 KAJ mahkamah tidak ada pilihan kecuali menerima keputusan juri. Mahkamah Persekutuan dengan itu tidak mempunyai kuasa untuk mengenepikan kes yang telah dibuang.

Wee Lee Harry v Public Prosecutor [1980] 2 MLJ 228.

Sabjek telah dituduh dengan 8 tuduhan di bawah seksen 213 K.K dengan jumlah denda RM30,000/- iaitu melebehi dari hukuman denda yang dibenarkan di bawah seksen tersebut. Sabjek membuat rayuan kerana ianya bertentangan dengan artikel 7(1) . ( No person shall be punished for an act or omission which was not punishable by law when it was done or made, and no person shall suffer greater punishment for an offence than was prescribed by law at the time it was committed. ).Denda telah dikurangkan.

PUBLIC PROSECUTOR v MOHAMED ISMAIL [1984] 2 MLJ 219.

Sabjek telah didapati bersalah bawah seksen 39B ADB kerana mengedar ganja.Pada tarikh beliau didapati bersalah hukuman untuk seksen tersebut telah dipinda kepada mandatori hukuman mati.Sebelum pindaan mahkamah boleh manjatuh hukuman mati atau penjara seumur hidup. Soalan yang timbul,adakah sabjek perlu dikenakan hukuman dengan pindaan terbaru atau mengikut hukuman lama.

Keputusan :sabjek dihukum di bawah hukuman lama kerana ia bercanggah dengan artikel 7.

LOH KOOI CHOON v GOVERNMENT OF Malaysia [1977] 2 MLJ 187.

Sabjek telah ditahan di bawah RRE(Enekmen Kediaman Terhad) . Semasa tangkapannya beliau tidak dibawa ke hadapan Magistrate dalam masa 24 jam bertentangan dengan artikel 5. Beliau telah membuat rayuan. Walau bagaimanpun sebelum rayuannya di dengar di mahkamah peruntukan artikel 5(4) telah dipinda dengan penambahan semua tangkapan di bawah RRE tidak perlu dibawa hadapan Magistrate. Sabjek mendakwa pindaan perlembagaan adalah tidak berpelembagaan dan melanggar artikel 7.

Keputusan : Menolak rayuan. Perlimen boleh meminda mana-mana bahagian perlembagaan dengan syarat ianya mengikut peruntukan ditetapkan di bawah artikel 193(3). Dengan batasan di bawah artikel 7,parlimen dalam bidang kuasanya untuk mengenakan restropective.

[if Parliament retrospectively affects vested rights or pending proceedings, then it would be the duty of an appellate court to apply the law prevailing on the date of appeal before it. Subject to the constitutional limitation of Article 7 of the Constitution, to wit, protection against retrospective criminal laws and repeated trials, Parliament would be within the ambit of its competence if it deems fit to legislate retrospectively.]

SAU SOO KIM v PUBLIC PROSECUTOR [1975] 2 MLJ 134.

Sabjek telah didapati bersalah dengan kesalahan memiliki senjata api. Setelah dibuat rayuan Mahkamah Persekutuan telah mengenepikan hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi dan pembicaraan terdahulu dikatakan null (tidak salah) . Selepas pada itu beliau telah dituduh semula berdasarkan atas fakta kes yang sama dan sabjek telah mengaku salah.

Keputusan : Oleh kerana sabjek telah mengaku salah maka tidak ada rayuan boleh dibuat kecuali pada soalan kesahihan hukuman (legality sentences) . Sabjek tidak boleh menyatakan `autrefois acquit` (sudah dibebas dan tidak boleh tuduh sekali lagi pada kesalahan yang sama –artikel 7(2) ) kerana pembicaraan lepas adalah dikatakan tidak sah(null) dan sabjek bukan di bebaskan( acquitted).


Kes-kes di bawah atrikel 10 –hak untuk berhimpun,bercakap dan berpesatuan.


PUBLIC PROSECUTOR v OOI KEE SAIK & ORS [1971] 2 MLJ 108.

Sabjek seorang ahli DAP telah dituduh kerana menghasut di bawah Akta Hasutan. Rayuan dibuat kerana perbuatan tersebut tidak bercanggah dengan artikel 10.

Keputusan : Ucapan yang dibuat akan menggalak perasaan permusuhan di kalangan rakyat Malaysia. Ucapan juga menyentuh hak istemewa orang melayu. Perhatian hendaklah dibuat antara kebebasan bercakap dan hasutan (Observations on when line is drawn between freedom of speech and sedition.).Nota : Kebebasan ini adalah bersyarat seperti artikel 10(2) Parliament may by law impose –

(a) on the rights conferred by paragraph (a) of Clause (1), such restrictions as it deems necessary or expedient in the interest of the security of the Federation or any part thereof, friendly relations with other countries, public order or morality and restrictions designed to protect the privileges of Parliament or of any Legislative Assembly or to provide against contempt of court, defamation, or incitement to any offence;

PUBLIC PROSECUTOR v FAN YEW TENG [1973] 2 MLJ 1 .

Sabjek telah dituduh kerana manghasut di Mahkamah Session dan beliau memohon kesnya di pindah ke Mahkamah Tinggi. Mengikut seksen 138 KAJ semua kes yang hendak di bawah ke Mahkamah Tinggi hendaklah di adakan pembicaraan awal dan peraturan ini telah tidak dipatuhi. Beliau mendakwa pembicaraan adalah tidak sah. DPP membuat rayuan di atas ke keputusan kepada Privy Caunsel.

Keputusan : Menolak rayuan kerana seksen 138 KAJ tidak di patuhi.


MELAN BIN ABDULLAH & ANOR v PUBLIC PROSECUTOR [1971] 2 MLJ 280.

Penyunting dan penulis akhbar Utusan Melayu telah dituduh kerana menyiarkan artikel menghasut di bawah akta hasutan dengan menyatakan hapuskan sekolah aliran Tamil dan Cina. Mahkamah telah mendapati kedua-duanya bersalah Kedua-dua mereka merayu atas alasan peruntukan artikel 152 (a).

Keputusan : Penyunting telah mengadakan seminar untuk menerangkan perkara sensitif dan undang-undang berkaitan.Penyunting dilepas kerana beliau telah mengambil segala langkah yang perlu. Penulis dikekalkan hukuman.

MADHAVAN NAIR & ANOR v PUBLIC PROSECUTOR [1975] 2 MLJ 264.

Sabjek memohon untuk mengadakan ceramah. Walau bagaimanapun pihak polis telah menyatakan syarat bahawa ceramah tersebut tidak boleh menyentuh isu bahasa kebangsaan. Sabjek membuat rayuan syarat tersebut bercanggah dengan kebebasan untuk bercakap di bawah artikel 10.

Keputusan : Menolak rayuan. Jika syarat dikenakan melanggar artikel 10, maka tidak ada syarat yang boleh dikenakan. Dalam kes ini syarat tidak melanggar artikel 10 dan pihak polis mempunyai kuasa menggunakannya di bawah seksen 27 Akta Polis.

MARK KODING v PUBLIC PROSECUTOR [1982] 2 MLJ 120.

Sabjek telah dituduh kerana memberi ucapan menghasut di Parlimen. Beliau merayu kerana sebagai MP beliau berhak untuk memberi ucapan dan tidak boleh dikena sebarang tindakan di bawah artikel 63.

Keputusan : Perlembagaan telah dipinda dengan memasukkan artikel 63(4) yang tidak memberi pengecualian kepada MP yang berucap melanggar akta hasutan.

P PATTO v CHIEF POLICE OFFICER, PERAK & ORS [1986] 2 MLJ 204.

Sabjek telah memohon lesen untuk tarian singa dan perhimpunan awam tetapi telah ditolak oleh KPD Kampar kerana setelah dirujuk ke Katua Polis Negeri ianya telah ditolak. Sabjek membuat rayuan dengan menyatakan KPD yang sebenarnya mempunyai kuasa di bawah Akta Polis dan bukanya Ketua Polis Negeri yang mempunyai kuasa menimbang rayuan.

Keputusan : Sabjek telah ditolak hak untuk membuat rayuan dan keputusan yang dibuat adalah salah.

CHAI CHOON HON v KETUA POLIS DAERAH, KAMPAR AND GOVERNMENT OF Malaysia [1986] 2 MLJ 203.

Sabjek memohon lesen untuk perhimpunan jamuan makan malam awam dan tarian singa. Tetapi KPD telah memberi syarat iaitu hanya 7 orang penceramah sahaja dibenarkan.Perkara ini dikatakan melanggar artikel 10.

Keputusan : Sebab yang diberikan adalah tidak menusabah dan melanggar artikel 10.

Kes-kes di bawah artikel 11 – kebebesan berugama.

MAMAT BIN DAUD & ORS v GOVERNMENT OF Malaysia [1988] 1 MLJ 119.

Sabjek telah dituduh di bawah seksen 298A K.K iaitu melakukan perbuatan yang mengancam perpaduan di antara mereka berugama islam iaitu dengan menjadi bilal,khatib tanpa surat lantikan dari pihak agama islam Trengganu. Sabjek menyatakan Parlimen tidak boleh meluluskan seksen 298A K.K kerana hal agama islam adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri sebagaimana artikel 73,74 dan senarai II Jadual kesembilan Perlembagaan.

Keputusan : Seksen 298A K.K adalah tidak sah dan Ultra Vires perlembagaan artikel 74. Keputusan ini tidak terpakai di Wilayah Persekutuan kerana perkara agama islam adalah bidang kuasa Parlimen.

RE USIE TEOH; TEOH ENG HUAT v KADHI OF PASIR MAS KELANTAN & MAJLIS UGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU, Kelantan [1986] 2 MLJ 228.

Sabjek telah mengetahui anak perempuannya yang berumur 17 tahun telah memeluk agama islam tanpa keizinan dan pengetahuannya. Sabjek memohon hak untuk menentukan agama dan pelajaran adalah terletak pada penjaga.

Keputusan : Anak perempuannya berhak untuk memilih agama dan pelajarannya atas kemahuannya sendiri mengikut artikel 11 dan 12.


Kes-kes di bawah Federalism (Persekutuan).

THE GOVERNMENT OF THE STATE OF KELANTAN v THE
GOVERNMENT OF THE FEDERATION OF MALAYA AND TUNKU
ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJTHE GOVERNMENT OF THE STATE OF KELANTAN v THE GOVERNMENT OF THE FEDERATION OF MALAYA AND TUNKU[1963] 1 MLJ 355.

Kerajaan Kelantan mambantah kemasukan Sabah dan Serawak di dalam Malaysia kerana tidak mendapat persetujuan dari kerajaan Negari.

Keputusan : Di bawah artikel 159 Parlimen tidak perlu meminta nasihat dari kerajaan negeri untuk meminda dan memasukkan negeri ke dalam persekutuan seperti artikel 1 dan 2.

Dewan Undangan Negeri Kelantan & Anor v Nordin bin Salleh & Anor [1992] 1 MLJ 697.

Sabjek adalah ahli dewan undangan negeri Kelantan dan bertukar parti. Mengikut Perlembagaan Kelantan yang bertukar parti dengan sendirinya lucut hak sebagai ahli dewan negeri. Sabjek mencabar bahawa peruntukan Perlembagaan Negeri adalah tidak sah kerana bercanggah dengan artikel 10 iaitu hak berpesatuan.

Keputusan : Di bawah artikel 4 Perlembagaan adalah supreme.Perlembagaan Kelantan melanggar artikel 10 dan diistiharkan tidak sah.

EAST UNION (MALAYA) SDN BHD v GOVERNMENT OF STATE OF JOHORE & GOVERNMENT OF Malaysia [1980] 2 MLJ 143.

Tanah Estate telah dirampas oleh Kerajaan Johor kerana tidak ada bayaran sewa dibuat. Sabjek menyatakan tindakan merampas adalah bercanggah dengan dengan Perlembagaan di bawah artikel 76(4) dan memohon Mahkamah mengistiharkan Kanun Tanah Negara tidak sah di bawah artikel 4(4).

Keputusan : Perkara demikian hendaklah di selesaikan di Mahkamah.

RAMASAMY A/L SHANMUGAM v STATE GOVERNMENT OF PENANG AND GOVERNMENT OF Malaysia [1986] 2 MLJ 188.

Sabjek memohon kepada mahkamah mengistiharkan undang-undang Hindu Endowments Ordinance (SS Cap 175) adalah tidak mengikut Perlembagaan mengikut artikel 4(4).

Keputusan : Permohonan tidak perlu dibuat kepada Supreme Ct kerana oleh kerana undang-undang sebelum merdeka boleh dibuat oleh Mahkamah Persekutuan mengikut artikel 128.

Tun Datuk Haji Mustapha bin Datuk Harun v State Legislative Assembly of Sabah & Anor [1993] 1 MLJ 26 .

Sama seperti kes Nordin Bin Saleh di atas. Yang berbeza adalah sabjek tidak dilucutkan sebagai ahli dewan negeri dan menang pilihan raya.

Keputusan : Permohonan ditolak.

ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ THE GOVERNMENT OF THE STATE OF KELANTAN v THE
GOVERNMENT OF THE FEDERATION OF MALAYA AND TUNKU
ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJTHE GOVERNMENT OF THE STATE OF KELANTAN v THE
GOVERNMENT OF THE FEDERATION OF MALAYA AND TUNKU
ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJTHE GOVERNMENT OF THE STATE OF KELANTAN v THE
GOVERNMENT OF THE FEDERATION OF MALAYA AND TUNKU
ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ

6 comments:

  1. if in english will be better~

    ReplyDelete
  2. thank u so much for compiling these cases :)

    ReplyDelete
  3. Article in malay language is easy for understanding. Good Job author. Well done!!

    ReplyDelete
  4. terima kasih..sy ingin bertanya, ada lagi tak cases yg dikumpulkan begini dalam isu lain berkaitan undang2 perlembagaan?

    ReplyDelete

PETA PELAYAR