FOLLOWERS

Tuesday, 7 July 2009

KRISIS PERAK : ALASAN PENGHAKIMAN YAA HAKIM DATUK ZAINUN ALI




Tindakan Sultan Perak demi maruah negeri, rakyat: Hakim

PUTRAJAYA: Tindakan Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah betul semasa melaksanakan kuasa prerogatifnya untuk meredakan pergolakan politik Perak dan mengekalkan maruah negeri itu, kata Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Zainun Ali. Hakim Zainun berkata, satu daripada kuasa eksekutif yang kritikal bagi seorang Raja dalam melaksanakan tanggungjawabnya mengikut perlembagaan bagi mengekalkan kententeraman awam demi kepentingan awam dan oleh itu kesedaran baginda berhubung signifikan daripada pelaksanaan kuasa prerogatifnya itu tidak boleh dipertikaikan.

"Keadaan di Perak pada masa itu boleh dianggap sebagai sudah tidak normal, tidak jika seseorang menganggapnya sebagai normal, ketegangan politik, tekanan politik yang memuncak, suspens dan pengkhianatan dan pertukaran kesetiaan politik, sebagai satu yang rutin dan semuanya dalam pekerjaan harian.

"Kematangan dan kebijaksanaan Raja adalah wajib. Pelaksanaan kuasa prerogatif ini adalah lebih kritikal jika jentera kerajaan yang normal mengalami masalah," kata Hakim Zainun dalam penghakiman bertulisnya setebal 115 muka yang dikeluarkan hari ini.

Pada 22 Mei, tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Raus Sharif, Zainun dan Datuk Ahmad Maarop telah memutuskan bahawa Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir adalah Menteri Besar Perak yang sah, yang mengubah keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu yang menyebelahi Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Tidak puas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan, Nizar memfailkan permohonan untuk membuat rayuan, yang dijadualkan didengar di Mahkamah Persekutuan, Khamis ini.

Hakim Zainun, dalam penghakimannya, berkata Sultan Azlan Shah adalah betul untuk mengadakan inkuiri bagi mengesahkan beberapa fakta dan untuk menilai kedudukan politik dengan betul sebelum memutuskan sama ada untuk memperkenan atau menangguhkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Dalam hal ini, ia mungkin kurang bijak bagi Baginda untuk membuat keputusan tanpa merujuk kepada fakta. "Sebagai contoh, jika Baginda mendapati isi kandungan tiga pucuk surat daripada tiga Adin (Ahli Dewan Undangan Negeri) tidak mencukupi untuk menentukan bahawa Nizar hilang majoriti, baginda boleh, dalam melaksanakan prerogatif dan budi bicaranya, mendapatkan penjelasan mengenai fakta yang terkandung di dalam surat daripada ketiga-tiga Adun itu," katanya.

Oleh itu, beliau berkata keputusan hakim Mahkamah Tinggi bahawa Sultan Azlan Shah tidak layak untuk menemubual beberapa Adun pada 5 Februari untuk menentukan siapa yang menguasai dewan itu adalah jelas salah. - Bernama

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR