FOLLOWERS

Saturday 27 February 2010

MAKAN TENGAHARI DI MUAR DAN PETANG RIADAH KUDA DI AYER KEROH !


Jam 11 pagi tadi PG sekeluarga pergi ke Muar Johor untuk makan tengahari. kami sekeluarga makan tengahari yang di host kan oleh Puan hayati dan suami. Makan tengahari iaitu nasi putih berlaukkan pais, ikan merah masak asam pedas, siput sedut, udang goreng dan asam pedas pari. Selain itu pekena dengan air kelapa muda. Fuhhhhhhhhhhhhhh. Mantap. Lepas makan terus balik. Sesiapa nak merasa masakan yang amat enak ini , kunjungilah gerai SIMOL ASAM PEDAS JJ, Jalan Joned, Muar Johor.

2. Jam 5 petang PG dengan anak bongsu telah menunggang kuda Mummyjane dan Ranger sejauh 20 km di kawasan Taman Tasek Utama dan Hutan Rekreasi Ayer Keroh. Menitih juga peluh dibuatnya. Inilah tunggangan terakhir minggu ini. Isnin mula kerja di Kuala Lumpur. Hujung minggu baru boleh tunggang kuda balik.

3. Alahai. Kena kerja semula. Malas pula nak mula kerja. dah setahun enam bulan belajar Masters. Nak mulakan tugas rasa lemah sikit. mungkin dalam masa seminggu dapat sesuaikan diri kot.@#^&*()(*&^%$#$^&*(*%$%^&*(*&^%$^&*(*&^%

7 comments:

  1. Bang, jemput datang Penang. Nanti I belanja makan Mee Udang kat Pulau Aman, boleh bermalam di chalet sambil mancing.!!

    ReplyDelete
  2. Tuan, seekor kuda biasa berapa harga nya? saya dengar ada yang mencecah sehingga ratusan ribu..betul ke?mahal ye..

    ReplyDelete
  3. mat terengganu
    terikaseh. saya minggu lepas baru pergi penang. makan nasi kandar depan hotel malaya berhampiran bayview hotel. nanti lain kali saya akan berhubung jika ke sana. no problem. hujung bulan depan nak balik kemaman nak pancing udang galah di sungai kemamanan.

    ReplyDelete
  4. siddid azani
    murah aje. yang saya tunggang tu hanya rm 6 ribu sahaja. kuda bekas racing. kadang-kadang rm 4 ribu dapat. yang mahal tu kuda DYMM Agung. hingga juta pun ada. yang saya tunggang tu dah dua kali menang endurance 80 km.

    ReplyDelete
  5. bro,
    kat mana kau beli,
    klu 4 ribu aku nak beli seko, buat jaga lembu kat sawah kat pulau gadong.

    ReplyDelete
  6. SELALUNYA SAYA BERHUBUNG DENGAN KAWAN JUGA. NANTI BERIKAN MASA SEMINGGU SAYA AKAN DAPATKAN. MJUNGKIN DARI TEMPAT RACING DI SUNGAI BESI. TINGGALKAN NO EMAIL ANDA WAHAI SANG GUNA. YANG RM 7 RIBU TU DAH ADA SEKOR.

    ReplyDelete
  7. salam... nak tanya.. mana nak join endurance team ye? teringin sgt nak join tp xtau nak cr team.... hari2 ride d pusat ekuin perlis..

    ReplyDelete

PETA PELAYAR