FOLLOWERS

Tuesday 7 December 2010

KES KHIR TOYO : ANDAIAN DAN PEMBUKTIAN : DR AND RANI KAMARUDDIN UIAM !!!


Nota : Ulasan oleh Dr Rani ini adalah pandangannya mengenai kes YB Dr Khir Toyo yang dituduh di mahkamah semalam di blog : Penghuni Gua .


Anonymous said...

Dibawah seksyen 101 Akta Keterangan, beban bukti (beban undang-undang) dibahu Pendakwa untuk membuktikan kesnya pada takat kebarangkalian yang tinggi iaitu "tanpa sebarang keraguan yang munasabah". OKT hanya akan diperintahkan masuk membela setelah Pendakwa mewujudkan kes prima facie.

Diperingkat ini (peringkat pendakwaan), OKT diandaikan innocent (in the clear,blameless). Saya lebih suka menterjemahkan "presumption of innocence" sebagai bermaksud "andaian belum dipertanggungjawabkan atau andaian belum bersalah" berbanding "andaian tidak bersalah".

Diperingkat pendakwaan, Pendakwa hendaklah mengemukakan keterangannya pada takat prima facie. Beban bukti Pendakwa diperingkat ini secara spesifik disebut sebagai beban keterangan (sekysen 102 Akta Keterangan).

Samada OKT dipanggil masuk membela atau dibebaskan (acquitted) bergantung kepada Pendakwa berjaya atau tidak mewujudkan kes prima facie. Dalam kes Dato Ramli contohnya, beliau dibebaskan tanpa perlu masuk membela kerana tiadanya kes prima facie terhadapanya. Dalam kes Altantuya, dua dari tiga OKT diperintahkan masuk membela kerana adanya kes prima facie terhadap mereka. Razak Baginda bagaimanapun dibebaskan (acquitted) kerana tiada kes prima facie terhadapnya tanpa perlu beliau masuk membela.

Selagi belum adanya kes prima facie, OKT diandaikan belum lagi bersalah atau belum dipertanggungjawabkan(presume innocent). Apakah perbezaan "andaian tidak bersalah" atau "andaian belum bersalah" atau "andaian belum dipertanggunjawabkan", saya serahkan para pembaca yang cerdik pandai diblog ini memikirkannya?

Bila, wujudnya kes prima facie (keterangan yang mencukupi), OKT akan dipanggil masuk membela dan diperingkat pembelaan, tidak ada lagi "andaian belum bersalah" sebaliknya sudah wujud "andaian bersalah" atau "andaian sudah dipertanggungjawabkan". OKT bagaimanapun boleh memilih untuh berdiam diri walaupun sudah ada andaian sudah dipertanggungjawabkan terhadapnya. Hak berdiam diri ini bagaimanapun bukanlah tanpa risiko kerana sudah wujud kes prima facie.

Pun begitu, andaian bersalah atau andaian sudah dipertanggungjawabkan tetap suatu andaian bukannya pembuktian (beban undang-undang dibawah seksyen 101 Akta Keterangan).

OKT tidak boleh disabitkan berdasarkan suatu andaian. Pendakwa tetap perlu membuktikan kesnya (Beban Undang-undang)pada takat kebarangkalian yang tinggi iaitu "tanpa sebarang keraguan yang munusabah bukan berdasarkan andaian bersalah atau andaian sudah dipertanggungjawabkan apatahlagi andaian belum bersalah.

OKT telah tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan, maka OKT diandaikan belum dipetanggungjawabkan selagi Pendakwa tidak mewujudkan kes prima facie. Dalam mewujudkan kes prima facie terhadap OKT, Pendakwa perlu kemukakan keterangannya samada lisan ataupun berdokumen.

Selagi tidak dipanggil masuk membela, adalah tidak wajar untuk meminta OKT memberikan apa-apa penjelasan kerana belum wujudpun kes prima facie terhadapnya, dan OKT diandaikan belum bersalah atau andaian belum dipertanggungjawabkan lagi. Maka, setakat ini, yang perlu panik atau menggelabah sepatutnya Pendakwa bukannya OKT untuk panik dan menggelabah tidak tentu pasal.

Andai wujud kes prima facie dan OKT dipanggil untuk masuk membela, andaiannya OKT sudah dipertanggungjawabkan, dan OKT hanya perlu menimbulkan apa-apa keraguan yang munasabah. Satu keraguan yang munasabahpun mencukupi untuk OKT dibebaskan kerana takat pembuktian Pendakwa adalah tanpa sebarang keraguan yang munasabah.

Bekas MB Dato Seri Khir Toyo telah menafikan dakwaan tersebut, dengan mengatakan beliau membeli rumah dan tanah tersebut pada harga RM4 juta. Beliau juga telah memfailkan saman fitnah terhadap Ng.

Mahkamah yang mendengar dan menentukan OKT bersalah atau tidak, bukannya Pendakwa. Menuduh memang senang, takat pembuktian bagaimanapun adalah amat tinggi. Dalam kes Dato Ramli, walaupun sebanyak 74 saksi dipanggil, Pendakwa masih gagal mewujudkan kes prima facie.

Andaian dan pembuktian sememangnya berbeza. Apa itu andaian? Alleycats ada sebuah lagi "andainya aku pergi dulu sebelummu....." Pergilah cari dan mainkan, mudah-mudahan kita akan memahami apa itu andaian.

Setakat ini, kita hanya dapat mengandaikan sahaja, tidak lebih dan tidak kurang.
Nota tambahan : komen Dr Abd Rani ...................

Diperingkat pendakwaan, Pendakwa masih dalam proses mengkemukakan keterangannya dan diperingkat ini sebelum Pendakwa menutup kesnya "Yang Arif, I rest my case", OKT diandaikan belum dipertanggungjawabkan lagi (still presume innocent). OKT hanya perlu dipertanggungjawabkan untuk memberikan penjelasannya apabila Hakim memerintahkan OKT masuk membela itupun jika wujud kes prima facie terhadap OKT. Itupun,diperingkat pembelaan (defence stage), OKT berhak memilih berdiam diri.

OKT sebaik ditangkap sememangnya mempunyai hak untuk berdiam diri. Saksi bagaimanapun tidak berhak berdiam diri dan perlu menjawab apa-apa soalan yang diajukan kepadanya.

Dengan demikian, OKT masih boleh menerima pakai andaian bahawa dia adalah innocent iaitu belum boleh diandaikan perlu dipertanggungjawabkan terhadap pertuduhan Pendakwa keatasnya sehinggalah keterangan yang dikemukakan oleh Pendakwa terlebih dahulu ada asas atau mencukupi (prima facie).

Saya ulangi,Mahkamah yang mendengar dan menentukan OKT bersalah atau tidak, bukannya Pendakwa.

Setakat ini, masih diperingkat anadaian belum bersalah atau andaian OKT belum
dipertanggungjawabkan terhadap pertudohan terhadapnya. Pendekata, there is no case yet against him.

Beban bukti (beban undang-undang) tetap dibahu Pendakwa membukti pertudohan pada takat kebarangkalian yang tinggi iaitu tanpa sebarang keraguan yang munasabah. Bukan sebarang keraguan tetapi hendaklah keraguan yang munasabah walaupun satu saja. Jika tiada prima facie (beban keterangan)di penghujung peringkat kes pendakwaan, OKT akan mendapat perintah bebas (acquittal) tanpa perlu OKT berkata sepatah kata pun.

Perintah bebas itu bagaimanapun adalah sekadar perintah bebas, iaitu pertudohan itu tidak dapat dibuktikan/disabitkan pada takat kebarangkalian yang diperlukan. Bukannya tiada bukti tapi bukti tidak cukup tinggi pada takat yang diperlukan, maka pertuduhan itu dikira tidak dapat dibuktikan, maka tiadalah sabitan.

Bersalah atau tidak merupakan isu berbeza.Hakim sekadar berdasarkan keterangan sahaja. Allah saja yang maha mengetahui.

Contohnya, bagi Sarjana Muda, grade C (50 markah) dikira lulus. Bagaimanapun, bagi Sarjanan (Master), C, C+ atau B- yang mana markahnya ialah bawah 70 markah dikira gagal kerana tidak sampai takat 70 markah. Untuk Doktor Falsafah,tesisnya memerlukan takat piawaian lebih tinggi iaitu, "asal dan tersendiri yang menyumbang secara signifikan kepada taman ilmu". Maka untuk PhD, grade B pun tak boleh lepas kerana tak cukup baik untuk PhD.

Kesimpulannya, untuk kes jenayah, takat pembuktiannya adalah bukan pada takat imbangan kebarangkalian ataupun besar kebarangkalian, tetapi pada takat tanpa keraguan yang munasabah.Bukannya tiada bukti, persoalannya bukti yang ada itu pada takat apa dan kebolehkepercayaan (kredibiliti dan nilai) saksi-saksi dan dokumen-dokumen yang dikemukakan?

Mudahnya, pertuduhan belum lagi sabit, dan lebih jelas, belum lagi wujud kes prima facie,bermakna OKT belum perlu dipertanggungjawabkan lagi untuk masuk membela kerana masih diandaikan innocent.

Kebiasaannya, Mahkamah dipenghujung bicara, setelah mendengar kedua-dua pihak, akan mengatakan OKT bersalah atau tidak bersalah.
Hakim sebaiknya, setakat mengatakan "pertuduhan terhadap OKT tidak sampai ketahap atau takat kebarangkalain yang diperlukan,maka OKT tidak dapat disabitkan dengan pertuduhan pendakwa dan dibebaskan".

Hakim tidak perlu menyatakan OKT bersalah atau tidak. Itu dia dengan Allah atau di sendiri mengetahuinya. Hakim sekadar mendengar dan memutuskan berdasarkan keterangan samada pertudohan sabit atau tidak bergantung kepada tahap kebarangkalian yang dikehendaki undang-undang.

Kebiasaannya, Mahkamah dipenghujung bicara, setelah mendengar kedua-dua pihak, akan mengatakan OKT bersalah atau tidak bersalah.
Hakim sebaiknya, setakat mengatakan "pertuduhan terhadap OKT tidak sampai ketahap atau takat kebarangkalain yang diperlukan,maka OKT tidak dapat disabitkan dengan pertuduhan pendakwa dan dibebaskan".

Pembetulan perkataan "pertuduhan terhadap OKT.." kepada

"Keterangan terhadap OKT..."



Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang-Undang

7 December 2010 12:26


Penghuni Gua : semuga kita semua mendapat pemahaman mengenainya. Apa pun selamat jalan kepada Dr Khir Toyo. Mungkin masa depan politiknya berakhir sampai di sini sahaja. Tabik kepada Dr Khir yang tak ada pun nak salahkan kerajaan, SPRM dan orang lain apabila dituduh semalam. Tak le seperti sebelah pihak lagi yang melalak sepanjang malam jika terkena pada mereka.

2. PG pun ada dengar juga, lepas ini ada juga pihak sebelah sana yang nak dibungkus dengan kes rasuah. Tunggu masa sahaja . !!!! Tengok lah nanti. Melalak ke tidak mereka ini. Pastinya akan ada perkataan " konspirasi, menjatuhkan, niat jahat dan sebagainya. Itulah perbezaan antara kedua pihak ini..

19 comments:

  1. Diperingkat pendakwaan, Pendakwa masih dalam proses mengkemukakan keterangannya dan diperingkat ini sebelum Pendakwa menutup kesnya "Yang Arif, I rest my case", OKT diandaikan belum dipertanggungjawabkan lagi (still presume innocent). OKT hanya perlu dipertanggungjawabkan untuk memberikan penjelasannya apabila Hakim memerintahkan OKT masuk membela itupun jika wujud kes prima facie terhadap OKT. Itupun,diperingkat pembelaan (defence stage), OKT berhak memilih berdiam diri.

    OKT sebaik ditangkap sememangnya mempunyai hak untuk berdiam diri. Saksi bagaimanapun tidak berhak berdiam diri dan perlu menjawab apa-apa soalan yang diajukan kepadanya.

    Dengan demikian, OKT masih boleh menerima pakai andaian bahawa dia adalah innocent iaitu belum boleh diandaikan perlu dipertanggungjawabkan terhadap pertuduhan Pendakwa keatasnya sehinggalah keterangan yang dikemukakan oleh Pendakwa terlebih dahulu ada asas atau mencukupi (prima facie).

    Saya ulangi,Mahkamah yang mendengar dan menentukan OKT bersalah atau tidak, bukannya Pendakwa.

    Setakat ini, masih diperingkat anadaian belum bersalah atau andaian OKT belum
    dipertanggungjawabkan terhadap pertudohan terhadapnya. Pendekata, there is no case yet against him.

    Beban bukti (beban undang-undang) tetap dibahu Pendakwa membukti pertudohan pada takat kebarangkalian yang tinggi iaitu tanpa sebarang keraguan yang munasabah. Bukan sebarang keraguan tetapi hendaklah keraguan yang munasabah walaupun satu saja. Jika tiada prima facie (beban keterangan)di penghujung peringkat kes pendakwaan, OKT akan mendapat perintah bebas (acquittal) tanpa perlu OKT berkata sepatah kata pun.

    Perintah bebas itu bagaimanapun adalah sekadar perintah bebas, iaitu pertudohan itu tidak dapat dibuktikan/disabitkan pada takat kebarangkalian yang diperlukan. Bukannya tiada bukti tapi bukti tidak cukup tinggi pada takat yang diperlukan, maka pertuduhan itu dikira tidak dapat dibuktikan, maka tiadalah sabitan.

    Bersalah atau tidak merupakan isu berbeza.Hakim sekadar berdasarkan keterangan sahaja. Allah saja yang maha mengetahui.

    Contohnya, bagi Sarjana Muda, grade C (50 markah) dikira lulus. Bagaimanapun, bagi Sarjanan (Master), C, C+ atau B- yang mana markahnya ialah bawah 70 markah dikira gagal kerana tidak sampai takat 70 markah. Untuk Doktor Falsafah,tesisnya memerlukan takat piawaian lebih tinggi iaitu, "asal dan tersendiri yang menyumbang secara signifikan kepada taman ilmu". Maka untuk PhD, grade B pun tak boleh lepas kerana tak cukup baik untuk PhD.

    Kesimpulannya, untuk kes jenayah, takat pembuktiannya adalah bukan pada takat imbangan kebarangkalian ataupun besar kebarangkalian, tetapi pada takat tanpa keraguan yang munasabah.Bukannya tiada bukti, persoalannya bukti yang ada itu pada takat apa dan kebolehkepercayaan (kredibiliti dan nilai) saksi-saksi dan dokumen-dokumen yang dikemukakan?

    Mudahnya, pertuduhan belum lagi sabit, dan lebih jelas, belum lagi wujud kes prima facie,bermakna OKT belum perlu dipertanggungjawabkan lagi untuk masuk membela kerana masih diandaikan innocent.

    Kebiasaannya, Mahkamah dipenghujung bicara, setelah mendengar kedua-dua pihak, akan mengatakan OKT bersalah atau tidak bersalah.
    Hakim sebaiknya, setakat mengatakan "pertuduhan terhadap OKT tidak sampai ketahap atau takat kebarangkalain yang diperlukan,maka OKT tidak dapat disabitkan dengan pertuduhan pendakwa dan dibebaskan".

    Hakim tidak perlu menyatakan OKT bersalah atau tidak. Itu dia dengan Allah atau di sendiri mengetahuinya. Hakim sekadar mendengar dan memutuskan berdasarkan keterangan samada pertudohan sabit atau tidak bergantung kepada tahap kebarangkalian yang dikehendaki undang-undang.

    Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah Kulliyah Undang-undang
    subjek teras: Prosedur Jenayah, Keterangan, Comparative Penology

    ReplyDelete
  2. Pembetulan

    Kebiasaannya, Mahkamah dipenghujung bicara, setelah mendengar kedua-dua pihak, akan mengatakan OKT bersalah atau tidak bersalah.
    Hakim sebaiknya, setakat mengatakan "pertuduhan terhadap OKT tidak sampai ketahap atau takat kebarangkalain yang diperlukan,maka OKT tidak dapat disabitkan dengan pertuduhan pendakwa dan dibebaskan".

    Pembetulan perkataan "pertuduhan terhadap OKT.." kepada

    "Keterangan terhadap OKT..."

    Dr Abdul Rani Bin Kamarudin

    ReplyDelete
  3. Kaum pembangkang tidak akan menerima penjelasan yg diberikan.Mereka hanya tahu - Ada sebutan dimakamah - adalah kesalahan.
    Yang penting pada mereka bukan salah atau tidak.
    Mereka hanya memainkan isu Rasuah.
    Mereka bangga kerana isu pasir yang besar tiada yang dihadapkan kemakamah !!!!!!

    ReplyDelete
  4. SPRM! APA CERITA DENGAN NIK AJIS DAN MENANTU, KES CURI PASIR SELANGOR, AZMIN ALI? SENYAP JE..TAK ADA KES KOT?

    ReplyDelete
  5. Kah.. kah.. kah.. blum lagi tu. Masa akan menentukan mereka akan didakwa juga nnt, cuma lambat ngan cepat je. Macam kes DSKT ni juga, pencacai PR kecoh2 kononnya kes ni senyap & tiada dakwaan, bukan ape cuma pencacai2 tu nk kaitkan kes DSKT special sket, mesti tiada ape2 dakwaan dr pihak pendakwaanraya punye... Nah! skarang mrk pula kata DSKT bersalah walaupun perbicaaran blum dijalankan.

    Kah.. kah.. kah.. kalau ikut minda lembu pencacai PR sumanye org BN salah, pemimpin PR semuanye betul, sebab ape?? sebab kononnye takde kes... kah.. kah.. kah.. LEMBU PUNYE PEMBANGKANG.

    ReplyDelete
  6. MANTAP BROO!..TP SYG..PUAK PENCACAI DH MENDAHULUI MAHKAMAH. DIORANG ADE SIJIL FOTOSTET ANUGERAH DARI "SI ANUGERAH TUHAN" (TUHAN APE TAK TAU LER) KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  7. Kah..kah.. Kes NA dan Menantu...ehm.. fail hilang kot.... atau bila nak mula fail tersalah letak, tunda lagi... nak tunggu tok guru kembali ke langit syurga....

    ReplyDelete
  8. ITULAH BEZANYA BUDAYA PEMIMPIN SEJATI DARI BN BERBANDING PEMIMPING SEKELIP MATA PEMBANGKANG

    BN IS STILL MY CHOICE

    WHITEORANGE

    ReplyDelete
  9. TU DIA...KHIR TOYO TELAH DIKAMBING HITAMKAN OLH UMNO DEMI MENUTUP KEMARAHAN RAKYAT AKIBAT MINYAK NAIK, BARANG NAIK, DEMO AIR...KHIR TOYO DIMANGSAKAN UTK MENGALIH PERHATIAN RAKYAT SEKEJAP...

    MUNGKIN JUGA TOYO TERPAKSA DIKORBANKAN DISEBABKAN KERANA KEBODOHAN TOYO LAH MAKA SELANGOR JATUH KETGN PEMBANGKANG PRU 13...DAN UTK MERAMPAS KEMBALI SELANGOR DR PAKATAN RAKYAT BUKAN SATU TUGAS MUDAH, SILAP2 BERPUTIH MATA TERUS UMNO/BN....JD OLH KERANA TOYO GAGAL DLM MISI PRU 12, MAKA WAJAR LAH DIA DIPAKSA "BEREHAT" TERUS!!!


    DAN JIKA DILIHAT WAJAH TOYO KINI JAUH AMAT BERBEZA DGN WAJAH DIA SEMASA ZAMAN KEGEMILANGAN NYA...KINI DIA BERWAJAH TUA, HODOH, DAN KUSUT MASAI...10 TAHUN TUA DR USIA DIA SEBENAR!!!

    NASIB KO LAH LABU!!!

    ReplyDelete
  10. kah.. kah.. kah.. zaid Ibrahim pun jadi kambing itam anwar juburi, xmau ulas ke?? Tgk muke dia lagi cm keling mabok kalah judi masa nk kluar PKR. Kah.. kah.. kah..

    Eh, kambing itam tu dh kluar parti roboh tu ke, rasanye blum lagi.. kah... kah.. kah... mari kita kluar beramai2 dari parti karam dan haram jadah tu beramai2. Kah.. kah.. kahh....

    ReplyDelete
  11. Tang DSKT... OKT belum bersalah lagi sbb belum perlu dipanggil membela diri. Tapi bila tang DSAI... kes baru dlm bicara pendakwaan, DSAI dah dituduh peliwat dan mcm2 lagi!

    Kes Al-Tantuya... ok, dua mangkukhayun tu dijatuhkan hukuman gantung sbb disabitkan dgn kesalahan membunuh. Boleh tak bagi rakyat tahu... atas motif apa mereka meletopkan Altantuya dgn C4 tu? Altantuya yg tak dikenali dan tak buat ape2 kesalahan dgn mangkukhayun 2 ekor tu... tak pasal2 diletupkan? Sila bagi jawapan wahai PG - lulusan Sarjana Sains Sosial dgn CGPA 3.5 (patutnya dah tua2... lagi mantap results nko!) dan juga Dr Rani Kamaruddin... doktor sakit puan kot?

    ReplyDelete
  12. KhirToyol kena dakwa pasal bangla je... oops! sori pasal banglo je? Dengo crite ade banyak lagi... ni aku paste kan dari blog pembangkang. Ooopss! sori salah lagi, dari blog kerajaan negeri Sgor... pembangkang tu KhirToyol la...

    Part 1

    Senarai Dakwaan Rasuah Khir Toyo

    * Mengarahkan pembelian kereta Mercedes S350 bernilai RM1 juta dengan menggunakan dana anak syarikat Selangor (Kumpulan Darul Ehsan)

    * Membelanjakan RM40 juta hanya untuk membuat 10 buah 'banglo' bagi penempatan ahli Exco Kerajaan Negeri.

    * Dokumen berkaitan kejadian pencerobohan Taman Pertanian Bukit Cahaya, Seri Alam yang setelah didedahkan di media Khir Toyo sendiri mencabar BPR menyiasat namun semuanya senyap dan ditutup.

    * Dokumen berkaitan dakwaan kerajaan negeri yang menyatakan Kerajaan BN sebelum ini telah menghilangkan 'keuntungan' RM30 billion. Contoh punca kehilangan ialah Canal City joint-venture project yang dianugerahkan oleh Khir Toyo melibatkan 810ha secara 'percuma' kepada sebuah syarikat swasta.

    * A special investigative team which was set up for the purpose would probe how certain senior officers of the corporation were holding 30% shares in a subsidiary. This included a investigation of RM100,000 gift to former Mentri Besar as a bonus. In 2007, the state government only collected RM17mil revenue from sand mining instead of the RM170mil which it was supposed to get


    * Setelah tiga hari kejatuhan kuasa kerajaan negeri Selangor ke atas Pakatan Rakyat, Zaharah Kechik yang merupakan mantan pengerusi Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis) memanggil mesyuarat tergempar Balkis untuk membubarkannya dan menutup akaunnya sehari kemudian. Wang kira-kira RM9.9 juta milik Balkis dilapor dipindahkan ke satu akaun lain, sebelum sampai kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti).

    * Percubaan membubarkan Balkis melalui Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 13 Mac bagaimanapun berjaya dihalang Menteri Besar baru Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Tindakan Zaharah Kechik itu dikatakan tidak sah di sisi undang-undang karena mengikut perlembagaan Balkis, badan itu dipengerusikan oleh isteri Menteri Besar kerajaan semasa, di mana pada hari mesyuarat tergempar tersebut, beliau bukan lagi isteri Menteri Besar negeri Selangor. Isu itu akan dibawa ke dalam Dewan Undangan Negeri pada mesyuarat yang akan datang.

    * Pembohongan tentang Konsultansi Juruaudit, Zaharah Kechik pernah berkata bahawa sebelum pemindahan dana RM9.9 juta Balkis juruauditnya pernah dirujuk. Namun, pada 28 April 2008, Juruaudit Balkis, Yee Choon Kong & Co menafikan firma itu pernah dirujuk sebelum pemindahan tersebut. Malah, firma itu beberapa kali menghubungi bendahari Balkis, Suraimi Sapuan, agar beliau menyerahkan rekod-rekod kewangan seperti penyata bank, buku resit rasmi, baucer pembayaran, dokumen sokongan, resit deposit tetap, minit mesyuarat, butiran keahlian dan senarai langganan untuk membolehkannya mengaudit kewangan tahunan Balkis bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007. Walau bagaimanapun, panggilan telefon kepada bendahari Balkis tidak dijawab dan juruaudit turut mengesahkan bahawa penyata kewangan Balkis masih kekal tanpa audit dan ia juga tidak pernah mengeluarkan Laporan Audit yang sah berhubung urusan kewangan Balkis bagi tahun berakhir 31 Disember 2007 kepada anggota-anggotanya.

    ReplyDelete
  13. Part II


    * Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.

    * Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

    * Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.

    * Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

    * Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

    * Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

    ReplyDelete
  14. Part III

    * Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

    * Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

    * Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

    * Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

    * Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

    * Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?

    ReplyDelete
  15. Part IV

    * Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.

    * Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

    * Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

    * Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.

    ReplyDelete
  16. Part V

    * Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

    * Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.

    * Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, “Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang.”

    * Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

    * Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.

    * Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

    Dipetik dari blog www.jomjahanam.blogspot.com

    ReplyDelete
  17. Walau macamana pun.... aku yakin KhirToyol akan terlepas dari segala tuduhan terutamanya bila perbicaraan dlm Mak-Kak-Mah Kangaroo!

    KasitahGaddam lopeh... EricChia, mujur mati... buang kes! Ade ke kes2 pembesar yang sangkut? Sanggap mendengornye ade ler, kecuali pembesar2 tu pihak berhauan kiri le!

    ReplyDelete
  18. Saya mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang tinggi terhadap hakim2 di negara ini tetapi tidak terhadap pendakwaraya. Samada sangkut atau tidak banyak bergantung kepada TPR. TPR saja yang boleh kukuhkan atau melonggarkan rantaian bukti. Walau bagaimanapun mahkamah akhirat la yang maha adil...

    ReplyDelete
  19. Geng hapraq ni tak kan percaya pa pa!!!

    Macam MB Kedah yang tak tau pa pa!!!!

    Aku????? Aku pun tak tau pa pa!!!

    Kahkahkahkahkah.............

    ReplyDelete

PETA PELAYAR