FOLLOWERS

Thursday, 4 March 2010

AJARAN ISLAM MERAGUKAN : MELALUI MIMPI TERUS DI ANGKAT MENJADI WALI / WAKIL TUHAN !!



Di petik dari blog : SUFI MAJZUB DAN SALIK



Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha MengasihaniALHAMDULILLAH Segala kepujian dan kesyukuran bagi ALLAH.DIA lah Tuhan Yang Maha Agung menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian dan menjadikan di antara kalangan mereka sebagai hamba-hambaNya dan di antara mereka pula dipilih khusus untuk diangkat menjadi Nabi dan Rasul serta kekasih-kekasihnya hinggalah sampai hari kiamat. Sesungguhnya ALLAH menentukan rahmat dan kurnia NYA kepada sesiapa yang dikehendakinya dan sesungguhnya ALLAH mempunyai kurnia yang amat besar. ALLAH jua lah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki atas jalanNYA yang benar lagi lurus dan menyesatkan sesiapa . Maklumat lanjut : KLIK




Penghuni Gua : Blog ini amat meragukan. Semuanya mellaui mimpi. Dari zikir dan sehingga Pak Syeikh ini diangkat menjadi wali semuanya melalui mimpi.

2. Lihat apa yang ditulis oleh beliau :


3. Diharap pihak berkuasa agama tiap negeri serta Suruhanjaya Multi Media membuat pemantaun terhadap blog ini kerana ia nya boleh mengelirukan orang ramai. PG percaya ajaran yang dibawanya menyimpang dari ajaran islam yang sebenar.

4. Tindakan tegas perlu diambil untuk membenteras ajaran ini sekiranya didapati menyimpang dari ajaran islam sebenar.

5. Mana ada ilmu agama dan sebarang ilmu pun dapat melalui mimpi. Kita yang belajar separuh nyawa pun masih bodoh sehingga kini walau pun dah berapa ijazah dan masters diperolehi. Ini senang aje. Melalui mimpi dah menjadi wali. Wali selipar kot!

Nota : Tolong sebarkan di blog masing-masing!!!!!!!!!!!!!!

3 comments:

  1. Assalaamu 'alaikum sdra PG & yang melayari blog ini,

    1 Dia ni, Syeikh Abdullah, pernah tengok wajah Allah ke sebelumnya?, sehingga YAKIN yang dia lihat dalam mimpi tu 'Allah'. Masya Allah...!

    2 Bagaimana kalau yang datang dalam mimpinya itu moyang dia tujuh lapan keturunan dulu yang dia pun tak pernah kenal wajahnya, lalu datang dalam mimpi 'mengaku' sbgai 'Allah'? Kena tipu dek syaitan betul dia ni... Dia ingat dia seorang sahaja yang pernah digoda syaitan seperti itu... Cuma, orang lain tetap kekal waras.

    3 Jika di dalam Daulah Khilafah lslamiyyah, orang ni diminta bertaubat. Kalau enggan, dipancung kepalanya.

    ReplyDelete
  2. Salam saudara2 sekalian yang menghentam hamba Allah diatas..hanya 1 yang saya ingin bertanya.adakah ilmu Allah itu terbatas & mempunyai sempadan???..ikutilah kisah Nabi Musa A.S dan Nabi Khidir A.S sebelum menghukum seseorang...Bagaimana pula cerita seorang Wali Allah yg di pancung kepalanya kerana mengatakan AnalHaq???lalu terpancul kalimah tauhid pada darah yg menyembur itu???Nama Nabi Muhammad diberikan oleh Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf & nama tersebut dibawa oleh malaikat jibril & malaikat jibril mendapat nama itu dr siapa???bagaimana pula Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf boleh yakin bahawa nama itu dari Allah???jangan kita merasa cukup dengan ilmu yg ada.....Wallahua'lam

    ReplyDelete
  3. klu ada yg mgaku nabi boleh kata sesat tp wali kita kena check dulu syariat dan akhlak.. sbb wali Allah mmg ada.. Nabi S.a.w mberi kita tips utk kenal kwn kita...klu nak tahu btul ke x gi kawan dulu dgn dia.. klu betul wali Allah pasti dia cerita pasal Allah. klu dia Wali dunia dia pasti cerita pasal dunia klu dia wali setan dia mgajak kpd maksiat...

    ReplyDelete

PETA PELAYAR