SHAH ALAM, 22 Mac: Sekurang-kurangnya lima Adun Selangor akan mengadakan sidang media esok bagi mempertahankan Sultan mereka selepas diserang oleh Utusan Malaysia melalui ruangan Awang Selamat, iaitu ruangan yang ditulis oleh pemimpin editorial akhbar Umno itu.Kelima-lima mereka memanggil satu sidang akhbar khas atas nama "ADUN-ADUN SELANGOR PERTAHANKAN SULTAN SELANGOR.
"Mereka yang akan mengadakan sidang akhbar itu adalah Amirudin Shari (Batu Caves), Nik Nazmi Nik Ahmad (Seri Setia), Dr. Abdul Rani Osman (Meru) dan Dr. Ahmad Yunus (Sijangkang).Ia akan diadakan jam 12.30 tengahari esok di Bilik Mesyuarat Tingkat 1, Annexe Bangunan SUK, Shah Alam..................................................................................................................................................
Ulasan yang dibuat oleh pimpinan editorial Utusan itu dianggap mencabar keputusan Sultan Selangor itu dan mengungkit siapakah yang membela raja-raja Melayu selama ini.Antaranya, Utusan melaporkan:
"Awang ingin bertanya kepada semua, siapakah paling lantang dan ke hadapan mempertahankan kedaulatan institusi raja Melayu ketika dihina, jika bukan Perkasa. Di mana suara NGO bukan Melayu dan tauke-tauke kaya raya ketika Raja-Raja Melayu dicabar?"Ekoran keputusan Sultan Selangor tidak mahu merasmikan mesyuarat itu, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir akan menggantikannya.
Penghuni Gua : Lima ADUN PR Selangor membuat lawak bodoh lagi. Tak ada isu cuba cari isu. Kalau betul taka pa juga. Ini tak ada kena mengena langsung.
2. Lihat tulisan Awang Selamat secara keselurahan. Tak ada pun tulisan Awang Selamat yang menyentuh atau menghina DYMM Sultan Selangor. Cuba lihat keseluruhan tulisan Awang Selamat tersebut di bawah :
Majlis perasmian mesyuarat agung pertama Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang dijadualkan pada 27 Mac ini, tiba-tiba menjadi isu.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Shah yang pada mulanya bersetuju untuk merasmikan mesyuarat tersebut, telah membatalkan hasrat baginda. Menurut kenyataan Istana Selangor, pembatalan tersebut bagi mengelak kontroversi dan manipulasi pihak tertentu.
Perkembangan tersebut membuatkan Perkasa terutama Presidennya, Ibrahim Ali tersentak. Lebih menimbulkan rasa tidak senang Perkasa ialah laporan akhbar The Sun yang mendakwa Sultan Selangor telah menasihati Perkasa agar mengurangkan sikap ultra-Melayu.
Dalam reaksinya, Ibrahim menafikan Sultan Selangor ada menyebut hal itu dalam pertemuan dengan baginda.
Awang bersimpati dengan apa yang menimpa Perkasa. Kelantangannya memperjuangkan kepentingan Islam dan Melayu di bawah kerangka perlembagaan negara, mendapat tentangan daripada banyak pihak khususnya bukan Melayu.
Pihak-pihak berkenaan dengan disokong secara halus oleh gerakan pembangkang memainkan sentimen kononnya Perkasa ultra-Melayu, rasis, cauvinis dan pelbagai label lagi. Malah dalam blog pemimpin DAP dan portal berita Malaysiakini, ada tulisan yang menyifatkan Perkasa sebagai kelahiran semula syaitan. Strategi mereka adalah untuk melemahkan Perkasa, yang kini mendapat sokongan meluas masyarakat Melayu. Sememangnya ada golongan yang tidak mahu NGO Melayu yang menjadi sekuat Perkasa. Pada mereka, tidak mengapa jika NGO bukan Melayu hebat tetapi NGO Melayu mesti lemah. Jika NGO bukan Melayu menjadi begitu berpengaruh dan rasis, itu adalah hal biasa yang menjadi tuntutan. Anehnya Perkasa yang baru setahun jagung usianya sudah dilihat sebagai ancaman.
Awang ingin bertanya kepada semua, siapakah paling lantang dan ke hadapan mempertahankan kedaulatan institusi raja Melayu ketika dihina, jika bukan Perkasa. Di mana suara NGO bukan Melayu dan tauke-tauke kaya raya ketika Raja-Raja Melayu dicabar?
Ketika ramai tunduk tidak yakin, siapakah yang tanpa gentar dan secara konsisten mempertahankan kepentingan Melayu sewaktu diasak pelbagai pihak selepas Pilihan Raya Umum ke-12, jika bukan Perkasa.
Siapakah yang menjunjung martabat Islam daripada penghinaan banyak penjuru jika bukan Perkasa, beberapa NGO Islam serta Melayu yang lain.
Siapakah yang menjadi perisai mempertahankan perlembagaan daripada dicabar dan ditulis semula, kalau bukan NGO seperti Perkasa. Ternyata Perkasa di bawah kepimpinan Ibrahim mencetuskan keyakinan baru di kalangan orang Melayu.
Janganlah lupa jasa Perkasa. Usahlah terjebak dengan muslihat pihak yang mahu menggugat pertubuhan itu atas motif yang sebenarnya mudah difahami.
Sesungguhnya Awang amat bersyukur dan berterima kasih kerana Perkasa dan beberapa NGO Melayu lain telah membantu menyelamatkan tunjang politik Melayu di negara ini daripada runtuh hasil satu konspirasi besar kesan pilihan raya umum lalu, yang hampir mencapai kemuncaknya.
Itu yang menjadikan Perkasa amat istimewa. Maka majlis pada 27 Mac ini akan tetap bermakna buat orang Melayu. Lebih-lebih lagi kehadiran negarawan, Dr. Mahathir Mohamad yang akan merasmikannya menggantikan Sultan Selangor. Lebih 10,000 dijangka menghadiri majlis tersebut yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra dalam acara yang penuh istiadat Melayu.
Sebagai tanda penghargaan atas pengorbanan Perkasa, Awang yang sekadar insan kerdil, membatalkan acara lain yang telah Awang beri komitmen lebih awal, semata-mata untuk hadir pada majlis Perkasa nanti biar sekalipun berdiri di luar dewan. Kalau Mahathir sanggup pulang awal dari misi lawatan ke luar negara hanya untuk bersama-sama Perkasa, mengapa tidak kita.
Usahlah menjadi Melayu di tanah air ini, jika kita terlalu takut dan mengikut telunjuk pihak yang sedangpun menghakis kedudukan Melayu.
Awang bukan jenis itu.
3. Jadi di mana yang mengatakan Awang Selamat menghina DYMM atau menyerang DYMM Sultan Selangor. Tak ada langsung. Awang hanya persoalkan di mana NGO2 melayu. Tak ada langsung pun Awang Selamat menyerang DYMM.
4. Cari isu lain lah. Nampak sangat ADUN Selangor ini macam tak sekolah langsung. Nampak sangat tahap pemikiran ADUN -ADUN ini terlalu rendah. Nak memahami tulisan Awang Selamat yang begitu mudah pun terlalu sukar buat mereka ini. Macam tak sekolah langsung. Hanya main tebuk sekerat-sekerat ayat Awang Selamat. Itu pun tafsirannya pun tak betul. Sedih. Mungkin mereka ini baca tulisan Awang Selamat ikut bahasa Arab ke? Atau memang otak mereka terlalu dungu untuk memahami tulisan Awang Selamat.
5. Kesian juga melihat kebodohan ADUN-ADUN Selangor yang terdesak untuk mencari isu selepas DYMM pun dingin terhadap kerajaan PR.
6. Kalau betullah ADUN Selangor nak pertahankan DYMM Sultan Selangor, adalah lebih baik mengecam TGNA dan semua Exco dan ADUN Kelantan yang tidak melawat Baginda Sultan Kelantan yang gering di Singapura.
7. Itu bukan PG yang sebut atau tuduh tetapi DYMM Permaisuri Sultan Kelantan yang bertitah. Jadi kecam lah ADUN-ADUN PAS di Kelantan dan pertahankanlah DYMM Sultan Kelantan yang diperlakukan dengan hinanya oleh mereka.
8. Mengapa ADUN Selangor diam tentang hal ini.
9. Dicadangkan semua ADUN PR di Selangor memasuki sekolah Dewasa seperti masa dulu yang di adakan sebelah petang atau malam bagi yang buta huruf dan lembab dalam pelajaran.
Salam.
ReplyDeleteTidak dinafikan lahirnya PERKASA telah membangunkan sebahagian dari orang Melayu yang sedang tidur dibuai mimpi-mimpi indah walaupun sebahagiannya lagi masih tidur atau telah bangun tapi masih berjalan-jalan di alam mimpi masing-masing. Melayu harus bangkit kembali.
Siti Nur
klu aku jd dymm pun aku akn trase dgn tulisan awang slamat nie.
ReplyDeletePakatan Rebah ni makin tertedesak. Tak ada isu. Bodoh!
ReplyDeletePuas aku cari bahagian mana Awang Selamat menghina Sultan tapi tak jumpa.
ReplyDeleteKesimpulannya tak ada isu apa pun cuma memandai nak cipta isu sebab nak alih perhatian rakyat mengenai kes liwat Nuar yang akan dibicarakan tidak lama lagi.
Kelakar juga bila melihat badut2 nak jadi pendekar tapi atas isu yang entah apa2.
Boring betul bila benda bodoh macam ini pun nak jadikan isu.
PEMIMPIN PEMBANGKANG SEMEMANGNYA DUNGU,TIDAK PANDAI BERBAHASA,TIDAK BERBUDI MALAH RENDAH AKAL DAN BUDI....SEMEMANGNYA MEREKA DICIPTA ALLAH SEDEMIKIAN LANTARAN KEBIADABAN,KESOMBONGAN SERTA AKIBAT CALITAN DOSA MEREKA SENDIRI.DALAM PEMBANGKANG TIADA YANG BOLEH DIBANGGAKAN WALAU SEBESAR ZARAH,DAN KALAU DIBANDINGKAN DENGAN KUALITI SERTA JASA UMNO UMPAMA LANGIT DENGAN BUMI JAUHNYA....PEMBANGKANG BARU SETAHUN JAGUNG TAPI RATA-RATA PEMIMPIN MEREKA SYOK SENDIRI,SOMBONG MALAHAN MAHA BONGKAK DAN KALDAI.DALAM PEMBANGKANG UMPAMA SARKAS SERTA BADUT DAN PEMIMPIN NYA MELALAK UMPAMA DALAM SANGKAR TANPA MENGIRA TEMPAT DAN SUASANA,MACAMANA NAK BAWA NEGARA KE ARAH YANG LEBIH BAIK SEDANGKAN DIRI SENDIRI TERAMAT BODOH DAN TAK RETI BAHASA DAN KURANG AJAR...
ReplyDelete