Kepala dia pun macam ghost rider. Berasap panas . Boleh dia
seorang sahaja yang tak dapat seekor pun. Tahi udang pun tak dapat. Kesian.
Jam 2 petang hingga 6 petang tadi PG dan anak serta anak saudara turun mencari rezeki dengan memancing udang galah di Sg Kemaman di Pengkalan Binjai. Dapat juga le dalam 15 ekor. Besar-besar juga. Semua saiz anak dara dan cukup umur. Yang king saiz dapat seekor sahaja. Puas jugalah memancing hari ini.
2. Esok balik ke Melaka jam 8 pagi. Petang jam 4 terus ke Kuala Lumpur untuk bekerja.
Assalaamu 'alaikum sdra PG,
ReplyDelete1 Sesekali cuba pula di Sungai Muar, menghala ke atas sikit - ke Jorak, Panchor, atau Pagoh. Tak jauh tu. Ada banyak pangkalan bot-bot untuk disewa kalau tak mahu payah-payah membawa bot sendiri. Sewa pun tak mahal. Cuma, kalau yg berenjin, kena tambahlah sikit sewanya.
2 Penduduk tempatan di sepanjang sungai di tempat-tempat itu memang ramai yang 'kerja sungai'; membelat, merawai, memancing, menjaring. Kalau kena musimnya, sibuk juga kita melayannya. lstilah orang tempatan 'gagat' - udang gila-gila makan umpan. Kalau mahu memancing udang, jangan pada musim hujan spt sekarang - air jernih dan sejuk. Udang gagat pada musim panas/ cerah. [Kira summer holiday jugalah dia...]
3 ltu hobby yang dah jadi macam kerja saya 10-12 tahun dulu. Semua koleksi 'senjata' pun masih tersimpan - sbg memoir - nostalgia zaman muda.
4 Umpan? Bawa umpun-umpun - boleh dikerat
kecil-kecil. Kalau nak 'kau' sikit, guna anak udang. Boleh sauk sendiri sambil memancing; pakai unjam-umjam [tangguk] kecil berumpankan kepala ikan atau belacan.
5 Jangan tak pakai jaket keselamatan oi...
Selamat beradventure.