FOLLOWERS

Sunday 28 March 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES BERKAITAN PROSEDUR RAYUAN TANAH !


[1994] 2 MLJ 159
Mohd Nadir bin A Syed Ahamed & Ors v Zubaidi bin Abdul Hamid & Ors
Case Details:

Malaysia HIGH COURT (ALOR SETAR) — CIVIL SUIT NO 25–03–1992

Judges KC VOHRAH J

Date 7 MARCH 1994
Citation [1994] 2 MLJ 159


Catchwords:

Land Law — Administration — Appeal against Land Administrator’s decision — Time limit prescribed in s 418 of the National Land Code 1965 — Application for extension of time — Whether could be allowed — Courts of Judicature Act 1964 s 25 — National Land Code 1965 ss 418 & 447

Land Law — Administration — Appeal against Land Administrator’s decision — Time limit prescribed in s 418 of the National Land Code 1965 — Application for extension of time limit — Whether could be allowed under Rules of the High Court 1980 — Rules of the High Court 1980 O 3 r 5 & O 55 r 13(2)

Bahasa Malaysia Summary:

Pemohon-pemohon terkilan dengan suatu keputusan Pentadbir Tanah, Daerah Langkawi, dan telah memfailkan suatu rayuan di Mahkamah Tinggi, Alor Setar di bawah s 418 Kanun Tanah Negara 1965 (‘KTN itu’). Bagaimanapun, mereka telah melebihi tempoh tiga bulan yang ditetapkan oleh s 418 dan terlewat sehari apabila memfailkan rayuan mereka. Oleh itu, pemohon telah membuat permohonan untuk melanjutkan masa untuk mengesahkan rayuan mereka.

Peguambela bagi pihak pemohon menegaskan bahawa mahkamah mempunyai kuasa untuk melanjutkan masa yang dihadkan oleh s 418 di bawah bidang kuasa yang diberikan oleh s 25 dan perkara 8 di dalam Jadual kepada Akta Mahkamah Kehakiman 1964 (‘Akta itu’) dan di bawah s 447(1) KTN itu yang memperuntukkan bahawa tidak terdapat apa-apa di dalam KTN itu yang akan menjejaskan perlaksanaan sebarang kaedah mahkamah; dan jika sebarang peruntukan KTN tidak konsisten dengan sebarang peruntukan kaedah mahkamah, peruntukan yang terkemudian terpakai. Sebaliknya, peguam pihak responden menegaskan bahawa s 418 mahupun sebarang peruntukan di bawah KTN itu dengan nyata memberi kuasa kepada Mahkamah Tinggi untuk melanjutkan masa yang ditetapkan di bawah s 418 dan oleh itu, Mahkamah Tinggi tidak mempunyai kuasa untuk melanjutkan masa yang ditetapkan.

Diputuskan:
Diputuskan,menolak permohonan itu:

(1) Kaedah-kaedah mahkamah yang dirujuk di dalam s 417 semestinya merupakan kaedah prosedur, bukannya rukun undang-undang substantif yang mempunyai kesan ke atas hak dan ketidakupayaan pihak-pihak di bawah KTN itu. Seorang yang tekilan di bawah s 418 diberi hak substantif untuk membuat rayuan tetapi hak itu mesti digunakan dalam masa tiga bulan selepas keputusan itu diberitahu kepadanya. Perkara 8 di dalam Jadual kepada Akta itu memberi kuasa kepada Mahkamah Tinggi untuk melanjutkan masa hanya di mana peruntukan spesifik untuk membenarkan perlanjutan masa dibuat dinyatakan di dalam undang-undang yang berkenaan itu. Di dalam kes ini, s 418 KTN itu tidak memberi sebarang kuasa kepada Mahkamah Tinggi untuk melanjutkan yang ditetapkan di dalam peruntukan itu.

(2) Jika s 418 tidak menghadkan masa untuk membuat rayuan kepada tiga bulan, A 55 k 13(2) Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 akan terpakai di dalam kes ini. Jika A 55 k 13(2) terpakai, perlanjutan had masa satu bulan di dalam k 13(2) boleh dilakukan di bawah A 3 k 5 yang memberi mahkamah kuasa untuk melanjutkan atau memendekkan tempoh dalam mana seseorang itu ‘dikehendaki atau dibenarkan oleh kaedah-kaedah ini atau oleh mana-mana penghakiman, perintah atau arahan, supaya melakukan apa-apa perbuatan di dalam mana-mana prosiding’. Bagaimanapun, peruntukan itu tidak membenarkan mahkamah melanjutkan masa yang dihadkan oleh undang-undang lain. Oleh itu, Mahkamah Tinggi tidak mempunyai kuasa untuk melanjutkan tempoh rayuan yang ditetapkan di dalam s 418 KTN itu dan permohonan untuk melanjutkan masa ditolak dengan kos.

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada pelajar dan pembaca. Tq

1 comment:

  1. soalan, keputusan yg dibuat oleh pentadbir tanah tu mengikut seksyen 418 bg membolehkan aggrieved party appeal ke high court ialah ianya mesti dikomunikasikan kepada aggrieved party..so komunikasi di sini dlm cara yg mcm mn? official letter atau sebaliknya?

    ReplyDelete

PETA PELAYAR