FOLLOWERS

Wednesday, 24 March 2010

PENDEDAHAN YB ZUL KULIM : APA KOMEN BLOGER PR !



March 24, 2010 : 02.47 PM--->


Setelah Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrian hashim membuat pendedahan panas di Dewan Rakyat Rabu lalu mengenai Pelan 16 September Datuk Seri Anwar Ibrahim,pagi Rabu ini tiba giliran Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu ,Zulkifli Nordin pula. Belumpun bekas ahli PKR itu dapat mulakan ucapan bahas usul junjung titah yang Dipertuan Agong sudah timbul kekecohan bila kalangan Ahli Parlimen Pembangkang membantah.

Mereka bising kerana anggap sudah cukup dua orang Ahli Parlimen Bebas berucap sebelum ini yakni Zahrain dan Datuk Ibrahim Ali,Pasir Mas. Bila Speaker membenarkan maka ada kalangan Ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar dewan. Bagaimanapun, Anwar tiada di Dewan ketika Zulkifli mendedahkan 'letupan' yang dijanjikan berlaku di Parlimen sebelum ini. Zulkifli terus memanaskan suasana dewan bila mendedahkan beliau pernah diminta membuat akuan bersumpah kaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya. Dakwanya beliau menerima tawaran yang boleh goyahkan iman untuk tujuan itu.

Menurut Zulkfili,semua fitnah ini gara-gara akuan bersumpah penyiasat persendirian K.Balasubramanian yang ambil kesempatan dengan syaitan bertopengkan manusia.

"Saya adalah antara peguam yang kendali kes Altantuya. Apa ditohmah Bala tidak pernah dibangkit di makhamah. Kenyataan Bala pada polis juga tidak bangkitkan soal ini," katanya sambil menyelar segelintir pemimpin Islam yang boleh terima pengakuan Bala hanya kerana syak wasangka dan akuan yang dicop pesuruhjaya sumpah.

"Tak kan orang seperti Bala boleh diterima fitnahnya tanpa usul periksa," katanya.
Zulkifli kemudian mendedahkan, beliau pernah diminta untuk babitkan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya.

"Saya diminta dapatkan pengakuan bersumpah dan diminta buat surat akuan bersumpah kaitkan PM dan isteri dengan ganjaran yang boleh goyahkan iman," katanya. Lagi panas bila beliau jelaskan sebab tarik diri dari kes itu kerana tidak mahu terus terbabit dalam mainan fitnah. Katanya beliau akan berjumpa dengan pihak terbabit untuk memohon maaf. Beliau bersyukur Allah melindunginya dari terbabit dalam fitnah ini. "Sebab itu saya menarik diri dari kes itu kerana adanya ganggguan dari pihak ketiga yang menyebabkan mustahil saya bertindak secara profesional sebagai peguam membela kes tersebut."katanya. Beliau berkata lagi tidak mungkin orang yang dituduh (dua anggota polis) dalam kes Altantuya mahu ke tali gantung jika Perdana Menteri dan isteri terlibat. "Saya cukup yakin pasti mereka akan dedahkan kalau ia benar,"katanya.

Katanya, rakyat patut ambil sikap bersangka baik apabila Najib bersumpah menafikan pembabitan beliau dengan kematian model bersal dari Monggolia itu.

Zulkifli juga mendedahkan beliau juga diminta babitkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz dalam kes pergaduhan yang menyebabkan kematian di sebuah restoran di Hartamas Kuala Lumpur.

Katanya, kebetulan anak Nazri bernama Nadim berada di restoran berkenaan dan difitnah terbabit apabila disoal siasat polis.

"Akhirnya lima warga Thai telah disabit dan mengaku bersalah dalam kes itu. Saya diminta mengaitkan Nadim dengan fitnah," dedahnya.

Zulkifli berkata, beliau berharap tidak terpaksa mendedahkan semua perkara mungkar (bersama pakatan rakyat).

"Begitulah kotornya politik negara. Terlalu banyak yang tak betul diarah saya lakukan. Ada yang saya dah laksanakan dan ada yang tidak. Di Dewan ini saya ambil kesempatan memohon maaf dan akan jumpa secara peribadi mereka terbabit untuk perbetulkan keadaan," katanya.

Sebelum itu, beliau turut menyatakan kecewa kerana Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menjadi mangsa fitnah bahkan ada pemimpin PAS terbabit berbuat pada pemimpin itu yang sudah bawa PAS ke puncaknya. ...............................................................................................................................

Bagaimanapun, beliau mahu perbicaraan antara Anwar dan Mohd Saiful Bukhari Azlan diteruskan supaya keadilan dan kebenaran dapat dicari.-24/3/2010

Penghuni Gua : Panas. Apa komen blogger-blogger PR sekarang. Untuk makluman anda semua inilah baru dikatakan konspirasi. Perkara yang tak ada di adakan dan ada pakatan untuk memusnahkan seseorang.

2. Ini bukan orang lain yang cakap tetapi bekas pemimpin anda yang cakap. PG lihat juga di blog-blog PR. Tak ada pun nak lapur tentang pendedahan YB Zul ini. Jika tidak bukan main lagi. Perkara yang belum sah pun seperti fitnah Saifuddin terhadap Ibrahim Ali bahawa Ibrahim ada saham dalam syarikat pemilik Taukeh judi. Terus aje diwar-warkan. Seolah perkara itu benar. Bukti hapah pun tak ada. Hanya Saifuddin ambil dan baca dari buku tulisan mat salleh mana entah yang berpengkalan di Singapura.

3. Bila Zul membuat pendedahan ini , semuanya kemetot. MP-MP PR pun bukan main melenting lagi. Marah kepada Zul mengenai isu ini dan cuba menghalang beliau bercakap.

4. Begitu juga bila Si Bala membuat akuan bersumpah bahawa DS Najib dan Rosmah kononnya terlibat dengan pembunuhan Atlantuya dan bila Tian Chua dedahkan gambar kononnya DS Najib makan malam dengan Atlantuya. Bukan main blogger PR ini memaparkannya di blog masing-masing. Apalahhhhhhhhhhhh.

5. Cepat-cepatlah taubat. Yang benar katalah benar. Ulaslah sedikit kalau kita nakkan kebenaran. Jangan kira dari siapa kebenaran itu terkeluar.

6. Politik-politik juga. Yang benar itu kita kena sebarkan !!!!!! PG ingin juga mendengar komen si Mahfuz, atau Saifuddin lembu dicucuk hidung itu memberi komennya berkaitan pendedahan YB Zul ini. Dia inilah juga diantara " peneraju utama" dalam peristiwa-peristiwa panas yang YB Zul sebutkan atau Zahrin sebutkan baru-baru ini. Nak juga tengok Tai Chi mereka.

3 comments:

  1. Tuhan itu maha adil....bertaubat lah kamu

    ReplyDelete
  2. PG, biasalah blog-blog pencacai pembangkang akan mula memainkan peranan fitnah, Zul dikatakan telah dijanjikan ganjaran dari Najib dan Rosmah yg lebih menggoyahkan iman dari apa yg ditawarkan oleh Anwar.......... dasar pembawa fitnah.

    ReplyDelete
  3. yezzaaa...kita tunggu tai chi Orang kuat PAKATAN...dah selalu kencingkan orang, sudahnya bau hancing tetap lekat kat badan sendiri...

    ReplyDelete

PETA PELAYAR