Kemelut Politik Kelantan
Monday, 8 March 2010 14:39:33
From:
*&^%$%^&*&^%
Monday, 8 March 2010 14:39:33
From:
*&^%$%^&*&^%
Salam tuan,Saya seorang pembaca blog tuan dan saya dapati maklumat yang tuan paparkan khususnya berhubung Undang2 amat informatif sekali. Saya ingin sekali berkongsi sedikit maklumat yang saya perolehi dari rakan2 saya di Kelantan. Walaupun saya sudah tinggal menetap di Selangor tapi saya masih mengikuti perkembangan politik di negeri saya. Saya juga selalu pulang ke Kota Bharu sekiranya ada urusan keluarga.
Saya sebenarnya amat kecewa dengan kedudukan ekonomi negeri Kelantan setelah Pas memenangi 4 PRU yang lalu. Semua infrastruktur yang ada hari ini boleh dikatakan peninggalan zaman BN.Pertamanya biarlah saya katakan saya tidak menjadi ahli kepada mana2 parti politik. Tapi secara tradisinya saya adalah pengundi/penyokong BN bermula dari Parti Perikatan (ketika itu belum boleh mengundi) sehinggalah sekarang.
Saya amat sedih kerana sehingga sekarang UMNO masih tidak dapat mengugat kedudukan PAS di Kelantan walaupun realitynya PAS tidaklah kuat mana sebagai sebuah organisasi. Pas juga banyak menghadapi masalah dalaman sebagaimana parti2 lain. Cuma kelebihan pada PAS ialah mereka pandai bermuka2 dan menutup kemelut daripada pengetahuan rakyat. PKR langsung tiada impak di Kelantan bergantung semata2 kepada ihsan PAS. Kemenangan PAS dalam PRU 12 di Kelantan baru2 ini bukan ukuran kekuatan PAS di Kelantan tapi lebih kepada kelemahan UMNO itu sendiri.
Apa yang akan saya sampaikan ini mungkin tuan sudah maklum. Saya percaya Tuan boleh menyemak/mempastikan ketepatan maklumat saya ini kerana saya percaya tuan mempuyai rangkaian maklumat tuan sendiri.
1. TGNA adalah satu liabiliti kepada PAS Kelantan sekarang. Beliau dikatakan semakin beronar setelah kematian Tok Guru Lubuk Tapah yang beliau segani dan takut untuk menyanggah.
2. Pun begitu beliau masih dihormati oleh sebilangan besar rakyat Kelantan. Menyebabkan usaha untuk menyingkir beliau dijalakan secara berhati2.
3.Tok2 guru pondok di kelantan sangat marah kepada PAS khususnya TGNA disebabkan oleh isu Mauludurrasul SAW.
4. Yang paling lantang mengkritik TGNA ialah Tok Guru Pondok Geting. Beliau dikatakan pernah mengharamkan anak2 muridnya mengundi PAS. (akan cuba dapat maklumat yang lebih terperinci kesahihannya.)
5. Kini Tuanku Al Sultan telah berangkat pulang ke KB maka exco2 PAS secara senyap2 atau terang2 memohon menghadap bagi mecari politcal mileage. Kerusi MB lahtu.
6. Tuanku dipercayai boleh tip the scale kerana Tuanku amat dihormati dan disegani oleh rakyat jelata.
7. Dalam scenario ini TGNA sangat keberatan menghadap Tuanku kerana kesalahan2 beliau terhadap Tuanku.
8. Malang seribu kali malang dalam keadaan yang sedemikianpun UMNO Kelantan masih tidur.Tuan boleh menyemak dan pastikan maklumat saya ini .Sekian dan wassalam.
Penghuni Gua : PG memang setuju dengan email dari sahabat PG ini. TGNA adalah satu liabiliti kepada PAS kerana isu Maulidur Rasul terutamanya dan juga kerana keceluparan mulut Tok Guru ini. Mulutnya dan doanya mengalahkan kita sebagai orang awam dalam agama ini.
2. Nak kita contohinya dan meminta anak kita mencontohi TGNA. Minta maaf lah. Jauh panggang dari api.
3. Dalam bab DYMM Sultan Kelantan pun, TGNA Aziz dan PAS pun berpihak . Sebab itu rakan-rakan PG pun katakan bahawa keuzuran TGNA nak menyambut DYMM pun hanyalah helah . Sakit memang sakit. Tetapi dalam sakit pun , komennnya mengalah mereka yang tak sakit.
4. PG pun mengetahui bahawa banyak pihak dalam PAS Kelantan pun dah mula cah keting untuk jawatan MB yang akan mengantikan TGNA.
5. Berundurlah Tok Guru. Dulu orang Tok Guru juga yang sumpah seranah Tun Mahathir macam-macam kerana Tun memerintah terlalu lama. Sekarang bila kena pada Tok Guru sendiri , kemetot semua mulut pelacur penyokong dan pemimpin PAS ini.
6. Berundurlah Tok Guru. Berundurlah. Jadi guru agama di pondok Pulau Melaka lebih afdal dan sumpah seranah dan mendoakan bala sesama islam. Sekarang ini perangai Tok Guru ini pun dah berjangkit pada Ustat Ahmad Awang yang nak solat hajat pada YB Mohsin.
7. Lama-lama dalam politik pun, ditakuti nanti terbelit dengan serban dan jubah sahaja. Bab UMNO Kelantan ni , PG memang dah letih melihat perangai mereka. Sejak dahulu tak berubah. Asyik bergaduh sesama sendiri. PAS menang bukan kerana mereka kuat tetapi kerana UMNO berpecah dan undi PAS tak berubah. Itu sahaja sifirnya.
8. Setiap kali PRU , berlaku berbalahan dalam UMNO. Mana yang dan jadi ADUN dan MP tak akan sesekali melepaskannya. Mereka nak yadi YB sampai mati. Pucuk baru yang bertunas akan dicantas dari awal. Pucuk-pucuk baru seperti Awang Adek dan beberapa yang lain tu, hanya boleh hidup sebab mereka dilantik oleh UMNO pusat. Jika tidak , mereka pun bungkus.
9. Itulah realitinya. Cadangan PG kepada DS Najib ialah , dalam PRU 13 nanti, tukarkan aje semua ADUN dan MP UMNO yang ada dengan muka baru dalam umur 30an. Buang aje yang lama kecuali Mustafa Muhamad dan Awang Adek. Ku Li tu pun ada pun buat semak parti aje. Biarlah UMNO kalah di Gua Musang. Jangka panjang UMNO tak ada duri dalam daging. UMNO perlu berani malakukan tranfomasi di Kelantan. Transformasi dalam parti UMNO sendiri.
10. Jika tidak!!!! Wasssalam aje lah. Lupalah hajat UMNO nak tawan Kelantan. PG pun memang dah lama meluat melihat UMNO Kelantan ni. Sejak 1987 lagi. Tak berubah-ubah.
Biarlah PAS memerintah kelantan.....
ReplyDeleteLain negeri BN dah perintah...sama-sama rase sikit2 seorang pegang jawatan..lepas tu pakat2 sedia jawapanlah depan Tuhan bg "soal dan check" cara memerintah.....
wassalam
Salam tuan,
ReplyDeleteMinta artikel (e-mail) untuk di publish di blog ambo.
Ambo dah add blog PG dalam blog ambo..
www.suara-muda-umno.blogspot.com
no problem. sahabat kita tu tak mahu alamat dan butir dirinya didedahkan. jadi sebab itu posting begitu
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteJust peringatan kepada blogger2 pro BN semua, masih banyak yang perlu diperjuangkan. Buat masa ini, berdasarkan kaji selidik yang dijalankan, kecenderungan rakyat Malaysia untuk menukar kerajaan BN kepada PR masih tinggi, dan lebih tinggi dari semasa PRU 12 lalu. Agak mengejutkan bila kajian yang dijalankan mendapati rakyat yang menyokong PR semasa PRU12 lalu merasakan hajat mereka masih tidak berkesampaian untuk menyingkirkan BN dan mereka bertekad untuk melakukannya pada PRU13. Rakyat yang dulunya menyokong BN dalam PRU12 lalu pula merasa terkejut kerana tidak menyangka perubahan kerajaan boleh dilakukan dan berhasrat untuk mengikut menyokong PR dalam PRU13!!!. ini adalah senario sebenar kepada kebanyakkan pengundi atas pagar di Malaysia... Seperti yang sedia maklum, Pengundi Melayu berpecah dua , separuh kepada BN dan separuh kepada PR. pengundi non malay pula yang membentuk undi penentu pula boleh dikatakan 80% akan memberikan undi kepada PR. PRU13 adalah game of number, sapa yang banyak, dia yang menang, sekarang majoriti memihak kepada mereka, mmg tak dapat dinafikan. kalau bukak facebook pun, orang yang menyokong PR lebih ramai berkali ganda dari yang menyokong BN,( contoh, dalam kes Saiful Bukhari dimana orang yang membenci Saiful bertambah setiap minit)
Harap blogger2 pro BN tidak lalai dan melipat gandakan usaha untuk mengekalkan kuasa pada BN. kita masih ada lagi setahun lebih saja lagi..
Ikhlas dari,
Orang Dalam
aku harap lim guan eng jadi pm..pahtu igat semo palo ameno hok kuat make rasuah, sumbat dale jel... ameno rasuah atah bowoh, dok gagoh sokong wak gapo lagi?
ReplyDeleteAnon 23:14,
ReplyDeletePah tu, mu gi duduk ute, jd gati oghe asli. Mu ingak lim pelahap babi tu nak bagi mu idup sene. Mu bukok mato mu, mu dok napok ko dio tu anti melayu? Pandir sungguh mu. Mu belaja kak mano? Tetu mu belaja denge oghe tuo yg suko melaluk tu, dah nyanuk, iduk mati melayu pun doh tok tau nak pike.
KEPADA PEMYOKONG PR,INGATLAH KAMU SEMUA UMPAMA MENDENGAR GURUH DI LANGIT AIR DI TEMPAYANG DICURAHKAN,KALAH JADI ABU MENANG JADI ARANG, YANG DIKEJAR TAK DAPAT,YANG DIKENDONG BERCICIRAN,ITULAH PERIBAHASANYA....DENGAN MENYOKONG PR ADAKAH ANDA JAMIN IANYA LEBIH BAIK DARI BN @ KERAJAAN YANG ADA SEKARANG ? CUBA BUKA MINDA DAN BERFIKIR SEMACAM INSAN YANG CERDIK KAJI DAN TENGOK APA YANG TELAH MEREKA BUAT, ADAKAH NASIB MELAYU TERBELA,ADAKAH AGAMA ISLAM AKAN TERSEBAR,...TIDAK SAMA SEKALI ,CUBA TENGOK DI PERAK,PENANG DAN SELANGOR APA DAH JADI.....DAN KALAU DIIZINKAN ALLAH PR BERJAYA TUNGGULAH WAHAI BANGSA KU.....NASIB DAN MALAPETAKA YANG BAKAL MENIMPA BANGSA..TERMASUK PENYOKONG ORTHODOK,TAKSUB PEMBANGKANG SENDIRI TERUTAMA NYA MELAYU...ANDA SEMUA TIADA TEMPAT DI BUMI INI LAGI,MANANGGIS AIR MATA DARAH PUN SEGALA YANG HILANG ITU (KUASA MELAYU) TIDAKA AKAN KEMBALI LAGI....INI SEMUA TERJADI KERANA ANGKARA ANDA SEMUA...ANDALAH SI PENJAHANAM TAMADUN BANGSA SENDIRI.....TUNGGULAH DAN DEMI ALLAH ANDA PASTI AKAN DIBURU PENYESALAN YANG TAK SUDAH-SUDAH LANTARAN PERBUATAN ANDA HARI INI......
ReplyDeletebanyak dosa UMNO kpd rakyat. 54 tahun memerintah masaalah demi masaalah timbul. Patutnya 54 tahun memerintah dah matang....tapi dok berebut kat situlah...nak cepat kaya. Rakyat marhein masih di tahap yang sama....sebab itulah berebut nak jadi pemimpin...hatta jadi ketua bahagian pun berebut kerana mendapat habuan. Jika perjuangan tidak didorong oleh keikhlasan dan berpandukan Al-Quran dan Hadith selama itulah kedaan macam ini berlaku.
ReplyDeletebelawok puak demo..fitnah ni...
ReplyDelete