Penghuni Gua : Ada saranan agar kemasukan , lelaki Lombok ke Malaysia diharamkan . KLIK. Ini ekoran dari beberapa kes di mana lelaki Lombok berkahwin dengan wanita tempatan dan kemudian membawanya ke Lombok Indonesia.
2. Apa salah lelaki Lombok? Ini berkaitan jodoh pertemuan. Ia masalah cinta. Mengapa perlu dan setengah ibubapa islam di Malaysia menentang perkahwinan antara anak perempuan mereka dengan lelaki Lombok?
3. Lelaki Lombok juga manusia. Cinta mereka juga sama dengan cinta kita. Jodoh pertemuan mereka juga sama dengan jodoh pertemuan kita iaitu ditentukan oleh Allah. Mengapa perlu kita mengharamkan dan menghalangnya?
4. Adakah kerena kemiskinan lelaki Lombok? Sekiranya lelaki Lombok ini kaya raya dan jutawan, adakah ibu bapa di Malaysia ini akan menghalang perkahwinan tersebut?
5. Janganlah memandang harta dan kekayaan. Dah jodoh mereka. Restukanlah.
6. Satu dua kes lelaki Lombok memikat dan membawa lari gadis bawah umur dan isteri orang adalah kes terpencil. Lain-lain kes berkaitan perkahwinan lelaki lombok dengan gadis Melayu Malaysia adalah sah dan tidak perlu di halang. Isunya mengapa lelaki Lombok ini melarikan gadis yang cukup umur dan berkahwin di Lombok? Tidak lain adalah kerana ibubapa gadis Malaysia menentang perhubungan dan hasrat mereka ingin berkahwin di Malsysia. Jadi langkah terakhir kedua merpati ini merealisasikan hubungan dan pernikahan mereka adalah dengan melarikannya ke Lombok Indonesia.
7. Jadi restuilah perkahwinan anak kita . Lelaki Lombok pun memang sudah islam . Cuma miskin semasa berkahwin dengan anak kita. Mungkin masa depannnya , mereka lebih kaya dari kita. Jangan halang dan salahkan lelaki Lombok.
8. Kepada ibubapa juga: jaga anak masing-masing. Itu yang penting. Menghalang perhubungan yang sah itulah yang menjadi masalah iaitu lari ke Lombok.
9. PG tengok dan perhatikan , tak ada pula orang Malaysia ini membantah sekiranya wanita Malaysia berkahwin dengan "Mat Saleh". Lihat aje artis di Malaysia. Bercerai lagi banyak dari kekal bila kahwin dengan "Mat Saleh" ini. Tetapi tak ada pula suara nak haramkan kemasukan Mat Saleh ini.
10. Jangan pandang darjat seseorang dan jodoh anak kita dari sudut harta dan wang ringgit sahaja. Halangan dari ibubapa lah yang menyebabkan kes membawa lari anak gadis ini berlaku. Termasuk jugalah yang membawa lari dalam Malaysia sendiri.
10. Fikirkan.
Gi mana pulak lelaki-lelaki Melayu yang Genteng lagi getel yang nikahin sama wong bandung ato wong medhan??? asal bagia bisa aja dongg...
ReplyDeleteMasalahnya kebanyak yang di larikan ke Lombok hidup dalam keadaan merana setelah ongkos kehabisan dan kerja ngak ada....Tetapi yang aku heran tu masa nak bercinta tak fikir risiko...josoh tu jodoh lah, tetapi janganlah jodoh di jadikan alasan bodoh, bukanklah jodoh boleh di cari? jika tidak masakan di sebut mencari jodoh???
PG, bukanlah komen ini hendak menidakkan posting PG di atas, tetapi bayangkan kos untuk membawa pulang mereka yang merayu untuk kembali ke Malaysia, bayangkan kalkau satu kes memerlukan RM 20,000.00? Masa bersedap-sedapan risiko apapun mereka tidak fikirkan. Tetapi bila hendak beli maggipun dah tak mampu maka meraunglah mereka untuk kembali ke Bumi yang BerTUAH ini.
Saya risau dengan trand ini, kerana banyak cara lain boleh kita manfaatkan dengan duit untuk kos membawa balik gadis-gadis Melayu ke Malaysia.
Oh macam itu..kalau ilmu Guna Guna Tu bukan ke? Orang yang tak alami senang Kata macam tu..Kan...
ReplyDelete