FOLLOWERS

Sunday, 14 March 2010

PRESIDEN MCA : LIOW TIONG LAI ! LAWAN JANGAN TAK LAWAN !


Penghuni Gua : Semalam Ong Tee Keat mengumumkan akan mempertahankan jawatan presiden MCA dalam EGM yang akan diadakan bulan depan. Ada juga yang mencadangkan agar bekas presiden MCA, Ong Ka Ting bertanding jawatan Presiden MCA bagi melahirkan kestabilan. 9 bahagian di Johor telah mencalunkan Ong Ka Ting.

2. Pilihan PG ialah Liow Tiong Lai. Kepada Liow Tion Lai lawan jangan tak lawan. Anda layak bagi jawatan Presiden MCA. Ciri-ciri kepimpinan ada pada anda. PG percaya dengan kemenangan anda sebagai Presiden MCA nanti, ia akan membawa kestabilan dan keharmonian dalam MCA. Ia juga akan menjadi faktor pendamai antara berbagai puak dalam MCA. Juga ia bagi menentukan Presiden sekarang akan terus tumbang. Nyahkan Ong Tee Keat dari MCA. Beliau adalah Preside MCA yang tiada pendirian. Beliau cakap tak serupa bikin. Baliau adalah beban kepada MCA dan BN.

3. Selamat bertanding semua dan patuhilah semua peraturan dan disiplin parti. Kestabilan anda, adalah kestabilan BN dan negara. Singkirkan Ong Tee Keat. Anda mampu melakukan dan merealisasikannya.

3 comments:

  1. ramalan - on tee kiat akan menang !

    ReplyDelete
  2. salam
    otk semasa menyandang ketua pemuda pernah mewujudkan perselihan dgn ketua pemuda umno suatu ketika dahulu

    ReplyDelete
  3. Assaalamu 'alaikum sdra PG & yang melayari blog ini,

    1 Tidak perlulah orang Mukmin turut ghairah-ghairah dan bersemanbat sangat ikut serta dalam urusan kaum kuffar. Bukan itu cara orang Mukmin ketika 'berdampingan' atau berhadapan dengan mereka.

    2 Sabda Nabi SAW [maksudnya]: "Tidaklah beriman salah seorang di antara kamu sehinggalah menjadikan aku standard [tuntunan] akalnya yg dipergunakan untuk berfikir'.

    3 Dan dalam isu hubungan Mukmin-kuffar ini, apakah standard yg Nabi SAW ajarkan untuk kita guna-pakai? Antaranya;

    a Tidak mengambil mudah sikap mereka terhadap Mukmin. Firman Allah SWT [maksudnya], "... mereka [kaum kuffar itu] tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kpda kamu..." [al-Quran, Ali lmran (3): 118]

    b Mengenal siapa sebenarnya mereka dari aspek persahabatan-perseteruan. Firman Allah [maksudnya], "...Mereka [kaum kuffar itu] sukakan apa yang menyusahkan kamu" [al-Quran, Ali lmran (3): 118]

    c Waspada [bijak membaca] akan niat mereka. Firman Allah [maksudnya], "Telah nyata [tanda] kebencian mereka daripada pertuturan mulut mereka, ada apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi [keburukan & kebenciannya terhadap kamu]" [al-Quran, Ali lmran (3): 118]

    d ltulah persediaan secara bijaksana ketika menghadapi kaum kuffar, tidak kira siapa mereka. Firman Allah [maksudnya], "Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat-ayat [Kami], jika kamu memahaminya [memikirkannya]" [al-Quran, Ali lmran (3): 118].

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete

PETA PELAYAR