Perhimpunan bantah GST esok ditangguhkan
Abdul Rahim SabriMac 14, 1012:02pm
Abdul Rahim SabriMac 14, 1012:02pm
Perhimpunan aman bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Parlimen esok ditangguhkan, kata penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli.Katanya, ini ekoran keputusan kerajaan untuk tidak membentangkan rang undang-undang GST bagi bacaan kedua di sidang parlimen yang bermula esok.
Dr Hatta yang juga ahli parlimen Kuala Krai menyifatkan penangguhan pembentangan rang undang-undang GST itu sebagai satu kemenangan rakyat.
"Mereka (kerajaan) nak bentang untuk kali kedua, tetapi kita buat bantahan dan berjaya. Jadi (mereka) tak jadi bentang... mereka dah mengaku kalah, kita terima," katanya. Berita lanjut : KLIK
Penghuni Gua: Sudahlah Dr Hatta. Jangan le perasan pulak.
2. Cara anda bercakap tu pun menampakkan tanda tak ikhlas dalam perjuangan. Hanya nak menang dan hendak menunjuk-nunjuk serta kerana kepentingan politik. Itu aje.
3. Kerajaan tangguhkan pembentangan GST , anda katakan kerajaan kalah, kerajaan bentang anda katakan kerajaan nak menindas rakyat. Jadi sebenarnya, apa yang anda mahukan?
4. Sudahlah berhipokrit Dr. Dah naik meluat melihat telatang anda dan parti anda. PG menerima penangguhan pembentangan oleh kerajaan mengenai DST. Kita perlu menerima dengan lapang dada. Mungkin ada perkara yang perlu diteliti lebih lanjut mengenainya. Jadi mengapa harus ada kalah menang? Semuanya rakyat yang diutamakan.
5. Sudahlah Dr. Cuba Dr tanya diri sendiri dan PAS. Apa yang telah mereka buat selama ini? Tak lebih dari hanya maki hamun dan fitnah serta mendoa bala sesama islam sebaik sahaja mata celik dari tidor. Itulah aje kerja anda semua............(*&^%$*&^%$#$*&^
No comments:
Post a Comment