SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang pegawai polis berpangkat Cif Inspektor daripada hukuman penjara lima bulan dan denda RM10,000 berhubung tuduhan memperoleh suapan RM1,000 setelah membenarkan rayuannya terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen, dua tahun lepas. Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Asmabi Mohamad membuat keputusan itu setelah mendapati Hakim Mahkamah Sesyen Ampang Noradidah Ahmad terkhilaf dalam penghakimannya semasa menjatuhkan hukuman ke atas Jailani Mat, 44 Khamis.
Beliau berkata banyak keterangan dengar cakap yang sepatutnya tidak diterima, telah diterima selain hakim Mahkamah Sesyen banyak bergantung kepada anggapan dalam membuat keputusan.
Katanya kekhilafan juga berlaku selepas pihak pendakwaan gagal untuk memanggil pengadu dalam kes itu dan beberapa saksi penting lain menyebabkan hanya pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipanggil.
"Hakim Mahkamah Sesyen bergantung sepenuhnya kepada keterangan saksi perangkap. Saya tidak mencabar keterangan tetapi mereka ialah saksi berkepentingan. Saya percaya pihak pendakwaan telah cuba kesan pengadu tetapi saya dapati ia bukan usaha yang berterusan," katanya.
Sejurus Asmabi membacakan keputusannya, Jailani yang berdiri di kandang tertuduh dilihat menangis kegembiraan.
Jailani selaku perayu diwakili peguam S.Suresh sementara Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM Ng Siew Wee hadir bagi pihak responden.
Pada 14 November 2008, Noradidah menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dan denda RM10,000 atau enam bulan penjara selepas mendapati Jailani bersalah memperoleh suapan RM1,000 daripada Muhammad Rahmad di Restoran Haji Samsuri, Bangunan Datuk Nazir, Kajang, kira-kira pukul 11 pagi pada 21 Jun 2001.
Jailani didakwa sebagai penolong pegawai penjaga kompeni 'C' Batalion 4, Pasukan Gerakan Am, Cheras, telah memperoleh suapan itu sebagai dorongan untuk melepaskan warganegara Indonesia, Sabail Munahra yang ditahan di depot Imigresen Semenyih.
Dia didakwa mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan dihukum mengikut Seksyen 16 Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.- BERNAMA
Penghuni Gua : Semuga paparan kes ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar serta mereka yang terlibat dengan perkara siasatan, tangkapan dan pendakwaan. Tq
jgnlah menuduh secara rambang dan pakai agak2 je.....kenalah ada bukti yg sahih barulah adil namenya....
ReplyDeleteanda salah faham ni. ini berkenaan kes law berkaitan saksi perangkap damn kelemahannya. bukan tuduhan. ini keputusan mahkamah. tak ada pindaan. tak ada tuguhan pun. ia hanya paparan kes di mahkamah seperti mana yang PG paparkan hari-hari dari malayan law journal.alahai.
ReplyDeleteMujurlah ada ruang utk merayu dan semak semula keputusan, kalau tidak aniaya. Manusia ni tak sempurna...
ReplyDeleteKalo polis tu dibebaskan sbb 'clean' alhamdulillah. Tapi kalo bebas sbb teknikal, kena byk2 muhasabah diri bila diberi peluang kedua utk hidup sempurna & byk2 la bertaubat...
ReplyDelete