FOLLOWERS

Saturday 27 March 2010

KEPERCAYAAN : ITULAH IKATAN PERKAHWINAN KITA !





MUKAH 26 Mac - Entah apa yang merasuk seorang suami sehingga sanggup menghentak kepala isterinya dengan tukul besi, hanya kerana berselisih faham.

Akibatnya, si isteri, Adzalizan Helen, 24, mati selepas cedera parah dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi tadi di sebuah rumah kongsi di Jalan Orang Setia Raja di sini. Berita lanjut : KLIK

Penghuni Gua : Ini satu lagi kisah si suami yang amat bodoh dan dungu.

2. Atas apa pun alasan , tidak perlu memukul wanita apatah lagi seorang isteri yang kita sayang dan peluk cium bertahun lamanya. Masak dan menjaga makan minum kita. Tiba-tiba kita pukul dan sehingga menyebabkan kematian.

3. Perkahwinan hanya terikat dengan satu perkataan sahaja. Iaitu " KEPERCAYAAN". Jadi kalau tak percaya ceraikan isteri cara baik. Hantar semula ke rumah orang tuannya.

4. Tolak ansur penting dalam rumahtangga. Banyak perbezaan antara dua makhluk ini. Inilah yang perlu kepada kebijaksanaan suami dalam menguruskan perbezaan ini. Tolak ansur.

5. Kepada orang muda yang baru berkahwin dan akan berkahwin ! Ingat! isteri dan wanita ini adalah amanah Allah kepada kita. Jaga lah mereka. Ingat! perkahwinan terikat dengan satu perkataan sahaja. PERCAYA. Kalau sudah tiada kepercayaan maka hantar semula mereka ke rumah orang tuanya.

Nota : Mungkin lelaki ini satu spesis dengan pemimpin PAS di negeri di utara sekali Tanah air Kot. He he he he!!!!!!!!

(*&^%$#$%^&*()(*&^%$%^&*(*&^%$*&^%$#$%^&

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR