FOLLOWERS

Sunday 21 March 2010

MALAYAN LAW JOURNAL : KES MENGENAI " CONFESSION " DAN TUGAS YAA HAKIM !


[1995] 3 MLJ 350
Md Desa bin Hashim v Public Prosecutor
Case Details:

Malaysia FEDERAL COURT (KUALA LUMPUR) — CRIMINAL APPEAL NO
05–56–92

Judges ANUAR (MALAYA) CJ
WAN ADNAN FCJ
GOPAL SRI RAM JCA

Date 22 AUGUST 1995

Citation [1995] 3 MLJ 350


Catchwords:

Evidence — Confession — Voluntariness — Standard and burden of proof — Test partly objective and partly subjective — Whether exception in s 27 subject to s 24 — Evidence Act 1950 ss 24, 25, 26 & 27

Evidence — Confession — Information leading to fact discovered — Admissibility depends on voluntariness — Fact must not already be known to police — Evidence Act 1950 ss 24, 25, 26 & 27

Criminal Procedure — Judge — Duty of judge — Voluntariness of statement challenged — Whether judge should hold voire dire — Whether failure to hold voire dire a non-direction — Whether substantial miscarriage of justice caused

Criminal Procedure — Trial — Security case — Close of prosecution’s case — Duty of court — Submission of no case to answer not made — Whether judge can acquit accused — Essential (Security Cases) (Amended) Regulations 1975 reg 13

Bahasa Malaysia Summary:

Perayu telah membuat rayuan terhadap sabitannya oleh Mahkamah Tinggi di Kangar atas dua pertuduhan yang dipinda di bawah ss 57(1)(a) dan (b) Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 masing-masing, kerana mempunyai dalam kuasanya sepucuk pistol dan tujuh butir peluru. Perbicaraan perayu telah dijalankan mengikut peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Perlu (Kes-Kes Keselamatan) (Pindaan) 1975 (‘PPKK’). Rayuan ini berdasarkan kebolehterimaan dua pernyataan yang dibuat oleh perayu pada 1 September 1988 yang menunjukkan bahawa beliau adalah bersalah.

Pernyataan pertama dibuat oleh perayu semasa soal siasat oleh Insp Zamri (‘SP1’), yang telah merekodkan pernyataan itu di dalam sebuah diari. Semasa pemeriksaan balas SP1, cadangan telah dikemukakan kepadanya bahawa perayu telah diserang semasa soal siasat dan juga telah didorong untuk memberi keterangan supaya pihak polis melepaskan adiknya yang telah ditangkap sebelumnya. Pernyataan kedua telah dibuat tidak lama selepas pernyataan pertama itu semasa penemuan pistol dan amunisi di tempat yang disebut oleh perayu dalam pernyataan pertamanya.

Perayu menafikan bahawa beliau telah membuat dua pernyataan tersebut yang menunjukkan bahawa beliau bersalah dan menafikan bahawa beliau telah membawa polis ke tempat penemuan ekshibit itu. Walau bagaimanapun, hakim perbicaraan telah membenarkan dua pernyataan tersebut, bergantung pada s 27 Akta Keterangan 1950 (‘Akta itu’), kerana mereka merupakan maklumat yang telah membawa kepada penemuan suatu fakta. Hakim mendapati beliau bersalah dan telah menjatuhkan hukuman mati mandatori. Perayu telah membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Diputuskan:
Diputuskan, membenarkan rayuan itu:

(1) Supaya suatu pengakuan salah atau kenyataan atau maklumat layak diterima di bawah s 27, ia mestilah dibuat secara sukarela. Suatu penemuan yang dibuat sebagai akibat suatu pengakuan salah yang diperolehi secara haram mengikut makna s 24 Akta itu tidak boleh diterima. Di mana cabaran dibuat tentang kesukarelaan sesuatu maklumat itu, adalah sangat mustahak bahawa hakim perbicaraan mesti menentukan isu itu di dalam voire dire.

(2) Beban membuktikan sehingga melampaui keraguan munasabah bahawa pengakuan salah dibuat secara sukarela dipikul oleh pihak pendakwa. Ujian untuk menentukan kesukarelaan adalah separuh objektif dan separuh subjektif. Rukun kebolehterimaan yang terkandung di dalam s 27 adalah suatu kekecualian kepada larangan di dalam ss 25 dan 26 tetapi ketiga-tiga seksyen ini dikuasai dan tertakluk kepada s 24. Di sini, terdapat keterangan yang mencukupi untuk mewujudkan syak yang munasabah bahawa pernyataan pertama dibuat secara paksaan yang tak sah dan oleh itu adalah tidak sukarela.

(3) Adalah menjadi kewajipan hakim untuk menentukan isu kesukarelaan dengan mengadakan ‘voire dire’ apabila terdapatnya sedikit tanda kesalahan. Isu ini tidak dipertimbangkan oleh hakim perbicaraan dan ini merupakan ketakarahan yang merupakan suatu salah arah. Suatu salah arah diri sendiri oleh hakim dianggap sebagai salah arah daripada hakim kepada juri. Salah arah itu telah mengakibatkan keterangan tidak boleh terima dibenarkan di dalam perbicaraan dan ia telah membentuk asas sabitan itu dan, dengan demikian, membawa kepada salah laksana keadilan yang berat.

(4) Pernyataan kedua juga tidak boleh diterima kerana ia telah dibuat sejurus selepas pernyataan pertama dan pihak pendakwa telah gagal membuktikan sehingga melampaui keraguan munasabah bahawa semua kesan dorongan telah disingkir pada masa ia dibuat. Lagipun, oleh kerana penemuan itu tidak dibuat sebagai akibat pernyataan kedua itu, ia jelas tidak boleh diterima di bawah s 27.

(5) Walaupun penghujahan tiada kes untuk dijawab tidak dibuat pada penutup kes pihak pendakwa, ia adalah kewajipan mahkamah untuk bercampur tangan dan membetulkan sebarang salah laksana keadilan yang mungkin diakibatkan. Di sini, hakim perbicaraan tidak sepatutnya memanggil perayu untuk membuat pembelaannya tetapi seharusnya membebaskan beliau atas kedua-dua tuduhan itu pada penutup kes pihak pendakwa meskipun bahasa peraturan 13 PPKK tidak bermaksud demikian.]

Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pelajar dan pembaca. Tq

No comments:

Post a Comment

PETA PELAYAR