FOLLOWERS

Sunday, 27 March 2011

AKU BANGGA DILAHIRKAN MELAYU DAN ISLAM !!!!!


Dipetik dari blog : Tun Mahathir


By Dr. Mahathir Mohamad on March 22, 2011 11:31 AM



1. Saya sedih. Saya amat sedih apabila mendengar seorang orang Melayu yang mendakwa dia kecewa kerana dianya dilahir berbangsa Melayu.

2. Kekecewaannya disebabkan dia tidak dilahir hanya sebagai orang Islam.

3. Sesungguhnya tidak ada manusia yang dilahir tidak berbangsa. Mungkin ada yang tidak bernegara (stateless) tetapi mereka juga mempunyai bangsa, walaupun tidak diiktiraf oleh negara mereka sendiri. Jika dianya daripada kaum pendatang maka dianya akan menjadi bangsa kaum pendatang.

4. Jika dianya dilahir dalam masyarakat Orang Asli sekalipun dia tidak dapat lari daripada menjadi anggota suku kaum berkenaan.

5. Sesuatu bangsa itu dikenali dengan tempat tinggalnya, atau tempat dan negara asalnya, bahasanya dan budayanya. Anutan agama tidak selalunya dikaitkan dengan bangsa.

6. Demikian ada orang Arab yang beragama Kristian, walaupun majoriti beragama Islam. Demikian juga orang Cina ada yang beragama Islam walaupun majoriti beragama Buddha.

7. Justeru itu kelahiran seseorang tetap berbangsa walaupun tidak tetap agamanya. Sebaliknya orang yang dilahirkan kepada keluarga Islam tidak semestinya berbangsa tertentu. Majoriti daripada mereka berbangsa yang berlainan.

8. Walaupun demikian dalam dunia ini terdapat dua bangsa yang bangsanya ditentukan oleh agama Islamnya. Bangsa-bangsa ini ialah bangsa Maldives dan Melayu. Seseorang yang dilahir dalam keluarga Melayu tetap Islam kerana keluarga itu tidak akan berbangsa Melayu jika mereka tidak Islam.

9. Justeru itu berbahagialah seseorang yang dilahir dalam keluarga Melayu kerana dia tetap menjadi penganut agama Islam. Jika dia dilahir kepada keluarga Arab, atau Indonesia, atau Pakistan, belum tentu dia beragama Islam.

10. Sebab itulah seorang Melayu harus bersyukur kerana dilahir berbangsa Melayu. Apabila orang Melayu berasa dia kecewa kerana berbangsa Melayu, maka ini bermakna dia tidak menghargai nasibnya yang baik kerana dia dilahir sebagai orang Islam. Jika tidak kemungkinan besar dia tidak akan terima agama Islam.

11. Kenapakah kita berbangsa-bangsa? Al-Quran menyebut yang kita manusia terdiri daripada berbagai-bagai bangsa. Jika bangsa adalah sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Islam, tentu sekali Tuhan tidak akan menjadikan manusia berbagai bangsa.

12. Yang terbaik daripada manusia bukankah kerana bangsanya tetapi kerana dia bertakwa kepada Allah s.w.t. Yang terbaik atau yang terburuk dikalangan orang Melayu bukanlah kerana bangsanya tetapi kerana dia bertakwa dan mengikuti ajaran Islam atau tidak mengamalkan ajaran Islam. Tidak disebut bahawa yang terbaik ialah orang Islam yang tidak daripada apa-apa bangsa.

13. Justeru itu berbangsa apa pun, Arab atau Ajam, tidak menidak ke-Islamannya. Yang menidak ke-Islaman ialah perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam.

14. Ini yang harus disoal oleh seorang orang Islam dan bukan menidakkan bangsanya. Lagipun kalau dianya beragama Islam kebaikannya tidak terjamin. Ramai benar orang Islam yang melanggar ajaran Islam dan membuat dosa. Sebaliknya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, ramai yang menurut ajaran Islam dan mengelak daripada berbuat dosa.

15. Mentaati dan bersetia kepada bangsa Melayu, iaitu bangsa yang hanya Melayu jika dianya Islam, tidak bermakna menolak agama Islam. Sebaliknya kesetiaan dan ketaatan orang Melayu kepada agama Islam lebih terjamin. Walaupun biasa terdengar ada orang Melayu yang tinggalkan agama Islam, tetapi tidak ada bukti yang jelas berkenaan dengan adanya orang ini. Lagipun jika dia meninggalkan agama Islam dia tidak Melayu lagi.

Penghuni Gua : PG bangga dilahirkan dan menajdi Melayu dan Islam. Selamanya begitu. PG takkan menghina bangsa sendiri. Bangsa ini , Allah yang jadikan dan anugerahkan. Jadi kita wajib berbangga dengan kejadiannya. Bukan menghinanya.

2. PG amat bangga menjadi Melayu Islam. PG tak pernaah nak hina bangsa lain. Mereka juga dijadikan Allah. Juga tak pernah hina agama lain. Itu hak mereka. Jangan kacau bangsa dan agama PG udah. !!!

3. Aku bangga dengan bangsa dan agama ku !!!!! Kelemahan kita, boleh diperbaiki dari masa ke semasa. Bukan menghina bangsa dan agama kita!!!!!!!!!

9 comments:

  1. MMG KITA PATUT BANGGA DI LAHIRKAN DAN OTOMATIK MENJADI UMAT MUHAMMAD. SAPE YG TAK BANGGA DI ANUGERAHKAN SEORANG NABI YG BOLEH MEMBERI SYAFAAT KPD UMATNYA MELAINKAN ADA MANUSIA LAIN SELEPAS MUHAMMAD YANG MAMPU MEMJANJIKAN SYURGA >:]

    ReplyDelete
  2. Aku bukan takat bangga...tapi bersyukur amat dilahir sebagai Melayu...lebih lebih lagi segabai Islam juga walau tak pure Melayu(Cina + Melayu). Kalau tidak, dah tentu tengah dok sembah salib ka, ulang alik tokong dsb. Syukur sangat lahir sebagai umat Muhammad.

    ReplyDelete
  3. kah kah kah!

    pening! pening!
    ramai sekarang dah jadi pening!
    melayu 300 tahun dijajah rasa pening,
    melayu taukeh video lucah pening,
    melayu yang arah pengarah video lucah pening,
    melayu sepupu penerbit video lucah juga pening,

    melayu pening bukan minum tapai,
    melayu pening bukan tertelan gigi,
    melayu pening bukan makan ubi kayu,
    melayu pening bukan rogol budak sekolah ayu,

    melayu pening bila anak India ngaku melayu.
    melayu pening ditipu mamak cucu al-Kutty,
    melayu pening bila digelar "bangsa mudah lupa",
    melayu pening bila digelar "bangsa bertongkat".
    melayu pening bila RM100 bilion dirembat mamak,
    melayu pening bila tanah melayu dilelong mamak,
    melayu pening bila bila hanya tengok bangunan,
    melayu pening selepas 20 tahun ditipu mamak,
    melayu pening bila hanya tinggal seluar dalam,

    Nak pening lagikah melayu?,
    tak mahu pening melayu mesti halau UMNO,
    tak mahu pening melayu mesti pulau UMNO,
    tak mahu pening melayu jangan undi UMNO,
    tak mahu pening mesti kena lawan UMNO,
    tak mahu pening melayu mesti sedia turun ke jalan raya,

    ReplyDelete
  4. Pening, aku pun pening, pening yang teramat sangat. Sat lagi terus pening, pening kerana memikirkan apa lagi alibi selepas pening2. Nak cari pening, kaw punya pasal...

    ReplyDelete
  5. Yang tidak bersyukur kerana berketurunan Melayu,Merekalah yang paling bangsat dan hina !

    ReplyDelete
  6. Aku juga bersyukur dilahirkan berbangsa Melayu!

    Aku berdoa agar dijauhkan dari menjadi bangsa Melayu yg menjadi penyokong UMNgOk Be-eNd yang TAMAKkan KUASA dan WANG... berkiblatkan RASUAH,
    BETINA dan PENYELEWENGAN... mengamalkan FITNAH dan juga KHIANAT!

    Aku HAIRAN... ramai plak mamak-mamak yg ngaku berdarah Melayu... Mamak MahaTaik, Mamak Naina Merican, Mamak MatNor Yacob, Mamak Azeez, dan yg sewaktu dgnnya... tak ketinggalan PG Hindu ni....!

    Aku anak tempat lahirnya UMNO... tapi benci dgn keangkuhan dan sesatnya UMNgOk Be-eNd!

    ReplyDelete
  7. Salam tuan PG & Sema2...,

    Aku amat bersyukur dilahirkan sebagai bangsa Melayu beragama Islam dilahirkan di Tanah Melayu.

    Aku turut bersyukur jika pemimpin2 yang terang2 melakukan perbuatan terkutuk yang lebih jijik dari anjing dan babi tidak diterima sebagai pemimpin dan pohon Allah tolak terus. Amin...

    P5B...

    ReplyDelete
  8. Aku bersyukur kerana dilahirkan sebagai orang Melayu Islam yang tidak suka mengeluarkan ayat-ayat kotor dan busuk lagi menjijikkan.

    ReplyDelete
  9. kah kah kah!
    umngok2 masih berbangga dgn "ketuanan melayuan" nya tu!

    weh!gua kompius ape yg lu bangga sgt jd melayu?
    di bawah kepimpinan umngok
    lu bangga ke kes jenayah paling bnyk libatkan malayu?
    masalh sosial paling tinggi libatkan malayu?
    kes buang anak malayu ranking!majoriti pemimpin umngok ada anak luar nikah!kah kah kah!
    btl x?

    kes arak malayu paling ranking!
    pm lu org pun tonggang kencing setan!btl x?
    kah kah kah!

    kes judi malayu ranking!
    pemimpin umngok siap ada share lg dgn syarikat judi weh!btl x hindu weh?

    rogol n anak luar nikah xyah citer la
    umngok senang2 henjut sampai beranak pinak anjing2 upahan jgk yg kene..siap backup lg yg x tahan tu!

    wei hindu weh!
    kes tambi sepupu lu tu ape cer?
    tutup kes ke dol?cover baek nampak..
    kah kah kah!

    ReplyDelete

PETA PELAYAR