KUALA LUMPUR 27 Mac - Tindakan terdesak Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadikan Facebook sebagai bukti alibi, kononnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berada di hotel ketika rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang berlaku, bertukar menjadi 'senjata makan tuan'.
Ini kerana PKR melalui Pengarah Strateginya, Mohd. Rafizi Ramli, mungkin tidak sedar terdapat perbezaan waktu antara laman sosial Facebook dengan Twitter sebelum 13 Mac lalu, akibat Waktu Musim Panas (DST) yang menyaksikan masa di Facebook sejam lebih awal berbanding Twitter. Ini kerana Facebook bergantung kepada server (pelayan Internet) di Amerika Syarikat yang mempunyai perbezaan waktu (cepat sejam) akibat DST tetapi server Twitter tidak bergantung kepada Amerika sebaliknya, ia mengikut waktu sebenar sesebuah negara pengguna.
Perbezaan waktu tersebut hanya kembali sepadan di antara Twitter dan Facebook apabila Amerika Syarikat pada 13 Mac lalu, menambah sebanyak sejam waktu di negara tersebut bagi menyelaras semula perbezaan waktu siang yang lebih panjang ketika musim bunga dan musim panas. Sebab itu, berlakunya perbezaan masa antara mesej Anwar di Twitter dengan Facebook untuk kandungan yang sama pada 21 Februari lalu, iaitu tarikh di mana rakaman video seks membabitkan seseorang yang didakwa sebagai pemimpin kanan pembangkang dirakamkan di sebuah bilik hotel.
Bagaimana mesej di kedua-dua laman sosial tersebut tetap mempunyai persamaan iaitu Anwar didapati 'hilang' lebih dua jam dari pukul 9.20 hingga 11.38 malam (Twitter) dan 8.20-10.40 malam (Facebook) tanpa sebarang penjelasan kukuh daripada Ketua Pembangkang itu sendiri. Sedangkan, dalam tempoh itulah aksi seks yang mengaitkan seorang pemimpin pembangkang dengan wanita China dirakamkan (10.20-10.41 malam) dan dengan mengambil kira fenomena DST (perlu tambah sejam), waktu sebenar 'kehilangan' Anwar di Facebook adalah dari pukul 9.20 hingga 11.40 malam.
Menurut penulis blog Minda Intelek Melayu (MIM), Dr. Novandri Hasan Basri, akibat tindakan terdesak Mohd. Rafizi itu, semakin banyak rahsia ke mana Anwar 'menghilang' pada waktu aksi seks tersebut dirakamkan kini terbongkar sedikit demi sedikit.
"Sungguh memalukan sebagai Pengarah Strategi PKR, Mohd. Rafizi cuba mengelirukan rakyat dengan jam di Facebook tetapi hakikatnya, jam di Twitter adalah waktu semasa iaitu waktu ketika mesej ditweet. Jika Anwar tweet pukul 9.20 malam, ia bermaksud pukul 9.20 malam.
"Tetapi Mohd. Rafizi sendiri telah menyulitkan isu Anwar 'hilang'. Disebabkan kenyataan beliau mahu membuktikan kehadiran Anwar, MIM juga dapat tahu bahawa Anwar turut 'hilang' dalam Facebook lebih dua jam (8.20-10.40 malam)," katanya dalam blog http://novandri.blogspot.com/.
Menurut Mohd. Rafizi, berdasarkan waktu di Facebook itu (belum ditambah sejam) adalah mustahil 'aktor' yang melakukan hubungan seks tersebut adalah Anwar sebagaimana didakwa oleh banyak pihak. Namun semalam, Anwar ketika diajukan soalan ke mana beliau 'menghilang' dalam tempoh lebih dua jam itu langsung tidak mahu menjawab sebaliknya mempersoalkan mengapa mereka yang bertanggungjawab mendedahkan rakaman video tersebut tidak ditahan oleh pihak berkuasa.
Sedangkan sebelum ini, ketika menafikan dirinya ialah pemimpin pembangkang dimaksudkan, Anwar dengan tegas memberitahu, dia berada bersama keluarganya dan sedang mengemas kini laman sosial Twitter dan Facebook ketika aksi seks itu berlangsung.
Penghuni Gua : Pembohong tetap dan selamanya pembohong. Kantoi. Kantoi !!!!
Semoga Allah s.w.t tunjukkan jalan penyelesaian dan kebenarannya..Amin
ReplyDeletedlm kes liwat, kata tak ada. tup tup ada imej dlm cctv
ReplyDeletedlm kes video, confirm tipu lagi..betul2 auta punya orang
ya Allah.. tunjukkanlah kebenaran.. jika tidak selagi itulah kami sebangsa terutamanya akan saling berseteru
ReplyDelete