[1995] 2 MLJ 238
Kanagasavey a/l Sinayah v Public Prosecutor
Case Details:
Malaysia HIGH COURT (PULAU PINANG) —
CRIMINAL APPEAL NO
42–404–93
Judges JEFFREY TAN JC
Date 26 JANUARY 1995
Citation
[1995] 2 MLJ 238
Catchwords:
Criminal Procedure — Forfeiture — Dangerous drugs —
Forfeiture of moneys in bank accounts — Claimant of property released by writ
of habeas corpus — Whether claimant ‘liable person’ under s 7 of the Dangerous
Drugs (Forfeiture of Property) Act 1988 — Dangerous Drugs (Forfeiture of
Property) Act 1988 ss 7 & 32(2)
Evidence — Presumption — Illegal property — Moneys in bank
accounts forfeited under Dangerous Drugs (Forfeiture of Property) Act 1988 —
Whether court must presume property is illegal and owner is liable — Dangerous
Drugs (Forfeiture of Property) Act 1988 s 35
Statutory Interpretation — Construction of statutes — Penal
statutes — Legislative intent to be given effect to — Whether statute should be
construed narrowly where language clear and unambiguous — Whether judicial
interpretation excluded — Dangerous Drugs (Forfeiture of Property) Act 1988 s
7(1)(a)(ii)
Bahasa Malaysia Summary:
Perayu telah ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya
(Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1988 dan jumlah sebanyak RM7,500 yang
disimpan dalam dua akaun bank perayu (‘harta itu’) telah disita oleh responden
di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 (‘Akta itu’). Perayu
kemudiannya telah dilepaskan melalui suatu writ habeas corpus dan menuntut
harta itu. Responden telah merujukkan tuntutan itu kepada mahkamah sesyen untuk
keputusannya di bawah s 32(2) Akta itu. Mahkamah sesyen telah memutuskan bahawa
perayu telah gagal mematahkan anggapan di bawah s 35 Akta itu dan harta itu
diperintah untuk diperlucuthakkan. Perayu telah membuat rayuan, menegaskan
bahawa pelepasannya daripada tahanan, secara ipso facto menyebabkan tahanannya
tidak sah ab initio dan tidak selaras dengan undang-undang dan tidak
termasuknya sebagai orang yang berliabiliti di bawah Akta itu. Perayu
menegaskan selanjutnya bahawa perkataan-perkataan ‘yang ditahan atau telah
ditahan’ di dalam s 7(1)(a)(ii) Akta itu bermakna tahanan sah, dan memandangkan
peruntukan untuk perlucuthakan adalah bersifat penal, s 7(1)(a)(ii) perlu
ditafsirkan secara terhad dengan memihak kepadanya, dan dengan itu menarik
perkataan ‘sah’ untuk dibaca ke dalam s 7 Akta itu.
Diputuskan:
Diputuskan, menolak rayuan itu:
(1) Tuntutan perayu kepada mahkamah sesyen adalah
dikawalselia oleh s 35 Akta itu. Dari permulaan hingga penamatan prosiding di
bawah Akta itu, mahkamah perlu menganggap bahawa orang terhadap mana tindakan
itu dibawa adalah seorang yang berliabiliti dan bahawa harta itu adalah harta
yang haram, kecuali jika sebab sebaliknya boleh ditunjukkan dengan keterangan
boleh terima, dan orang terhadap mana tindakan itu dibawa perlu mematahkan
anggapan tersebut atas imbangan kebarangkalian.
(2) Walaupun perayu telah dilepaskan melalui writ habeas
corpus,secaraex facie, beliau tidak akan menjadi ‘seorang yang ditahan secara
sah’. Walau bagaimanapun, itu tidak boleh disinonimkan dengan tidak menjadi
seorang yang berliabiliti. Seksyen 7 mengenal pasti kategori orang-orang yang
berliabiliti untuk ditindak terhadap dan perkataan ‘telah ditahan’ akan
termasuk sebagai orang yang berliabiliti, seorang yang ditahan tetapi
dilepaskan tanpa menjalani tempoh tahanan atau sekatan, seorang yang ditahan
tetapi dilepaskan oleh suatu perintah kehakiman, dan seorang yang ditahan
tetapi dilepaskan setelah menjalani tempoh penuh (atau sebahagian) daripada
tahanan atau sekatan, tertakluk kepada proviso bahawa orang tersebut telah
ditahan atau disekat setelah berkuatkuasanya Akta itu di bawah mana-mana
undang-undang berkenaan dengan sebarang aktiviti yang berkaitan atau melibatkan
pengedaran apa-apa dadah berbahaya.
(3) Apa-apa pembacaan atau pentafsiran s 7(1)(a)(ii) Akta
itu dengan memasukkan perkataan ‘sah’ tidak akan termasuk kategori kedua di
atas dan memberinya maksud yang lebih terhad. Bahasa dalam s 34 Akta itu adalah
jelas dan tidak taksa, iaitu dalam prosiding di bawah Akta itu, Akta itu perlu
ditafsirkan untuk memberi kesan kepada niatnya. Adalah jelas bahawa tafsiran
kehakiman atau apa-apa tafsiran yang lain adalah tidak termasuk kecuali untuk
memberi kesan kepada tujuan Akta itu.
(4) Setelah mengenal pasti seorang yang berliabiliti untuk
ditindak terhadap sebagai seorang yang kini ditahan atau yang pada masa lalu
telah ditahan, keesahan tahanannya sebagai harus ditahan bukan sahaja merupakan
tafsiran kehakiman yang bertentangan dengan tujuan Akta itu, tetapi juga
mempertimbangkan ketaksaan atau kelemahan bahasa, atau kecacatan atau
kekurangan dalam s 7(1)(a)(ii). Itu jelas tidak dibenarkan, kerana Akta itu
memberikan kepada mahkamah budi bicara yang amat kurang untuk bergantung kepada
tafsiran sendirinya apabila mengendalikan terma Akta itu.]
Penghuni Gua : Semuga paparan ini memberi menafaat kepada semua pembaca dan pelajar. MLJ adalah dokumen awam. Ia boleh diakses di Laman Web Jabatan Kehakiman. Tq
No comments:
Post a Comment